The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia mekarkan bibit kebersamaan bersama dua pencerita tanah air






MELANGKAUI komitmen jenama ini untuk menghidangkan citarasa sebenar dunia kepada warga Malaysia, komuniti juga menjadi tunjang yang penting di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia.

Sempena musim perayaan ini, kami ingin menyebarkan mesej Kebersamaan dengan dua orang tukang cerita berwarga Malaysia, sambil menunjukkan penghargaan kepada komuniti kami.

Menerusi kolaborasi dengan Daryl Kho, pengarang ternama kelahiran Malaysia yang menukilkan novel fantasi kanak-kanak yang terlaris Mist-Bound: How to Glue Back Grandpa, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia akan mengadakan satu sesi membaca buku yang serba istimewa bersama pengarang tersebut pada tanggal 17 Disember, Sabtu.

Diilhamkan daripada pengalaman peribadi Daryl bersama insan kesayangannya yang menghidap demensia, novel nukilan Daryl berhasrat untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penyakit tersebut serta mengetengahkan kepentingan kasih sayang keluarga berlatarkan kondisi ini.

Jelas Ketua Pemasaran & Inovasi, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, Fiona Rodrigues;

“Sementara kami di The Coffee Bean & Tea Leaf® berusaha untuk membawakan pengalaman-pengalaman positif yang menjadi teras dalam perniagaan kami, kami juga memiliki tanggungjawab untuk menyentuh dan menangani isu-isu yang memberi kesan kepada komuniti kami. 

“Demensia merupakan satu subjek yang sukar untuk dibincangkan, termasuk bagi golongan dewasa; maka bagi kanak-kanak yang hidup bersama penghidap kondisi tersebut pasti berdepan dengan satu pengalaman yang luar biasa dan agak mencabar.

“Menerusi novel kanak-kanak karangan Daryl, ‘Mist-Bound: How to Glue Back Grandpa’, diilhamkan oleh pengalaman peribadi beliau bersama insan kesayangannya yang merupakan penghidap penyakit tersebut, pengarang kelahiran Malaysia ini dilihat mendekati topik berkenaan dengan cara yang menyentuh hati dan sensitif. Kami berasa amat bertuah kerana dapat meluangkan masa bersama beliau untuk sesi membaca buku yang istimewa ini, dan kami ingin mempelawa para keluarga dari komuniti kami untuk meneroka subjek ini bersama-sama,” ujarnya.

Di samping itu, tag hadiah musim perayaan daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, selain barangan bertema yang diilhamkan oleh novel tersebut juga akan disediakan untuk pembelian.

Setiap dana yang terkumpul dari pembelian Caring Cup kami, akan disalurkan kepada Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia (ADFM). Dana ini akan digunakan untuk tujuan latihan kemahiran pengurusan demensia oleh ADFM yang akan melengkapi tenaga penjaga dengan ilmu dan kemahiran supaya mereka dapat membekalkan khidmat penjagaan yang berkualiti lagi efektif bagi penghidap demensia.

Sesi membaca buku ini akan bermula dari jam 11:00 pagi hingga 1.30 tengah hari di The Coffee Bean & Tea Leaf® @The Waterfront, Desa Park City.

Semua dijemput untuk mendaftarkan diri dan membawa insan kesayangan mereka ke sesi membaca buku ini dengan melayari https://bit.ly/3Hrswad. Makanan dan minuman juga akan dihidangkan semasa sesi tersebut.

The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia juga telah berganding bahu dengan seorang pembikin filem ternama, Jared Lee dari Grim Film untuk menghasilkan filem pendek kami yang sulung, berpaksikan semangat kebersamaan keluarga yang mana turut mendefinisikan musim perayaan ini.

Tambah Fiona;

“Di samping Daryl, kami juga berbesar hati untuk bekerjasama dengan seorang lagi anak watan yang berbakat dalam dunia seni, Jared Lee dari Grim Film, untuk menggambarkan cerita kami tentang Kebersamaan sempena musim ini menerusi filem pendek kami yang sulung.

“Sedang kita semua bergembira dalam suasana perayaan, kami ingin menjadikan keluarga sebagai tema utama dalam cerita kami – bagi mengingatkan diri kita betapa bernilainya masa yang kita luangkan bersama insan-insan yang kita sayangi,” katanya.


Filem pendek berjudul There Was Once ini boleh ditonton di https://www.youtube.com/watch?v=eDzhRYJd0C0 - 7KLIK


[KREDIT: The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia]






Post a Comment

Previous Post Next Post