Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tarian Kirep bawa tuah, SK Puncak Alam (2) menang Kejuaraan Tari Kanak-Kanak Malaysia



FESTIVAL Kesenian Kanak-Kanak Kebangsaan 2023 (FESKA) menutup tirai dengan menyaksikan kumpulan Tingkah Mahsyur dari SK Puncak Alam (2) yang mewakili Selangor dinobatkan sebagai pemenang Kejuaraan Tari Kanak-Kanak Malaysia.

Tingkah Mahsyur yang menampilkan persembahan berjudul Kirep itu memukau barisan juri dan penonton yang hadir dengan gerak tari indah dan kreatif di bawah bimbingan Shahril Aziz yang turut memenangi kategori Koreografer Terbaik.

Karya kreatif itu mengetengahkan imej burung kenyalang dengan tari Datun Julud dan Kanjet Ngeleput dalam eksplorasi gerak tari penciptaan karya ini.

Naib juara pula menjadi milik Kelab Tari Keat Hwa dari SJK (C) Keat Hwa, Alor Setar (Kedah) dengan persembahan berjudul Hutan Yang Menakjubkan. Kumpulan yang tampil dengan tema unik itu turut mengungguli kategori Susunan Muzik Terbaik.

Diikuti Kiawayan Dance Club dari SK Kiawayan Tambunan (Sabah) mendapat tempat ketiga menerusi persembahan berjudul Sinimpung.

Sementara itu bagi kategori Busana Terbaik pula menjadi milik kumpulan Gen'tari dari Sekolah Seni Malaysia Perak, manakala Aria Teja Dazzles dari SK Perempuan Methodist Kuantan (Pahang) pula menerima Anugerah Khas Juri menerusi persembahan kreatif mereka dengan tarian Jong Jong Inai.

FESKA merupakan acara anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) yang berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) pada 30 September hingga 1 Oktober lalu.

Menariknya FESKA kali ini mengetengahkan 14 kumpulan terbaik yang telah menjadi juara dari setiap negeri untuk dipertandingkan di peringkat kebangsaan.

Selain Kejuaraan Tari Kanak-Kanak Malaysia, FESKA turut dimeriahkan dengan pengisian sampingan seperti bengkel seni budaya, jualan produk dan pameran seni budaya yang turut disertai oleh Sekolah Seni Malaysia yang mempamerkan hasil karya lukisan pelajar sekolah berkenaan.

Biarpun tarian menjadi eleman utama dalam festival ini, JKKN turut memperlihatkan elemen seni budaya lain yang berada di bawah Program Bimbingan Seni Budaya iaitu teater, muzik, gasing, silat dan seni berbahasa.

Pengisian-pengisian ini dapat memberi pendedahan kepada peserta dan khalayak pengunjung untuk menghayati, memahami serta menghargai kesenian dan kebudayaan negara.

Menurut Ketua Pengarah JKKN, Mohd Amran Mohd Haris, penganjuran FESKA merupakan inisiatif pihaknya untuk terus menyemarakkan kesenian dalam kalangan kanak-kanak yang merupakan pewaris legasi masa hadapan negara.

"Semoga dengan penganjuran festival ini dapat menanam minat generasi muda untuk mencintai seni budaya warisan bangsa," katanya yang turut menyempurnakan acara penyampaian hadiah kepada pemenang.



