14 Jun 2021

JOM JADI CALON JUARA FANTA6 STAGE



SEMPENA meraikan ulang tahun ke-6 dalam penyediaan muzik dan hiburan tanpa henti di Malaysia, JOOX - ekosistem hiburan paling berdedikasi di dunia membawakan Fanta6 Stage, pertandingan kandungan video pendek pertama dan satu-satunya di negara ini yang bertujuan untuk mencari bakat baharu dalam kandungan kreatif. 

Fanta6 Stage merupakan salah satu aktiviti sempena pelancaran fitur video pendek Buzz yang dilancarkan baru-baru ini, yang mendekatkan lagi pengguna JOOX dengan interaksi sosial serta memberi peluang untuk mempamerkan kreativiti mereka.

Peserta Fanta6 Stage akan diberi peluang untuk dibimbing secara komprehensif oleh Cik B, salah seorang pencipta kandungan yang paling mencuri perhatian di Malaysia di mana lagu debutnya telah meraih tiga juta tontonan hanya dalam seminggu sahaja.

Diikuti Baby Shima yang dinobatkan sebagai salah seorang penyanyi dangdut dan pencipta kandungan video terbaik di rantau ini.

Di bawah  bimbingan kedua-dua pencipta kandungan ternama tempatan ini yang mempunyai jutaan peminat sedia ada, akan membuka jalan mudah dan cepat untuk anda mencapai populariti dengan menunjukkan keperibadian unik anda kepada penonton dalam kempen rancangan realiti ini.

Cara untuk menyertai kempen ini? Hanya perlu rakam video antara 15 saat sehingga 5 minit, yang mengandungi idea baharu dan kandungan asli, kreatif dan menarik, berserta dengan pengenalan ringkas mengenai diri anda.

Muat naik video tersebut di JOOX Buzz dengan hashtag mentor pilihan anda – #BABYSHIMACREW atau #CIKBGANG? Dapatkan sebanyak mungkin tontonan dan sokongan untuk video tersebut dari 15 hingga 18 Jun.

Siapa tahu, anda mungkin menjadi salah seorang daripada 8 pencipta kandungan yang terpilih menerusi prestasi video ataupun oleh mentor sendiri dan seterusnya meneruskan perjuangan anda untuk menjadi juara Fanta6 Stage.

Anda ingin merebut peluang untuk membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000, bimbingan oleh mentor ternama dan kontrak kurator kandungan Buzz selama 3 bulan secara eksklusif dengan JOOX?

Sertailah sekarang dan tunjukkan kepada dunia bahawa anda boleh menjadi seorang bintang Malaysia yang seterusnya.

Head of JOOX Malaysia, Angie Tan, menyatakan,

"Peminat muzik dan hiburan selalu mencari bakat baharu dan segar bagi memastikan mereka terus mengikuti trend dan hit terkini.

"Kita hidup di era digital di masa kini, oleh kerana itu JOOX Malaysia menggunakan platformnya untuk memberi peluang kepada bakat kreatif baharu yang menghiburkan untuk mempamerkan kebolehan mereka di kempen Fanta6 Stage menerusi fitur Buzz yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini, selain untuk meraikan ulang tahun ke-6 JOOX Malaysia," ujarnya.



Sudah tiba masanya untuk anda mengukir nama anda sendiri. Sertai kempen Fanta6 Stage, sambil menikmati fitur-fitur hiburan hebat JOOX dengan berkongsi video anda dan menikmati muzik pilihan anda pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada.

Muat turun aplikasi mudah alih atau desktop JOOX di kedua-dua  Apple App Store dan Google Play Store, atau layari laman sesawang JOOX website now.


[CREDIT: JOOX]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan