ANUGERAH JUARA LAGU 36 BERLANGSUNG PADA 6 MAC


PEMINAT muzik tanah air menerima berita baik tentang tarikh siaran Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) selepas pengumuman dilakukan menerusi Melodi sebentar pada Ahad.

Acara tahunan berprestij untuk memartabatkan lagu terbaik, AJL36 bakal diadakan pada 6 Mac depan (Ahad) dan bersiaran langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, jam 9 malam.

Bagi menyemarakkan lagi AJL36, iklan penjenamaan AJL36 yang berkonsepkan spektrum warna yang melambangkan tenaga muzik yang sama turut dilancarkan secara rasmi di TV3 dan laman media sosial rasmi TV3 Malaysia Official.

Rentak AJL36 menyatukan kesemua finalis yang mengetengahkan genre muzik berbeza juga memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa bersama mengharungi cabaran melawan penularan virus Covid-19.

Ia juga menggambarkan aura generasi terkini yang sentiasa berani mencuba sesuatu yang baharu. Selain itu, penggunaan elemen 'glitch' dalam iklan ini juga menjurus kepada era digitalisasi dan moden.

Dalam keterujaan untuk meraikan lagu-lagu terbaik tahun 2021, pihak TV3 dan produksi akur dengan situasi semasa negara yang masih diancam dengan penularan virus Covid-19.

Selepas penganjuran dalam norma baharu di edisi tahun lepas, pihak TV3 dan produksi akan memperinci prosedur operasi standard (SOP) yang harus dipatuhi supaya acara ini dapat dianjurkan dengan terancang, sempurna dan memastikan aspek keselamatan warga kerja terjaga.


Berikut ialah 12 buah lagu yang berentap di pentas Anugerah Juara Lagu-36


1. MIMPI
    
Penyanyi: Haqiem RuslI
    Komposer: Haqiem Rusli & Datuk A. Aida
    Penulis Lirik: Haqiem Rusli & Datuk A. Aida

2.SEPI
   Penyanyi:Aina Abdul
   Komposer: Aina Abdul 
   Penulis Lirik: Aina Abdul & Wan Zakaria

3. Nafas Cinta
   Penyanyi: Khai Bahar & Aina Abdul
   Komposer: Khai Bahar & Aina Abdul
   Penulis Lirik: Aina Abdul & Wan Zakaria

4. Boneka
   Penyanyi: Ernie Zakri
   Komposer: Omar K,Iqie Hugh & Firdaus Rahmat
   Penulis Lirik: Omar K,Iqie Hugh & Firdaus Rahmat

5. Purnama
   Penyanyi: Naim Daniel
   Komposer: Amzar Razqa & Naim Daniel
   Penulis Lirik: Amzar Razqa

6. Pelukan Angkasa
   Penyanyi: SOG x Shila Amzah
   Komposer: Raja Nazrin Shah
   Penulis Lirik: Fazleena Hishamuddin

7. Intan Payung
   Penyanyi: Noraniza Idris & Bunga
   Komposer: Luca Sickta, Bunga & Amzar Razqa
   Penulis Lirik: Bunga & Siqma

8. Salahku 
   Penyanyi: Yonnyboii
   Komposer: Yonnyboii
   Penulis Lirik: Yonnyboii

9. Aewo
   Penyanyi: Shiha Zikir ft Noki
   Komposer: Ezra Kong
   Penulis Lirik: Ezra Kong & Noki

10. Lara
    Penyanyi: Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli
    Komposer: Hael Husaini & MFMF
    Penulis Lirik: Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli

11. Angkara
    Penyanyi: Siti Nordiana
    Komposer: Sharon Paul
    Penulis Lirik: Fedtri Yahya & Nana Alias

12. Cinta
    Penyanyi: Marsha Milan
    Komposer: Bunga Cantik & Hang Nadim
    Penulis Lirik: Hang Nadim



[KREDIT: TV3]









Post a Comment

Previous Post Next Post