Hot Posts

6/recent/ticker-posts

PERISIK PALING LICIK DI ASTRO




ASTRO menerusi Gempak menampilkan siri terbaharu berkonsepkan 'spy' dengan sisipan plot yang menghiburkan kepada para penontonnya menerusi B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit.

Konsep ini merupakan antara keunikan Gempak Originals dalam menyajikan kandungan-kandungan segar dalam tema penceritaannya selepas kejayaan siri seperti The Maid (misteri pembunuhan ‘whodunit’), Ex Aku Pontianak (siri seram remaja) dan Scammer Geng Marhaban (komedi kekeluargaan). 

Kali ini, konsep ‘spy’ atau perisik komedi yang berlatar belakangkan sebuah café menjadi nadi utama B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit yang ternyata berlainan daripada penceritaan siri-siri komedi di Malaysia. 

Naskhah tersebut membawa penceritaan baharu yang mempunyai elemen-elemen yang mampu menarik minat para penonton golongan muda dan berusia dengan konsep yang begitu bersahaja tetapi komedinya kena kepada mereka yang menonton.

Sherry Alhadad kembali menghangatkan siri Gempak Originals ini menerusi karakternya, Ejen M, seorang ejen yang mempunyai kuasa hebat yakni ‘lempangan maut’. Sementara Kamal Adli memegang peranan Ejen Gee yang merupakan seorang penganalisa IT yang bijak namun penakut. 

Nadia Brian pula turut tampil sebagai kawan rapat kepada Ejen M, Ejen K, manakala Fauzi Nawawi muncul sebagai antagonis, di samping Mekyun.

Siri ini mendapat sentuhan sutradara Norhanisham Muhammad dengan hasil skrip tulisan oleh Sham Hashim.

B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit terbitan Arie Zaharie Productions akan ditayangkan bermula 24 Ogos 2023, jam 11 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. 



B.A.R.I.S.T.A : MISI TERPALING SULIT
Bahasa: Melayu
Episod: 13           
Hari: Bermula 24 Ogos
Masa: 11 Malam
Saluran: Astro Ria (104) 
Terbitan: Arie Zaharie Productions     
Skrip: Sham Hashim
Pengarah: Norhanisham Muhammad
Pelakon: Sherry Alhadad, Kamal Adli, Nadia Brian, Fauzi Nawawi, Zarul Husin, Mek Yun, Sadiq M Jamil, Aziz M Osman dan Emelda Rosemila.

SINOPSIS
Badan Anti Radical Insurgent Teroris Andorsia atau dikenali sebagai B.A.R.I.S.T.A ialah sebuah agensi perisikan Andorsia, sebuah negara Komanwel fiksyen yang sering terlibat dengan misi-misi perisikan, anti-pengganas dan penyiasatan antarabangsa.

Ketika menjalani sebuah misi untuk menghapuskan KURAP (Kumpulan Radikal Pemisah Andorsia Selatan) yang ingin mengancam Andorsia, Ejen K telah diculik oleh sekumpulan pengganas yang ingin mengecam agensi perisikan mereka.

Untuk menyelamatkan Ejen K, Ejen M yang dikenali sebagai legend spy dan Ejen Gee, seorang penganalisis IT yang nerd dipilih untuk menyelesaikan penyiasatan sulit ini.

Namun dalam menyelesaikan misi ini, mereka menemui konspirasi lain yang lebih mengejutkan.


[KREDIT: Astro]


Sherry AlHadad

Kamal Adli

Mek Yun

Zarul Hussin

Nadia Brian

Emelda Rosemila

Raja Azmi






Post a Comment

0 Comments