Ben Kingsley, Max Minghella dan Pekka Strang Sertai Musim Ke-4 The White Lotus

Pekka Strang, Max Minghella & Ben Kingsley   

SIRI HBO Original yang memenangi pelbagai anugerah, The White Lotus, kembali menjadi perhatian dengan perkembangan terbaharu bagi musim keempatnya.  Siri ini terus mengekalkan identitinya menerusi penceritaan yang tajam, sinikal serta kritik sosial yang konsisten terhadap lapisan elit masyarakat.

Sekali lagi, perhatian tertumpu kepadanya apabila beberapa nama besar dalam industri diumumkan sebagai sebahagian daripada barisan pelakon baharu, sekali gus menambah keterujaan terhadap musim akan datang.

Barisan pelakon bagi musim keempat kini semakin lengkap dengan pengumuman penyertaan Ben Kingsley, Max Minghella dan Pekka Strang. Penambahan ini mengukuhkan lagi reputasi siri ciptaan Mike White itu sebagai antara produksi televisyen paling berprestij dan dinanti-nantikan di peringkat global.

Musim baharu ini akan membawa penonton kembali ke dunia eksklusif The White Lotus, namun dengan latar dan naratif yang segar. Kali ini, penceritaan akan mengikuti sekumpulan tetamu hotel serta kakitangan sepanjang tempoh satu minggu, dengan lokasi yang mengambil inspirasi daripada suasana Festival Filem Cannes yang  menjanjikan gabungan glamor, ketegangan dan drama sosial yang menjadi identiti siri ini.

Barisan pelakon utama musim ini menampilkan Vincent Cassel, Steve Coogan, Laura Dern, Caleb Jonte Edwards, Dylan Ennis, Corentin Fila, Ari Graynor, Marissa Long, Alexander Ludwig, Chris Messina, AJ Michalka, Kumail Nanjiani dan Nadia Tereszkiewicz.

Turut melengkapkan senarai ialah Chloe Bennet, Sandra Bernhard, Heather Graham, Max Greenfield, Frida Gustavsson, Charlie Hall, Jarrad Paul, Rosie Perez, Ben Schnetzer dan Laura Smet.

Dicipta, ditulis dan diarahkan oleh Mike White, siri ini terus mengekalkan sentuhan kreatifnya yang tersendiri, dengan David Bernad dan Mark Kamine sebagai penerbit eksekutif bersama White.

Dengan gabungan barisan pelakon berprofil tinggi, lokasi berinspirasikan Festival Filem Cannes serta kekuatan naratif yang konsisten mengangkat tema kuasa, kelas sosial dan konflik manusia, The White Lotus musim keempat dijangka terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara drama televisyen paling berpengaruh dan dinanti-nantikan.

Setiap musim yang hadir bukan sekadar hiburan, tetapi turut menjadi cerminan tajam terhadap dinamika masyarakat moden yang penuh lapisan dan kontradiksi. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments