G-SHOCK Bawa Naratif Baharu: Hidup Mengikut ‘Beat’ Sendiri


G-SHOCK kembali dengan naratif baharu melalui kempen global terkininya, 'Your Beat, Your Life', yang meraikan satu idea ringkas tetapi kuat iaitu setiap individu bergerak mengikut rentak hidup sendiri.

Dalam dunia yang semakin laju dan tidak menentu, kempen ini hadir seperti satu peringatan bahawa tidak semua orang perlu bergerak pada tempo yang sama. Ada yang perlahan, ada yang pantas dan semuanya tetap sah.

Lebih daripada sekadar kempen jenama, ia membawa mesej tentang ketahanan, identiti, dan keberanian untuk kekal setia pada 'beat' masing-masing, walaupun tekanan luar sentiasa berubah.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1983, G-SHOCK dibina atas satu falsafah yang jelas iaitu jam tangan yang tidak mudah patah. Namun di sebalik reputasi itu, perjalanan pembinaannya jauh daripada mudah. Idea untuk menghasilkan jam tangan yang mampu bertahan daripada hentakan pada awalnya dianggap hampir mustahil.

Pelbagai prototaip telah diuji, dan banyak daripadanya gagal. Namun proses percubaan berulang itu akhirnya melahirkan struktur tahan hentakan yang kini menjadi identiti G-SHOCK hingga hari ini, satu hasil daripada ketekunan tanpa henti. Semangat inilah yang dihidupkan semula dalam kempen 'Your Beat, Your Life'.

Rentak Hidup, Versi Setiap Individu

Kempen ini turut menonjolkan beberapa figura dari dunia muzik, sukan dan budaya jalanan di mana masing-masing dengan perjalanan yang berbeza tetapi membawa semangat sama.

Dalam dunia muzik, kumpulan XG menjadi antara wajah utama kempen ini. Sejak debut pada 2022, mereka berkembang pesat di pentas global. Tahun 2024 menyaksikan mereka menjayakan jelajah dunia pertama merangkumi 47 persembahan di 35 bandar dengan kira-kira 400,000 penonton. Pada 2025 pula, mereka mencipta sejarah sebagai artis Jepun pertama menutup pentas Sahara di Coachella.

Dari dunia sukan, Yuto Horigome terus mengukuhkan reputasinya sebagai antara nama besar dalam skateboarding dunia. Selepas meraih emas Olimpik Tokyo 2020 dalam acara street skateboarding, dia sekali lagi mencuri tumpuan apabila mempertahankan gelaran emas di Olimpik Paris 2024 dengan aksi penentu yang dramatik.

Sementara itu, Kanoa Igarashi membawa naratif yang sama dalam dunia luncur ombak. Bermula sejak usia tiga tahun di Huntington Beach, California, dia meraih pingat perak di Olimpik Tokyo 2020 dan kemudian muncul juara dunia di ISA World Surfing Games 2022. Kini, kekal bersaing di peringkat tertinggi World Surf League (WSL).

Dari dunia tarian pula, RUSHBALL iaitu duo KYOKA dan MAiKA yang dibentuk sejak 2004 membawa semangat kempen ini melalui perjalanan mereka dalam dunia dance battle antarabangsa. Selepas bergelar juara dunia pada 2016, mereka terus kekal aktif sebagai antara duo tarian berpengaruh dari Jepun.

Pada akhirnya, 'Your Beat, Your Life' bukan sekadar kempen tentang produk, tetapi tentang cara melihat kehidupan.

Setiap individu mempunyai rentak sendiri. Dan dalam rentak itulah, kekuatan sebenar sering lahir di mana ia bukan daripada kesempurnaan, tetapi daripada keberanian untuk terus bergerak walaupun dunia tidak sentiasa selari.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments