Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Max rasmi dilancarkan di Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong


PERKHIDMATAN penstriman terkemuka daripada Warner Bros. Discovery, Max kini secara rasmi dilancarkan dan boleh distrim di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand, serta Taiwan dan Hong Kong.

Bermula Selasa, pelanggan boleh menikmati jenama ikonik termasuk HBO, Harry Potter, DC Universe, Cartoon Network dan Max Originals, pilihan filem Hollywood terkini dan terbesar, serta program realiti yang tidak boleh dilepaskan dari Discovery, TLC, AFN, Food Network, ID dan HGTV.

Pelancaran Max ini dimulakan dengan tayangan perdana HBO Original Dune: Prophecy, serta Harry Potter: Wizards of Baking, yang dihoskan oleh James dan Oliver Phelps.

Tayangan perdana baharu pada bulan ini termasuk filem blockbuster Twisters, Expend4bles dan IF, filem Max Original Sweethearts.

Pelanggan boleh mengakses filem Hollywood popular seperti Trap, The Nun, Meg 2: The Trench, Barbie, Godzilla vs Kong: The New Empire, Furiosa: A Mad Max Saga, Dune: Part Two, Wonka, serta koleksi penuh filem Harry Potter, The Lord of the Rings dan The Matrix, selain filem-filem DC termasuk Aquaman and The Lost Kingdom, The Flash dan francais The Batman.

Siri premium termasuk Game of Thrones, House of the Dragon, The White Lotus, Succession, Euphoria, True Detective, And Just Like That… dan The Penguin.

Max juga menampilkan tayangan ikonik dari Warner Bros. Television, termasuk Friends, kisah-kisah kehidupan sebenar yang menarik seperti Gold Rush, Deadliest Catch, Naked and Afraid dan 90 Day Fiancé, serta rancangan keluarga kegemaran seperti Adventure Time, My Adventures with Superman, We Bare Bears dan Barney’s World.

Peminat boleh menantikan tayangan perdana filem Hollywood terbaik daripada beberapa studio terbesar, termasuk Beetlejuice Beetlejuice, Despicable Me 4, Kung Fu Panda 4, The Fall Guy, Subservience, Hellboy: The Crooked Man, A Quiet Place: Day One dan siri animasi dewasa Max Original, Creature Commandos.

Rancangan kegemaran sepanjang masa seperti The Big Bang Theory, House, The Office, The Vampire Diaries, Supernatural dan banyak lagi juga akan tersedia untuk distrim di Max dalam beberapa bulan akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Global Streaming & Games di Warner Bros. Discovery, JB Perrette, berkata, pelancaran langsung pertama Max di Asia Pasifik menandakan satu lagi pencapaian penting dalam peluasan global Max, menjadi perkhidmatan penstriman global yang berkembang paling pesat.

"Kami berharap dapat memuaskan hati peminat di seluruh rantau ini dengan jenama dan francais ikonik dan kami masih di peringkat awal dalam pertumbuhan ini, sambil merancang untuk meluaskan Max ke lebih banyak pasaran pada 2025 dan 2026,” ujarnya.

Sementara Presiden Asia Pasifik di Warner Bros. Discovery, James Gibbons, menyifatkan pelanggan Max dapat menikmati kandungan bertaraf dunia dengan pengalaman penstriman yang lancar dan personalisasi untuk memilih tontonan mereka sendiri.

"Max menawarkan pilihan pelan langganan yang sesuai dengan pelbagai keperluan, serta ketersediaan melalui banyak platform rakan kongsi terkemuka di rantau ini, ia memudahkan peminat tempatan untuk mula menikmati Max,” katanya.

Max menyediakan pengalaman penstriman yang berfokuskan pengguna, di mana pelanggan boleh menyesuaikan profil mereka, menerima cadangan peribadi berdasarkan tabiat tontonan dan memilih bahasa yang diingini di tetapan Max.

Profil juga boleh dipilih untuk kanak-kanak, disesuaikan dengan kandungan yang bersesuaian mengikut umur dan kawalan ibu bapa untuk tontonan mesra kanak-kanak.

Mencari kandungan di Max kini lebih mudah dengan fungsi carian yang intuitif. Pelanggan juga boleh menyimpan kandungan kegemaran mereka, menyambung tontonan dari tempat yang ditinggalkan dengan 'Continue Watching' (Sambung Tonton) atau memuat turun untuk menonton ketika bergerak.

Dengan pelbagai pilihan langganan dan kaedah pembayaran, pelanggan boleh memilih daripada dua pelan iaitu pelan Standard, yang membolehkan pelanggan menstrim pada dua peranti serentak dan memuat turun sehingga 30 tajuk untuk tontonan luar talian, serta pelan Ultimate, yang membolehkan pelanggan menstrim pada empat peranti serentak dengan 4K UHD dan Dolby Atmos jika tersedia, serta menikmati sehingga 100 muat turun untuk tontonan luar talian (had dikenakan).

Ikuti @StreamOnMaxMY dan #MaxAsia untuk maklumat terkini mengenai Max. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments