PARA peminat Syafiq Kyle dan Ayda Jebat berjaya membuktikan bahawa sokongan mereka paling hebat, apabila drama yang dibintangi kedua-dua bintang ini iaitu Dekatkan Jarak Kita telah meraih anugerah Drama Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018 baru-baru ini.
Keserasian dua pelakon ini amat menyerlah sehingga menyebabkan mereka turut membawa pulang trofi untuk kategori Pasangan Pilihan.
Disiarkan secara langsung di TV3 pada 13 Mei lalu, malam kemuncak Anugerah DFKL 2018 yang bertemakan ‘Masa Untuk Drama’ ini telah mencecah jumlah penonton tertinggi (peak) sebanyak 4.7 juta (11.8 TVR) dengan purata 2.5 juta penonton atau 39.1% syer penonton bermula dari jam 9 malam hingga 11 malam (sumber: Nielsen Audience Measurement).
Acara Karpet Merah Anugerah DFKL 2018 yang disiarkan secara langsung di ntv7 dari jam 8.30 malam hingga 9 malam pula berjaya meraih jumlah penonton tertinggi (peak) sebanyak 777,000 (1.5 TVR) dengan purata 330,000 penonton atau 5.2% syer penonton (sumber: Nielsen Audience Measurement).
Selain menonton secara langsung di TV3, majlis anugerah ini turut disiarkan secara eksklusif menerusi live streaming (HD) di YouTube TV3 Malaysia Official yang berjaya meraih 87,000 tontonan.
Kemeriahan acara Karpet Merah bertemakan 'Pop Art' yang dikendalikan oleh Shalma Aina dan Maggy Wang pula boleh disaksikan di YouTube ntv7 Malaysia, dan telah mencecah jumlah tontonan sebanyak 9,513. Anugerah DFKL 2018 juga hampir mencecah 3,000 tontonan di www.tonton.com.my.
Lebih menarik lagi, Anugerah DFKL 2018 yang dihoskan oleh Nabila Huda dan Ajak Shiro ini telah menjadi topik perbualan hangat seluruh Malaysia sehingga berjaya trending nombor satu di laman sosial Twitter dengan tanda pagar #DFKL2018.
Senarai Penuh Pemenang
- Drama Radio Pilihan
Cinta Biasa (Zul Huzaimy & Nad Zainal)
- Drama Pilihan tonton VIP
Zahir Tak Terucap (Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd) - Lagu Tema Pilihan
Sumpah Cintakuc(Asfan) - Drama Pendek Pilihan
Manikam Dalam Lipatan (Siti Sal) - Skrip Pilihan
Farhana Fauri (Titian Cinta) - Pengarah Pilihan
Heykal Hanifah (Titian Cinta) - Selfie Paling Drama
Ain Edruce - Antagonis Pilihan
Shukri Yahaya (Andainya Takdir) - Pasangan Pilihan
Syafiq Kyle & Ayda Jebat (Dekatkan Jarak Kita) - Aktor Pilihan
Zul Ariffin (Titian Cinta) - Aktres Pilihan
Janna Nick (Biar Aku Jadi Penunggu) - Drama Pilihan
Dekatkan Jarak Kita (JS Pictures Sdn Bhd)
0 Comments