Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Nusafest, bukan hanya hiburan semata



FESTIVAL NUSAFEST yang bakal berlangsung pada 8 dan 9 Julai ini bakal menyaksikan 24 kumpulan dari Indonesia, Singapura dan Malaysia beraksi di Bandar Malaysia, Sungai Besi bermula jam 12 tengah hari hingga 12 malam.

Selepas pengumuman bahawa Search, Wings dan Butterfingers bakal menjadi headliner di Nusafest, orang ramai semakin merasai kehangatan festival muzik yang dibawakan oleh Shiraz Projects ini.

Malah kumpulan-kumpulan dengan pengikut setia seperti Fourtwnty, Barasuara, The Pinholes, Masdo, Gerhana Skacinta dan Iqbal M turut memeriahkan Nusafest.

Lebih menarik, Nusafest turut membawakan kepada peminat muzik dan kulinari, Pasar Nusa yang akan memberikan kepelbagaian produk buat para pengunjung.

Pasar Nusa bakal diadakan di hanger Bandar Malaysia akan menghadirkan 80 penjual kraf dan seni yang pastinya kena dengan selera pengunjung kelak.

Pasar Nusa merupakan sebuah kolaborasi bersama RIUH, sebuah platform kurasi kreatif yang mengetengahkan barangan dan bakat kreatif tempatan sejak tahun 2017.

RIUH adalah inisiatif di bawah kumpulan MyCreative Ventures yang menghubungkan komuniti kreatif dengan orang ramai melalui himpunan para usahawan kreatif dan penggiat-penggiat seni tempatan daripada pelbagai cabang industri kreatif termasuk muzik, seni persembahan, kandungan kreatif, sastera, seni reka, seni kebudayaan dan tradisional, seni kulinari, seni visual, fesyen dan pendidikan kreatif.

Ia juga adalah satu inisiatif dalam usaha untuk melonjakkan industri kreatif Malaysia dengan merancakkan lagi pembangunan sosio-ekonomi industri kreatif negara melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan seperti kedai ‘pop up’, bengkel kreatif, pameran dan persembahan langsung.

Ketua Pegawai Eskekutif Shiraz Projects, ujar Shirazdeen Karim berkata, acara itu merupakan kolaborasi pertama RIUH bersama Nusafest untuk mengurus peruncit unik.

"RIUH dan Nusafest sejajar dalam misi kami untuk membantu menyediakan platform untuk ekonomi kreatif.

"Pasar Nusa dipilih susun oleh RIUH, manakala Waknat pula menjadi penyusun atur untuk Warong Nusa,” ujarnya.


Substage juga turut disediakan di Pasar Nusa dengan persembahan akustik daripada A.limin, Kolar Hijau, Motherwit, Satwo dan Teman Lelaki.

Sementara ruangan DJ set pula memberikan halwa telinga daripada Awyn, Emai, Killah Z, MMK, S.Shahrin, Velvet, Wakmy dan Wayne.

Selain itu, Warong Nusa turut menyediakan sekitar 60 warung makanan dan minuman termasuk vendor-vendor terkenal tempatan seperti Kopi Dua Darjat, Minuum KL, Laiyan KL, Miker Pizza, Sloopyan Hotdog, Nachoslah Global dan pencuci mulut seperti Kelava dan The Gorpis.

Buat peminat makanan dan minuman Nusantara, Nusafest turut membawakan hidangan dari Indonesia khusus buat pengunjung. Terdapat 20 trak makanan untuk dinikmati bersama.

Tiket masuk Nusafest dijual dengan harga RM200 (Dua hari untuk seorang) dan RM700 (Empat orang). Pembelian boleh dibuat menerusi www.myticket.asia- 7KLIK

Post a Comment

0 Comments