Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Syafie Naswip kongsi lokasi makanan viral dalam syurga kulinari Malaysia



PELAKON Syafie Naswip muncul sebagai hos program terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang memilih dan memperkenalkan satu persatu ‘Restoran Yang Mesti Dikunjungi’ di seluruh negara.

Program travelog 13 episod ini, Syurga Kulinari Malaysia, bersiaran setiap Jumaat, Jam 11 pagi menerusi saluran TV Okey (Astro 146/Myfreeview 110).

Dalam setiap episod program ini pastinya bermanafaat buat orang ramai yang mencari tempat lokasi makan menarik, viral, unik dan paling penting sedap rasanya. Lokasi pilihan perjalanan ialah sekitar negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Syafie Naswip akan berkunjung ke tempat makan dipilih dalam Semenanjung Malaysia bagi memberikan idea kepada penonton untuk menikmati masakan yang sedap sekiranya mereka berkunjung ke setiap tempat di dalam negeri yang dipaparkan.

Pastinya perkongsian info ini juga sebagai pilihan kepada penonton yang merupakan food hunting dalam menyenaraikan restoran yang boleh dikunjungi mereka.

Pelbagai jenis makanan dipaparkan sepanjang rakaman program ini. Di samping itu, hos juga akan belajar memasak resepi istimewa dengan melihat demo masakan yang dilakukan oleh tukang masak.

Syafie Naswip dibawa ke rumah atau ke dapur restoran untuk melihat proses bagaimana sesuatu masakan itu dihasilkan. Kesimpulannya negara kita Malaysia sememangnya merupakan syurga makanan.

Antara lokasi menarik dikongsikan termasuklah Restoran Pakcik Wong yang menghidangkan makanan Cina Muslim, dan restoran yang menyajikan dim sum halal di Ipoh.

Di samping menikmati hidangan lazat, pengunjung juga berpeluang mengetahui budaya dim sum yang sebenarnya. Semestinya Restoren Canning Dim Sum merupakan destinasi kedai pilihan untuk bersarapan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Turut dipaparkan hidangan lazat yang boleh didapati di Restoren Anjung Keli dan Warung Sungai Tapah.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store. - 7KLIK


[KREDIT: RTM]


Post a Comment

0 Comments