24 Apr 2020

,

MENJALANI ibadah puasa sewaktu diduga dengan ujian wabak Covid-19 bukanlah alasan untuk umat Islam seantero dunia bermurung durja, lemah serta kalah kepada ujian yang diturunkan oleh Allah SWT.

Umat Islam yang beriman kepada Rukun Islam dan Rukun Iman seharusnya menjadikan pelaksanaan ibadah puasa 1441H saat diserang virus sekecil zarah ini sebagai ruang untuk menambah ketakwaan, keimanan dan nilai integriti di dalam diri.

Oleh yang demikian, TV AlHijrah menyeru seluruh umat Islam terutamanya penonton setia stesen ini untuk menghayati dan menjalani ibadah puasa secara bijaksana dengan sudut pandangan berbeza namun penuh kebaikan mengikut acuan Islam.



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Encik Namanzee Harris berkata, TV AlHijrah meraikan kedatangan Ramadan 1441H kali ini dengan mengangkat tema Ramadan Menyuci Hati sebagai kempen istimewa sepanjang sebulan berpuasa. 

“Tema ini membawa maksud yang jelas iaitu mengajak penonton membudayakan penghayatan ibadat berpuasa mengikut sunnah Baginda Rasulullah SAW seperti besederhana dalam setiap perbuatan, mengelakkan pembaziran, melipatgandakan ibadah dan banyak lagi.” 
“Paling istimewa, menerusi tema ini, kita didik nurani dan melatih empati diri penonton untuk lebih peka kepada nasib golongan yang kurang berkemampuan terutamanya mereka yang sangat terkesan dari sudut ekonomi dan psikososial dek penangan pandemik global ini. 
“Kita mahu semua yang menonton TV AlHijrah pada Ramadan kali ini beroleh manfaat serta menanam semangat dan iltizam untuk mempertingkatkan amalan hingga ke hari terakhir Ramadan seterusnya mengekalkannya sepanjang kehidupan. 
“Ini adalah peluang terbaik untuk refleksi diri. Jangan jadikan keterbatasan berpuasa pada saat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai alasan untuk tidak mengejar markah penuh ibadah ini. Kita diciptakan sebagai sebaik-baik kejadian. Kita adalah umat Nabi Muhammad SAW. Kita harus menjadi juara,” ujarnya.


Perencanaan kempen Ramadan Menyuci Hati ini dilaksanakan di dwi platform iaitu di platform televisyen dan di platform digital. 

12 rancangan baru sajikan secara segar buat penonton di rumah. Kesemua rancangan ini menyeimbangkan empat kompenen penting di dalam diri manusia iaitu qalb (hati), al-ruh (ruh), al-nafs (nafsu), al-aql (fikiran).  

“Kita yakin, TV AlHijrah akan menjadi stesen pilihan utama rakyat Malaysia sepanjang Ramadan ini dek nadi penyiarannya yang mampu memberikan makanan jiwa buat penonton.  
Lihat sahaja, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, TV AlHijrah menjadi pilihan utama penonton untuk kandungan Islam dengan syer saluran 2 kali ganda di hadapan saluran-saluran Islamik yang lain. 
Malahan laman Facebook TVAH dilayari oleh 10.6 juta pengguna pada bulan ini iaitu 7 kali ganda melebihi jumlah pengikut sedia ada. 
“Tontonlah rancangan kami. Ia pasti mampu menenangkan, menghilangkan rasa gusar serta mendekatkan seluruh penonton stesen ini dengan Allah SWT,” katanya.

Dalam keterbatasan PKP, TV AlHijrah berjaya menyediakan sebanyak 92 jam program khusus untuk kandungan istimewa ramadan yang meliputi program kerohanian, bual bicara, majalah dan travelog.

Antara program-program tersebut adalah seperti rancangan QuranTime, Ihya’ Ramadan, Tazkirah Jumaat, Tausiyah Ustazah Asma, Munajat, Kembara Sufi Jejak Anbiya, Assalamualaikum Istimewa Ramadan, Ngaji On The Go: Ustaz & Artis Lelaki, Ngaji On The Go: Ustazah & Qariah, Tadarus 30 Juzuk, E-Kaunter Netizen Bersama Syamsul Debat.




