25 Mac 2017

JOHAN NAWAWI DALAM KENANGAN (1965-2017)


JOHAN Nawawi merupakan seorang penggubah lagu pop dalam industri muzik Malaysia sejak 1980-an. Beliau berasal dari Ipoh, Perak namun dibesarkan di Pasir Mas, Kelantan dan merupakan anak kepada Ketua Pengarah Pusat Islam yang pertama, Mohd Nawawi Mahmud.

Biarpun memiliki diploma dalam  bidang arkitek dari Federal Institute of Technology, kecenderungan Johan lebih kepada bidang muzik dan hebat bermain piano dan gitar. 

Johan aktif mencipta lagu dan lagu-lagunya pernah dinyanyikan oleh Datuk Sheila Majid, Zainal Abidin dan beberapa penyanyi lain termasuk isterinya Nora.

Tidak sekadar lagu-lagu pop, Johan juga aktif mencipta lagu-lagu berkonsepkan ketuhanan, antaranya seperti AlFatihah yang dinyanyikan oleh anaknya sendiri, Putri Nor Dahlia.

Selain aktif dalam bidang muzik, Johan juga merupakan Pengarah Urusan Hud Hud Media iaitu sebuat syarikat penerbitan yang bertanggungjawab menerbitkan siri animasi Ummi... Ceritalah Pada Kami yang kemudiannya didaptasikan kepada buku komik dengan tema yang sama. 

Menerusi perkahwinannya dengan penyanyi Nora Ariffin, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Mohd Syakir Iman, 24, Mohd Syakir Alif, 18, Putri Nor Dahlia 13 dan Putri Nor Fatehah, 5.

Johan meninggal dunia sekitar jam 6.30 pagi, Jumaat lalu (24 Mac 2017) pada usia 52 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Komen