Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SYNOPSIS PERTARUHKAN SYNOPSIS


PADA
tahun 2019 kumpulan ini telah menerbitkan sebuah single yang berjudul Cinta Mu Berubah dengan 139,000 tontonan di laman YouTube. Setelah 3 tahun menyepi, kini muncul kembali dengan lagu terbaru mereka Celaru.


Synopsis terdiri daripada, Khuza sebagai vokalis, Iskandar (pemain drum) dan Hezry (gitar). Kumpulan ini telah ditubuhkan pada tahun 2015 dan berasal dari Bangi Selangor.

Celaru mengesahkan tentang cinta tiga segi. Cinta pandangan pertama dan telah menjalinkan hubungan bahagia, tetapi semuanya berubah apabila si gadis menjalinkan hubungan bersama jejaka lain.

Akibat rasa cinta yang mendalam dan kecelaruan diri terpaksalah gadis itu dilepaskan demi cinta sejati walaupun tanpa kerelaan diri, lalu membawa diri dan menjadikan semua ini sebagai sebuah memori yang tidak dapat dilupakan. Kecelaruan kini menyiksa diri.

Synopsis mengharapkan agar single Celaru diterima baik dan mendapat sokongan para pendengar. Lagu ciptaan ElHadam ini menemui pendengar menerusi platform digital muzik seperti Joox, Spotify, Deezer, KKbox dan juga Apple Music pada 18 Mac lalu di bawah label MAP Music.

Muzik video ini boleh ditonton di saluran Map Music.

Synopsis - CELARU (Official MV)



CELARU
By Synopsis

Terlihat pedih
Hati di lukai
Namun harus aku lalui
Tentang kita tiada bicara indah
Pertemuan mengalir bara api di jiwa

Persengketaan ini
Harus sampai bila
Bagai terasa terpadam indah
Terlelap hingga ku terlena

Mesti haruskah kau
Sakiti hati ini
Sedangkan aku sedaya tuk bahagiakanmu
Fikiranmu yang bercelaru

Apa lagi mampu
Hendak ku berkata
Luka yang telah terpahat (dalam jiwaku)

Sedangkan ku yang terdekat di sisimu
Sentiasa ada bersamamu
Tanpa rasa ragu

Mesti haruskah kau
Sakiti hati ini
Sedangkan aku sedaya tuk bahagiakanmu
Menemani mu tanpa rasa jemu


[KREDIT: MAP MUSIC]


Post a Comment

0 Comments