25 Ogo 2021

STRIM KISAH PARA ATLET YANG PALING MENGINSPIRASIKAN DI HBO GO



HBO GO memberi penghormatan kepada semangat kesukanan yang hebat dan kemenangan semua ahli sukan Malaysia yang telah bertanding di pentas Olimpik Tokyo 2020 dengan barisan kisah 10 atlet yang mengharung pelbagai  kesukaran untuk mencapai kejayaan.


Kemenangan Slam Dunk


Untuk bermain bola keranjang, tidak sekadar memerlukan badan yang kurus tinggi, seperti yang dibuktikan para atlet ini. Dapatkan perspektif berbeza dalam sukan ini melalui drama menyentuh hati The Way Back, yang mengisahkan bekas pemain bola keranjang yang bersetuju untuk melatih pasukan di sekolah menengah lamanya dan pada masa yang sama berdepan dengan masa lalunya.

Saksikan juga bagaimana semangat pasukan wanita pada 1980-an, USC Trojan memberi impak berpanjangan kepada pasukan bola keranjang wanita dalam Women of Troy.

Jangan lupa untuk bergelak ketawa bersama Michael Jordan dan Looney Tunes dalam Space Jam, sebuah filem animasi klasik sejati yang meraikan ulang tahun ke-25 tahun ini.


Kalah Mati Terbaik dalam Sejarah Tinju

Ia memerlukan kecekalan, disiplin dan tekad yang menggunung untuk mempamerkan kemenangan kalah mati yang bersejarah di gelanggang! Dari fakta ke fiksyen, ikuti kisah seorang lelaki di sebalik sarung tangan tinju dalam Ali & Cavett: The Tale of the Tapes di mana legenda tinju Muhammad Ali berbicara mengenai sukan ini.

Saksikan juga jatuh bangun Rocky Balboa dalam koleksi lengkap filem Rocky, dan penderitaan Adonis Creed ketika dia mempersiapkan dirinya untuk berdepan dengan anak kepada lelaki yang membunuh ayahnya dalam Creed II.


Masa untuk ‘Home Run’

Gema ‘pukulan’ tatkala bet (kayu pemukul) bersentuhan dengan bola itu tidak ternilai harganya, begitu juga perasaan gembira memukulnya keluar dari gelanggang, atau meluncur di atas petak ‘home base’ sejurus sebelum bola sampai.

Bagaimanakah seorang lelaki yang sangat sukakan sukan ini hendak memilih antara besbol dan wanita yang dicintainya? Ketahui jawapannya dalam For Love of the Game, atau melihat sukan ini dari perspektif berbeza dalam Trouble with the Curve, di mana penilai bakat besbol mesti berhadapan dengan hakikat penuaan.


Bangkit Menyerlah Di Sebalik Dugaan dan Kesengsaraan

Seorang bekas perenang elit mesti menghadapi ketakutannya selepas terbabit dalam kemalangan yang menjadikannya akuafobia (fobia kepada air), apabila dia ditugaskan untuk memikul tanggungjawab melatih pasukan renang kanak-kanak lelaki dalam Swimming for Gold.

Rasai keperitan dan kegembiraan apabila kehilangan semangat dan memperolehnya semula. Selain itu, ketahui bagaimana rasanya menjadi atlet kali keempat Olimpik dalam Lindsey Vonn: The Final Season, sebuah dokumentari yang merakam pertandingan terakhirnya di Kejohanan Dunia dan kebangkitannya daripada kanak-kanak genius menjadi salah seorang pelumba ski Alpine terhebat di dunia.

Untuk menonton semua filem ini dan banyak lagi mengikut keselesaan anda, muat turun aplikasinya di App Store atau  Play Store dan dapatkan percubaan percuma untuk menikmati pelbagai pilihan siri televisyen, filem - daripada aksi dan pengembaraan kepada komedi, dokumentari dan produksi yang mendapat pujian.

Tidak dapat membuat keputusan apa yang hendak ditonton? Cubalah paparan I’m feeling random untuk menemui sesuatu yang baharu.

Anda juga boleh mengakses HBO GO melalui Astro atau di https://www.hbogoasia.com/. HBO GO tersedia di TV Android, TV Apple, TV LG dan TV Pintar Samsung yang hadir bersama fungsi AirPlay dan Google Cast.  



[KREDIT: HBO GO]

































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan