Syok menang RadioInfo Asia Podcast Awards 2023


PODCAST Life Confession dan Sembang Atas Dulang, dua podcast tempatan yang dihasilkan oleh SYOK telah memenangi Podcast of the Year: Major Winners untuk kategori Best Health and Wellness Podcast dan Best Society and Wellness, secara berasingan daripada Radioinfo Asia Podcast Awards.

Life Confession, dihoskan oleh Dr Reza Abraham, perunding kepimpinan dan pengarang buku pemenang anugerah, memperoleh tempat teratas dalam kategori Best Health and Wellness Podcast.

Podcast itu membawa kisah benar dan inspirasi, memperincikan perkongsian liku-liku dan suka duka daripada pemimpin terkemuka di Malaysia dan pelopor industri termasuk Marina Mahathir yang merupakan seorang aktivis, Vivy Yusof (penulis blog bertukar usahawan fesyen yang telah dilantik dalam The Business of Fashion 500) Yuna (penyanyi dan penulis lagu), Kenny Ong (Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio), Douglas Lim (pelawak dan pelakon) serta ramai lagi.

Sementara itu, Sembang Atas Dulang, dikendalikan Ceddy Ang, personaliti blog yang gemarkan makanan, telah memenangi kategori Best Society and Wellness Podcast.

Podcast ini memaparkan perbincangan mendalam tentang muzik, filem, trend media sosial, gaya hidup dan kecergasan, dengan perkongsian santai sambil menikmati hidangan Malaysia yang lazat, daripada selebriti tempatan serta personaliti media sosial termasuk Angel dan Sabronzo (Dolla), Meernash, Elyshla Abegail, Amir Ahnaf, Fazziq Muqris dan ramai lagi.

Pemenang untuk kategori ini akan diumumkan secara langsung pada 6 September, di majlis anugerah Radiodays Asia 2023.

Radioinfo Asia Podcast Awards mengiktiraf individu, pasukan dan organisasi paling cemerlang di dalam bidang podcast dari seluruh media di Asia dan pemasaran.

Terdapat 21 kategori yang akan dinilai oleh pemimpin dan bintang yang sedang meningkat naik dalam dunia podcast, bersama panel editor kanan antarabangsa daripada Radioinfo. - 7KLIK  





Post a Comment

Previous Post Next Post