'Duka Tanpa Penghujung' Buletin Utama malam ini khas buat rakyat Palestin


TV3 mengumumkan slot Buletin Utama hari ini akan memberi tumpuan khas kepada usaha Malaysia dalam berdiri teguh bersama nasib rakyat Palestin.

Dalam laporan eksklusif itu, setesen tersebut akan mengetengahkan pendirian tegas Malaysia yang tidak tunduk kepada propaganda Barat. Dalam usaha memperjuangkan hak-hak rakyat Palestin, Malaysia telah mengambil pelbagai inisiatif diplomatik dan kemanusiaan yang mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.

Slot berita khas itu memperlihatkan komitmen negara kita dalam menyokong Palestin, termasuk bantuan kemanusiaan dan sokongan diplomatik yang tidak berbelah bahagi.

Menerusi laporan eksklusif malam ini, Buletin Utama juga akan mendapatkan pandangan daripada penganalisis yang sentiasa mengikuti rapat perkembangan mutakhir di Palestin terutama kekejaman rejim Israel ke atas Gaza sejak Oktober tahun lalu.

Pakar-pakar ini akan menyentuh ketegasan pemimpin-pemimpin negara yang membantah kekejaman berterusan tentera rejim hingga menyebabkan rakyat Palestin terus menderita.

TV3 percaya kepada kepentingan penyelesaian yang adil dan berkekalan bagi konflik yang berterusan dan komited untuk meningkatkan kesedaran serta mempromosikan pemahaman melalui platform mereka. ‘TV3 dan Tonton Prihatin’ terhadap situasi yang berlaku di Palestin dan berusaha untuk memberi sokongan padu kepada mereka yang memerlukan

Dalam usaha menghibur, stesen itu turut sensitif dan mengambil berat susulan krisis kemanusiaan yang berlaku di dunia Palestin. Justeru TV3 sentiasa prihatin terhadap krisis kemanusiaan dan kekejaman yang berlaku ke atas rakyat Palestin.

"Kami komited untuk membawa berita yang tepat, berani dan memberi suara kepada mereka yang tidak didengari. Dengan laporan ini, kami berharap untuk meningkatkan kesedaran dan menyemarakkan semangat solidariti terhadap rakyat Palestin,".

Media Prima Teguh Berdiri Bersama Palestin! Hulurkan sumbangan anda kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima melalui kotak tabung yang disediakan atau salurkan menerusi akaun Bank Muamalat 1401 0008 8447 15 atau Maybank 5642 7651 0331.

Sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima akan digunakan untuk membiayai bantuan kemanusiaan bagi komuniti yang terjejas.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan laporan khas itu menerusi slot Buletin Utama, 8 malam ini. - 7KLIK



[FOTO: TV3 - Terima kasih Efendi Amir]

Post a Comment

Previous Post Next Post