SENARAI PENUH PEMENANG KEJUARAAN TARI KANAK-KANAK MALAYSIA 2023

JUARA
Tingkah Mahsyur/SK Puncak Alam (2), Selangor
Persembahan: Kirep
Koreografer: Shahril Aziz

NAIB JUARA
Kelab Tari Keat Hwa (K)/SJK (C) Keat Hwa, Alor Setar, Kedah
Persembahan: Hutan Yang Menakjubkan
Koreografer: Chia Kai Xian

TEMPAT KETIGA
Kiawayan Dance Club/SK Kiawayan Tambunan, Sabah
Persembahan: Sinimpung
Koreografer: Fredaus Johari

TEMPAT KEEMPAT
Gen’tari/Sekolah Seni Malaysia, Perak
Persembahan: Langkah Beralun
Koreografer: Al Jabar Laura

TEMPAT KELIMA
Kumpulan Arts Bandarian/SMK Bandar Bintulu, Sarawak
Persembahan: Avet
Koreografer: Ambrose Maja Anak Malaka

HADIAH SAGUHATI
Aria Teja Dazzles/SK Perempuan Methodist Kuantan, Pahang
Persembahan: Jong-Jong Inai
Koreografer: Mohd Ash’ari Bin Osman

The Majidies Dancer/SK Majidi Baru, Johor
Persembahan: Dolanan Zapin
Koreografer: Muhammad Farhan Mohd Tahir

Seroja/SK Convent (1) Bukit Nanas, Kuala Lumpur
Persembahan: Engkabang
Koreografer: Muhammad Syazwan Razali

Putra Tari MHS/SMK Tinggi Melaka
Persembahan: Ratib Anak Lautan
Koreografer: Zaki Saleh

Auratari/SM Sains Kepala Batas, Pulau Pinang
Persembahan: Serkap
Koreografer: Halimahton Saadiah Ramli

Sanggar Sri Saujana/SMK Bukit Saujana, Port Dickson, Negeri Sembilan
Persembahan: Joget Bayangan Rindu
Koreografer: Mohd Ainuddin Mohd Ramlan

Anak Seni Perantau/SMK Rantau Petronas Kemaman, Terengganu
Persembahan: Bekwoh
Koreografer: Jasmadi Abdul Majid

Tiranis/SM Sains Pasir Putih, Kelantan
Persembahan: Zapin Nujum
Koreografer: Mazri Iz Clarisa Mazrizan

Cendana Sari/SMK Syed Hassan, Perlis
Persembahan: Embun Soksek
Koreografer: Hanita Hajja


ANUGERAH BUSANA TERBAIK
Gen’tari/Sekolah Seni Malaysia, Perak

ANUGERAH KOREOGRAFER TERBAIK
Tingkah Mahsyur/SK Puncak Alam (2), Selangor

ANUGERAH SUSUNAN MUZIK TERBAIK
Kelab Tari Keat Hwa (K)/SJK (C) Keat Hwa, Alor Setar, Kedah

ANUGERAH KHAS JURI
Aria Teja Dazzles/SK Perempuan Methodist Kuantan, Pahang



TONTON VIDEO PERSEMBAHAN KEJUARAAN TARI KANAK-KANAK MALAYSIA 2023
https://www.youtube.com/watch?v=tsX3YEl-sJ8&t=75s





JUARA - Tingkah Mahsyur, SK Puncak Alam (2), Selangor


NAIB JUARA - Kelab Tari Keat Hwa (K), SJK (C) Keat Hwa, Alor Star, Kedah


TEMPAT KETIGA - Kiawayan Dance Club, SK Kiawayan Tambunan, Sabah


Gen’tari,  Sekolah Seni Malaysia, Perak


Kumpulan Arts Bandarian, SMK Bandar Bintulu, Sarawak


Aria Teja Dazzles, SK Perempuan Methodist Kuantan, Pahang


The Majidies Dancer, SK Majidi Baru, Johor


Seroja, SK Convent (1) Bukit Nanas, Kuala Lumpur


 Putra Tari MHS, SMK Tinggi Melaka


Auratari, SM Sains Kepala Batas, Pulau Pinang


Sanggar Sri Saujana, SMK Bukit Saujana, Port Dickson, Negeri Sembilan


Anak Seni Perantau, SMK Rantau Petronas Kemaman, Terengganu


Tiranis, SM Sains Pasir Putih, Kelantan


Cendana Sari, SMK Syed Hassan, Perlis

Post a Comment

0 Comments