Hot Posts

6/recent/ticker-posts

MESEJ POSITIF DI DALAM FASA


DUNIA
muzik tanah air dimeriahkan lagi dengan single terbaharu berjudul Fasa, hasil gandingan penyanyi Hazama dan Tuju (K-Clique). 

Single Fasa muncul setelah sekian lama Hazama tidak menghasilkan album.

Menurut Hazama;

“Pandemik Covid-19 ini benar-benar menguji semua orang. Sebagai anak seni, saya juga tidak terlepas dengan ujian ini.

"Sepanjang dua tahun ini macam-macam yang telah saya lakukan demi kelangsungan hidup. Alhamdulillah saya berjaya bertahan dan kena cekal kerana pasti segala kejadian ini ada hikmahnya.

"Jadi, lagu Fasa yang disampaikan ini diselitkan dengan mesej-mesej positif untuk memberi semangat kepada semua.

"Tidak dapat dinafikan, semua orang ada Fasa tersendiri yang perlu ditempuhi. Namun apa yang penting kita perlu kuatkan semangat dan jangan pernah mengalah," katanya.



Paduan dua suara daripada penyanyi berbeza genre benar-benar serasi dan bersesuaian dengan konsep lagu ini.

Lagu hasil ciptaan dan lirik Firdaus Rahmat, Fahimi Rahmat dan Tuju itu merupakan runut bunyi drama Suamiku Lelaki Pendosa (Slot Samarinda) yang disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, di TV3 (bermula bermula 9 Februari).

Drama ini dibintangi oleh pelakon-pelakon handalan seperti Datuk Aaron Aziz, Sophia Al Barakbah, Shima Anuar, Fauzi Nawawi, Gambit Saifullah dan ramai lagi.

Lagu Fasa ini dilihat amat sesuai untuk drama ini kerana ia mengisahkan tentang kehidupan Cahaya Malaika yang bertukar sekelip mata apabila keluarga kekasihnya Nik Safri memutuskan pertunangan mereka selepas rahsia identitinya terbongkar.

Cahaya Malaika dihina sebagai anak tak sah taraf dan sejak peristiwa itu kehidupannya menjadi tidak menentu.

Video lirik bagi single Fasa nyanyian Hazama ft. Tuju, edaran Alternate Records kini boleh di tonton di Youtube Alternate Records & Talents bermula 9 Februari lalu.


FASA
By Hazama ft Tuju
Komposer: Firdaus Rahmat, Fahimi Rahmat, Tuju
Penulis lirik: Firdaus Rahmat, Fahimi Rahmat, Tuju

Kau menanti tiba saat berdua
Tapi sendiri ku merasa kau berat sebelah terhadap ku
Kau sengaja palsu kan sementara
Untuk belajar tentang cinta kau sempurnakannya bersama mu

Hitam putih datang lawa kan seri
Hitam putih liku berlalu pergi
Fasa masa bersuka indahnya
Dengar ayat manis yang kau puja
Fasa masa berduka derita
Kau tinggalkan ku fasa seterusnya

Bila aku ada peluang masa
Untuk bicara tentang kita dan mula lah kau senyap membisu
Jadi aku bertukar-tukar warna
Cari sebenar-benar warna kau buka hati mu terima ku

Kejora cinta itu nyata persis
Warna dunia yang takkan habis
Berapa batu beribu destinasi
Hala Tuju yang saling berganti

Berarak memori, Buku jiwa hati
Kita mewarna, Dunia mewarni
Jadi ku terima segala takdir
Dengan warna warna hidup ku

Bangkit di awal kejora
Jalan ku jauh
Suara ku merana
Rasa ku jatuh
Noktah, Titik, Ini rasa, empati
Ubah masa tak mampu
Fasa lalu berlalu waktu demi waktu


[KREDIT: TV3]





Post a Comment

0 Comments