Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Pelanggan Sooka, NJOI kini boleh akses 5 Saluran Fast baharu daripada Astro



PELANGGAN Sooka dan NJOI kini boleh mengakses lima saluran TV Penstriman Percuma yang Disokong Iklan atau Free Ad-supported Streaming TV (FAST) tanpa bayaran tambahan, iaitu Filem Mantap, Drama Hebat, Drama Hotpot, Lawak Sentral dan Travel & Taste.

Tambahan baharu itu akan melengkapi sepuluh saluran FAST sedia ada untuk pelanggan sooka, seterusnya meluaskan lagi pilihan para pelanggan dengan lebih drama, rancangan komedi, pelancongan, serta kandungan Astro seperti Super Spontan All Stars, Suri Hati Mr Pilot, The Rebel Princess dan Perfect Partner.

Sooka merupakan satu-satunya aplikasi penstriman Malaysia yang menawarkan saluran sukan lengkap dan hiburan tempatan serta Asia yang menarik.

Aplikasi ini menyediakan satu pengalaman sempurna tanpa sempadan pada mana-mana peranti yang disambungkan dan sesuai untuk hiburan pada bila-bila masa (on-the-go), manakala NJOI adalah perkhidmatan TV satelit prabayar premium percuma (freemium) pertama di Malaysia, menawarkan pelbagai kandungan hiburan, sukan, pembelajaran dan berita yang menarik.

Penambahan baharu kepada Sooka dan NJOI bertujuan untuk menyediakan pengguna dengan pilihan hiburan yang pelbagai tanpa caj tambahan. Dicipta oleh Astro, saluran-saluran baharu FAST ini menawarkan campuran kandungan asli serta rancangan antarabangsa yang boleh diakses melalui NJOI Box untuk para pengguna NJOI, dan peranti mudah alih & TV pintar untuk pengguna Sooka.


5 Saluran FAST Astro

● Filem Mantap (NJOI CH131): Destinasi sempurna untuk filem penuh kualiti. Ia menawarkan himpunan telefilem terpilih daripada pelbagai genre yang menghiburkan dan memikat hati anda.

● Drama Hebat (NJOI CH132): Hiburkan diri dengan campuran tematik muzik terpilih dan pelbagai kandungan lain yang menawarkan anda hiburan sepanjang masa tanpa henti daripada seluruh dunia. Kembali ke masa lalu melalui pilihan drama tempatan kami yang menambat hati, di mana pelakon-pelakon hebat membawakan anda magis sinematik melalui persembahan mereka yang luar biasa. Drama-drama malar segar ini menampilkan sedetik gambaran masa lalu di mana emosi, konflik, dan penyelesaiannya kekal relevan ke hari ini.

●Drama Hotpot (NJOI CH133): Saluran ini menawarkan berjam-jam hiburan penuh pesona melalui kandungan terbaik dari China untuk menarik hati setiap ahli keluarga anda.

●Lawak Sentral (NJOI CH134): Bersedia untuk menaiki roller-coaster yang akan membawa anda ke daerah penuh tawa serta jenaka yang menaikkan semangat anda. Daripada komediri menggelikan hati, ke sitkom penuh jenaka, di sinilah tiket anda ke dunia yang penuh keceriaan dan ketawa tanpa henti.

●Travel & Taste (NJOI CH135): Saluran ini meneroka lapisan budaya melalui pengalaman perjalanan yang mengasyikkan, di samping menikmati rasa asli setiap daerah melalui resepi-resepi lazat. - 7KLIK


[KREDIT: Astro]

Post a Comment

0 Comments