Hot Posts

6/recent/ticker-posts

GV10: Tiada penyingkiran, lapan peserta layak ke final


BUAT pertama kalinya Gegar Vaganza akan membariskan lapan peserta sebagai finalis di pentas akhir yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad depan.

Siti Nordiana yang berada di tangga terbawah dengan markah 61.50 peratus (%) menerusi persembahan lagu Hampa Hatiku dan Sudah Ku Tahu itu terselamat apabila tiada penyingkiran yang dibuat pada minggu ini, sekali gus melayakkan kesemua bintang melangkah ke pentas final.

Pentas separuh akhir All Star Gegar Vaganza (ASGV) dipancarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad, turut menyaksikan Tomok dinobatkan sebagai juara mingguan menerusi cemerlangnya menyampaikan lagu C.I.N.T.A dan Bahalol, nyanyian asal kumpulan XPDC.

Tomok yang tampil beraksi dengan pakaian dan gaya persembahan yang menepati tema dan lagu yang disampaikan, bukan sahaja mencuri perhatian penonton, tetapi juga memuaskan hati barisan juri dengan markah 80%.



Selain Tomok dan Siti Nordiana, finalis lain yang turut beraksi di pentas akhir ialah Liza Hanim Nikki Palikat, Jaclyn Victor, Azharina, Hady Mirza dan Naqiu. Pada persembahan kemuncak minggu hadapan, setiap finalis diberikan tiga tugasan iaitu nyanyian solo, duet bersama penyanyi undangan dan cabaran 'battle' sesama mereka.

Kesemua peserta diadili menerusi format penjurian seratus peratus oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.

ASGV atau GV10 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104), setiap Ahad, jam 9 malam.


Kedudukan dan markah peserta minggu Separuh Akhir (TIADA PEYINGKIRAN)

1. Tomok - C.I.N.T.A & Bahalol (80%)
2. Nikki Palikat - Pelesit Kota & Gemuruh (79.50%)
3. Naqiu - Memori Sekuntum Rindu & It's My Life (72.50%)
4. Hady Mirza - Opera Hidup & Tragedi Oktober (70.75%)
5. Jaclyn Victor - Mistikus Cinta & Taman Rasyidah Utama (69%)
6. Liza Hanim - Paku & Jangan Khianati Aku (67.75%)
7. Azharina - What's Up? & Livin' On A Prayer (65.25%)
8. Siti Nordiana - Hampa Hatiku & Sudahku Tahu (61.50%)

(KREDIT FOTO: Astro]

Post a Comment

0 Comments