25 Jan 2021

RAPPER IRON DITEMUI MATI



PENYANYI Rap popular Korea Selatan, Iron, 29, dilaporkan meninggal dunia hari ini. Iron atau nama sebenarnya Jung Hun-cheol ditemui berlumuran darah di luar apartmentnya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menurut laporan media tempatan, rapper itu ditemui oleh pengawal keselamatan apartment berkenaan yang kemudiannya membuat laporan polis.

“Iron kemudiannya dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada dia mati membunuh diri ataupun tidak. Siasatan punca kematian akan dijalankan,” kata Balai Polis Jungbu Seoul.

Penyanyi lagu Back to Back itu sebelum ini pernah didakwa atas dakwaan penyalahgunaan dadah pada 2016 serta menyerang dan mengancam bekas teman wanitanya pada 2018.

Tiada ulasan:

Catat Komen