12 RANCANGAN BARU RAMADAN MENYUCI TV ALHIJRAH

SIARAN TELEVISYEN

1. Qurantime
2. Tazkirah Jumaat
3. Tausiyah Ustazah Asma
4. Tadarus 30 Juzuk
5. Ihya Ramadan
6. Munajat
7. Ngaji On The Go: Ustaz & Artis Lelaki
8. Ngaji On The Go: Ustazah & Qariah
9. Kembara Sufi Jejak Bumi Anbiya
10. Assalamaualaikum Istimewa Ramadan


SIARAN LIVE FACEBOOK

1. E-Kaunter Netizen Bersama Syamsul Debat
2. Ngaji On The Go



SENARAI PROGRAM RAMADAN MENYUCI HATI TV ALHIJRAH




1. QURANTIME 
Setiap Hari: 12 Tengahari -1 Petang
Pengacara: Tuan Fazrul Ismail

#QURANTIME adalah rancangan terbitan TV AlHijrah dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan Warisan Ummah Ikhlas.

Menggunakan tagline MengQurankan Bangsa, Mengikhlaskan Ummah, penonton seisi keluarga berpeluang untuk bertadarus bersama-sama tetamu jemputan pelbagai latarbelakang seperti para ilmuan agama, ahli akademik, huffaz dan ramai lagi.

Rancangan selama satu jam ini dihoskan oleh Tuan Fazrul Ismail, seorang pentadabbur Al-Quran yang tidak asing lagi di Malaysia. Beliau bersama semua tetamu jemputan akan mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah.
#QuranTime dilihat mampu dijadikan platform terbaik untuk menyatukan hati-hati penonton dalam membina tabiat baru dalam meningkatkan keimanan kepada Allah SWT.


2. TAZKIRAH JUMAAT
Setiap Jumaat: 1 Petang

TAZKIRAH JUMAAT adalah sebuah program kerohanian yang memberikan peringatan serta pengajaran buat penonton menerusi tajuk-tajuk tazkirah yang padat, tepat serta penuh bimbingan ilmu.

Istimewa sepanjang ramadan, pemilihan topik tazkirah akan berputar sekitar ibadah ramadan seperti Fadilat Ramadan, Peristiwa Pensyariatan Puasa, Hukum Hakam Puasa dan banyak lagi.

Rancangan ini menampilkan panel-panel berbeza setiap minggu seperti Ustaz Roslan Mohamed, Ustaz Zul Ramli M.Razali, Dato' Dr Hj Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim, saudara Syamsul Debat dan ramai lagi.




3. TAUSIYAH USTAZAH ASMA
Setiap Selasa: 7.30 Malam
Pengacara: Ustaah Aama Harun

TAUSIYAH USTAZAH ASMA merupakan sebuah rancangan selami rohani bersama Ustazah Asma, iaitu seorang personaliti dakwah yang kehadirannya semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. 

Rancangan tazkirah ini akan menemui penonton sepanjang ramadan ini pada setiap hari Selasa jam 7.30 malam.

Tausiyah Ustazah Asma membawa penonton menyelami segenap ilmu yang mendekatkan para penonton kepada Pencipta yang Maha Esa. Sentuhan kasih sayang menerusi curahan tazkirah turut sama membimbing penonton memupuk dan mengekalkan rasa cinta terhadap Rasulullah SAW. 

Pelbagai topik yang menarik dan berbeza akan dibincangkan setiap minggu. Antara tajuk-tajuk yang harus ditonton adalah seperti Engkau yang menciptakanku, Engkau yang membentukku, Engkau yang mencukupiku, dan Engkau yang memeliharaku.


4. TADARUS 30 JUZUK
Setiap Hari: 6.30 Pagi

TADARUS 30 JUZUK adalah Program bacaan Al-Quran pada setiap hari yang menyemarakkan ibadah puasa 1441H.

Selama 30 puluh hari, barisan Qari yang dipilih termasuk Ustaz Mohammad Zakiuddin Bin Hj Hanafi, Mohammad Zakiuddin Bin Hanafi, Ustaz Abdul Wafi Azzaki Bin Sinwan dan ramai lagi bagi menyempurnakan 30 juzuk Al-Quran secara berjemaah.

