 |
| FOTO: Instagram TV3 |
[Nota Kedai Kopi Bandara]
SEPERTI kata Datuk Yusri, Mariam masih tercari-cari X-Factor. Hakikatnya bukan Mariam sahaja yang belum memiliki pesona bintang, finalis Iain pun begitu. Mereka belum berjumpa atau masih terlepas pandang nilai 'X' yang perlu ada dalam diri mereka.
Semua finalis Calpis Soda One In A Million (OIAM) boleh menyanyi dengan baik. Apa yang membezakan mereka dengan penyanyi sedia ada, bagaimana perjalanan mereka selepas berakhirnya OIAM minggu depan?
Mungkin mereka berlima sedikit beruntung kerana telah ada single yang bakal dipertaruhkan selepas ini. Itu kelebihan sementara.
Jika tanpa memiliki X-Factor agak sukar untuk mereka bertahan pada persaingan bakat baharu yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di media sosial ini.
Pada awalnya saya meneka Jimi, Kai Deva dan Mary Grace bakal ke pentas akhir. Ramalan saya benar. Seorang lagi finalis yang diisi oleh Zazzleen sedikit memberi kejutan. Zazzleen ada sedikit X-Factor dengan suaranya yang unik dan husky itu. Tapi awas, tidak semua lagu sesuai dengan suara sebegitu.
Saya mengharapkan singlenya Merah menjanjikan sesuatu untuk kelangsungan kerjaya seninya. Dia kena bijak memilih lagu yang setara suara dan kemampuannya.
Persoalannya, sejauh mana empat finalis itu mampu memberikan tarikan terbaik mereka?
Jika ditanya siapa pilihan saya untuk bergelar juara musim baharu OIAM edisi kali ini, saya pilih Kai Deva. Imej baharu Kai ketika minggu separuh akhir tampak segar. Dia perlu kekalkan imej bersih sebegini sesuai dengan suara gemersiknya itu.
Saya rasa Kai boleh menyanyikan pelbagai genre terutama irama Malaysia dengan baik. Jika diberi 'branding' yang betul oleh pengurusan bakat TV3, Kai boleh pergi jauh dan kekal relevan.
Biar siapapun juara, saya meraikan semua. Teruslah berkarya dan gilap X-Factor kalian. Juara atau tidak, teruslah berjuang.
Mungkin Mariam kurang bernasib baik tetapi dia masih berpeluang untuk berjaya. Kenali potensi diri dan perbaiki apa yang terkurang. Anda pasti berjaya melebihi yang menang sejuta itu nanti.
Pentas akhir OIAM akan serentak dengan Gegar Vaganza ke-11 (GV11). GV11 membawa artis gred A sebagai pelengkap finalis yang ada. Pastinya GV11 akan meriah seperti konsert akhir sebelumnya.
Bagaimana pertaruhan selebriti lain untuk OIAM kali ini? Apakah akan ada kemunculan artis gred A yang lebih hebat berbanding GV11? Kita nantikan! - 7KLIK
~ Nota by Jebat Iskandar ~
(**Penulisan ini adalah pandangan peribadi penulis semata-mata dan tidak mewakili pendirian 7Klik mahupun mana-mana pihak)
ARTIKEL LAIN:
0 Comments