Hot Posts

6/recent/ticker-posts

PAGAR-PAGAR CINTA IMBAU NOSTALGIA ERA 90AN



NYATA lawak spontan dan bersahaja pelakon terkenal antaranya Salih Yaacob, AR Badul, Hamid Gukha, Yusni Jaafar dan ramai lagi ini kekal di ingatan kita semua.

Nostalgia filem-filem diterbitkan sekitar tahun 80an termasuklah Jejaka Perasan, Keluarga 99, Hantu Siang, Keluarga Si Comat dan banyak lagi yang masih diminati sehingga kini.

Pastinya ramai yang menantikan tayangan semula filem-filem menarik yang pernah menggeletek perasaan itu untuk mengembalikan ingatan terhadap idea dan lawak dibawakan mereka ini.

Mengembalikan nostalgia filem-filem lama, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan salah satu filem popular bertajuk Pagar-Pagar Cinta pada 14 Ogos ini, jam 10.30 malam menerusi saluran TV2.

Filem Pagar-Pagar Cinta arahan A.R Badul yang dilakonkan oleh Dewi Jacquelina, Liza Abdullah, R. Jaafar, Ibrahim Din, AK Jailani, Ghazali Sumantri, Mahyon Ismail dan Bibi Yem selain turut menampilkan AR Badul sebagai watak utama ini sarat dengan aksi mencuit hati bila mana percintaan sepasang kekasih yang mahu disatukan sebagai suami isteri terhalang oleh orang tua.

Ia mengisahkan watak Bidin, anak orang kaya telah jatuh hati terhadap gadis bernama Ani. Ani memiliki seorang abang dikenali sebagai Mamat. Begitupun hubungan cinta antara Ani dengan Bidin terhalang dek permintaan ibu Bidin yang mementingkat pangkat dan darjat.

Pada masa sama dia Bidin berhubungan dengan Ani kerana mahu menjodohkan Bidin dengan Rita, anak kenalannya yang kaya-raya.

Lalu bermacam cara dan pendekatan diambil semata-mata mahu meyakinkan ibu Bidin bahawa cinta mereka begitu sejati tanpa mengira perbezaan darjat keluarga mereka. Namun adakah kemudiannya ibu Bidin lembut hati mahu menerima Ani sebagai menantu?

Pastikan anda bergelak ketawa dengan aksi melucukan dalam filem ini hanya di TV2.



[KREDIT: RTM]

Post a Comment

0 Comments