Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kejutan hari pertama Kejohanan Badminton Tertutup Johor 2023



KEJOHANAN Badminton Tertutup Johor 2023 membuka tirai hari ini dengan pelbagai aksi menarik diperaga oleh para peserta selain beberapa kejutan menghiasi hari pertama kejohanan edisi ke-11 ini.

Presiden Persatuan Badminton Johor (JBA), Mat Rashid Jahlil berpuas hati dengan sambutan yang amat menggalakkan pada hari pembukaan.

“Kami amat gembira dengan jumlah penyertaan pemain muda pada edisi kali ini dan amat berterima kasih kepada semua pihak atas komitmen yang ditunjukkan bagi memastikan kejohanan ini dijalankan.

“Kami akan sentiasa mencari ruang untuk menambah baik aspek penganjuran bagi memastikan kejohanan ini kekal relevan dan kompetitif pada masa akan datang.

"Malah, JBA sedang merancang untuk mengadakan Kejohanan Badminton Terbuka Johor pada tahun hadapan dengan penyertaan yang lebih terbuka kepada pemain muda tempatan serta luar negara,” ujarnya.


Dalam kategori Perseorangan Lelaki Bawah 14 tahun, Yew Jun Cheng dari Akademi Badminton AIM yang berpusat di Johor Bahru menarik perhatian penonton yang hadir dengan menundukkan Choo Zeng Feng dari Albert Sports (21-7, 21-6) yang merupakan pemain pilihan untuk kejohanan kali ini.

Yew Jun Cheng menampilkan aksi yang bertenaga untuk menewaskan pihak lawan pada set pertama 21-7 sekaligus mengundang reaksi positif dari para penonton yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

Dalam set kedua, Choo Zeng Feng bermula dengan baik apabila mendahului 6 mata di hadapan, namun Jung Cheng kekal tenang di dalam permainannya sekaligus meninggalkan lawannya dengan meraih kemenangan selesa 21-6.

Bagi Ketua Jurulatih Akademi Badminton AIM, Soong Fie Cho yang juga merupakan bekas pemain beregu Malaysia kagum dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Jun Cheng.

“Jun Cheng sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam persiapan untuk menyertai kejohanan ini dan saya berasa bangga dengan permainan yang ditunjukkan oleh Jun Cheng,” katanya.


Fie Cho yang pernah memenangi emas Sukan SEA 2015 di Singapura amat yakin dengan kemampuan yang ada pada Jun Cheng untuk meneruskan momentum pada pusingan yang seterusnya.

Kejohanan Badminton Tertutup Johor 2023 edisi ke-11 akan berlangsung dari 5 hingga 8 Januari dengan lebih 600 peserta dijangka menghangatkan saingan di DBC Sport Arena, Pontian, Johor. - 7KLIK


[KREDIT: Persatuan Badminton Johor]

Heng Kai Ping dari Akademi Badminton Albert Sports beraksi di dalam kategori Perseorangan Lelaki Bawah 12 tahun.


Pemain Perseorangan Lelaki Bawah 14 tahun, Yew Jun Cheng dari Akademi Badminton AIM yang berpusat di Johor Bahru menarik perhatian penonton yang hadir dengan menundukkan Choo Zeng Feng dari Albert Sports (21-7, 21-6).


Harneeta Ramani yang beraksi menentang Charlotte Shi Ming di dalam kategori Perseorangan Perempuan Bawah 14 tahun.


Presiden Persatuan Badminton Johor, Mat Rashid Jahlil berpuas hati dengan sambutan yang amat menggalakkan pada hari pembukaan serta menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua penganjur.


Post a Comment

0 Comments