Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SEBALIK HATI NAZEERA SARDI, MUSTAQIM BAHADON



JODOH tak pernah salah alamat. Pertemuan antara Nazeera Sardi dengan Mustaqim Bahadon sememangnya tidak dirancang dan di luar jangka bila kedua-duanya merahsiakan rasa cinta di hati masing-masing.

Namun setelah hampir kehilangan antara satu sama lain, baru keduanya tersedar dan meruntuhkan ego masing-masing. Begitu pun realitinya hanya berlaku dalam telefilem arahan dibintangi mereka arahan Hashim Rejab berjudul Sebalik Hati yang menemui penonton pada 28 September ini, jam 9 malam di TV2.

Turut dibintani oleh Shiqin Kamal, Mahmud Ali Bashah, Nadia Kesuma, Nur Atika dan Rahim Jailani, ia mengisahkan tentang gadis bernama Mariam seorang pekerja yang rajin dan baik hati.

Jamil amat berterima kasih pada Mariam kerana dengan bantuan Mariam dia mendapat kepercayaan Tuan Haji Rosli. Cadangan Mak Wan untuk menjodohkan Mariam dengan seorang duda anak dua ditolak oleh Mariam.

Mariam juga menolak lamaran Wahid Borneo rakan baik Tuan Haji Rosli. Jauh dibenak hati Mariam dia amat mengharapkan Jamil sebagai calon suaminya. Mariam seorang pekerja yang rajin dan baik hati. Jamil amat berterima kasih pada Mariam kerana dengan bantuan Mariam dia mendapat kepercayaan Tuan Haji Rosli.

Cadangan Mak Wan untuk menjodohkan Mariam dengan seorang duda anak dua ditolak oleh Mariam. Mariam juga menolak lamaran Wahid Borneo rakan baik Tuan Haji Rosli. Jauh dibenak hati Mariam dia amat mengharapkan Jamil sebagai calon suaminya. Jamil melantik Diana, seorang gadis cantik sebagai setiausahanya di pejabat.

Harapan Mariam pada Jamil semakin pudar apabila dia diberitahu yang Jamil akan mengikat tali pertunangan dengan Nurazlina. Nurazlina juga mendesak Jamil supaya memecat Mariam. Mariam mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung.

Jamil hanya sedar yang Mariam menaruh hati padanya apabila diberitahu oleh Diana, anak saudaranya. Lalu apakah kesudahan telefilem ini? Ikuti kesudahannya di TV2.


[KREDIT: RTM]





Post a Comment

0 Comments