Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Laudya Cynthia Bella batal perkahwinan


CLAUDIA Cynthia Bella, pelakon yang kini sedang hangat dengan filem terbaru lakonannya, Syurga Yang Tak DiRindukan 2, khabarnya telah membatalkan perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung April ini.

Bagaimanapun, pelakon cantik yang lebih mesra disapa sebagai Bella ini mengunci mulut ketika diminta pengesahanan tentang khabar angin yang sedang hangat diperkatakan.




Namun, menurut sebuah portal berita di Indonesia, keluarga tunanganya, Afifuddin Suhaeli Kalla ada mengeluarkan kenyataan bahawa Bella belum bersedia untuk bergelar isteri.

Biarpun majlis pernikahan yang dikatakan bakal berlangsung April ini telah dibatalkan, namun keluarga Afif masih mengharapkan hubungan mereka dapat diselamatkan apatah lagi Afif kini dalam proses memujuk Bella.



Kata sumber itu lagi, jika usaha Afif berjaya, tarikh baru pernikahan mereka dijangka akan dilangsungkan selepas Aidilfitri nanti.

Gosip tentang perpisahan mereka mual bertebaran selepas Bella dilihat telah memadamkan semua gambar pertunangannya dengan Afif di akaun Instagramnya.

Post a Comment

0 Comments