Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tamatkan zaman bujang, Syafie Naswip kini bergelar suami


KUALA LUMPUR: Pelakon Syafie Naswip selamat melangsungkan pernikahan dengan gadis pilihannya, Nur Afiqah Ishak di Putrajaya pada pagi Sabtu.

Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan dan sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz di depan Pegawai Tadbir Agama, Jabatan Agama Islam Selangor daerah Sepang, Mohammad Nazri Sobirin.

Pada majlis ijab dan kabul yang disaksikan keluarga dan tetamu yang terdiri daripada saudara-mara dan rakan terdekat itu, Syafie atau nama lengkapnya Muhammad Syafie Naswip, 31, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran RM15,000.



Majlis penuh barakah tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi Instagram pelakon filem Sumpahan Jerunei itu untuk tatapan para peminat dan mereka yang tidak berada di acara itu dan telah ditonton sekitar 1,500 orang.

Difahamkan Nur Afiqah merupakan seorang model dan pelakon telah berjaya memikat hati Syafie sejak dua tahun lalu, sebelum masing-masing membuat keputusan untuk disatukan dengan membawa hubungan ke fasa perkahwinan.


ARTIKEL LAIN: selamat-bergelar-suami-isteri-athira
ARTIKEL LAIN: kembali-bergelar-isteri-bunga-citra
ARTIKEL LAIN: kini-bergelar-isteri-amylea-pilih-ahli


[FOTO: Instagram Syafie Naswip]

Post a Comment

0 Comments