Rancangan ini dilihat adalah platform terbaik untuk para Qari membaca, menegur serta memperbaki kesalahan bacaan masing-masing. Penonton dirumah turut boleh membaca bersama-sama keluarga dari kediaman sendiri.

Apa yang penting, rancangan Tadarus 30 Juzuk membawa hasrat murni melahirkan generasi yang tidak hanya mahir dalam bacaan, bahkan mampu memahami makna serta berakhlak mulia seperti termaktub dalam al-Quran.


5. IHYA RAMADAN
Setiap Hari: 6.30 Petang
Pengacara: Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

IHYA RAMADAN merupakan rancangan bual bicara agama khas yang diterbitkan oleh TV AlHijrah sempena kehadiran bulan Ramadan yang mulia. Musim kesepuluh kali ini, Ihya Ramadan akan membincangkan persoalan hukum hakam Ibadah ramadan bersama pendakwah tidak asing lagi iaitu Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid.


6. MUNAJAT
Setiap Sabtu: 9 Malam

Munajat adalah sebuah rancangan yang diterbitkan atas sumbangan idea Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri bagi menyantuni rakan-rakan artis nasyid Malaysia,

Rancangan Munajat dengan kerjasama Nasyid.com dan Munsyeed Malaysia dilihat mampu menyumbang secara langsung di dalam kesihatan psikososial ummah.

Munajat akan bersiaran setiap Sabtu selama 60 minit sepanjang bulan ramadan. Antara rakan-rakan artis nasyid yang akan membuat persembahan adalah seperti Daqmie, Mestica, InTeam, Hijjaz, Rabbani, Pawana, Hufaz, Afad & Friends, Ustaz Dzoul Division, Al Farabi Band, Fine, Iintisor dan banyak lagi nama-nama besar yang akan mempersembahkan lagu-lagu berunsur dakwah, ketuhanan, kemanusiaan, dan kemasyarakatan.




7. NGAJI ON THE GO: USTAZ & ARTIS LELAKI
Setiap Sabtu & Ahad: 6 Petang
Pengacara: Hanan Abd Rahman

NGAJI ON THE GO: USTAZ & ARTIS LELAKI adalah sebuah rancangan yang menyantuni dan mendidik penonton setia stesen ini untuk mempelajari serta membaca Al-Quran dengan tartil serta talaqqi.

Rakan selebriti tanah air seperti Izzue Islam, Dato’ Aaron Aziz, Dato’ Fizz Fairuz, Ebby Saiful, Dato’ Shah Reza dan ramai lagi akan bersama-sama Ustaz Mohd Fahmi Asraf Bin Razali menghayati Al-Quran mengikut cara bacaan sebenar Baginda Rasullullah SAW.


8. KEMBARA SUFI JEJAK BUMI ANBIYA
Setiap Isnin-Rabu: 6 Petang

KEMBARA SUFI JEJAK BUMI ANBIYA adalah sebuah dokumentari yang merintis dan merungkai kronologi peristiwa penting dalam sejarah kehidupan dan perjalanan dakwah nabi Musa AS di bumi Kan’an (Mesir). 

Rancangan ini akan membawa penonton menjejaki sejarah Rasul, Ahli bait, sahabat, ulama dan kerajaan Islam, kerajaan Firaun kuno serta kerajaan yang terdapat dalam lipatan sejarah Mesir.




9. NGAJI ON THE GO: USTAZAH & QARIAH
Setiap Rabu: 7.30 Malam
Pengacara: Farah Diana Anuar

NGAJI ON THE GO: USTAZAH & QARIAH adalah sebuah rancangan yang menyantuni dan mendidik penonton setia stesen ini untuk mempelajari serta membaca Al-Quran dengan tartil serta talaqqi.

Ustazah Nor Ruzana Natiah Jaafar akan bersama barisan qariah akan bersama-sama
Membaca dan menghayati Al-Quran bagi memperoleh iktibar dan pedoman buat buat semua.


10. ASSALAMUALAIKUM ISTIMEWA RAMADAN
Setiap Hari: 7.30 Pagi

RANCANGAN ASSALAMUALAIKUM adalah antara rancangan bual bicara santai terawal yang diterbitkan oleh TV AlHijrah.

Ramadan ini, Assalamualaikum akan tampil dengan perbincangan yang mengetengahkan tatacara sambutan Ramadan umat Islam seluruh dunia sewaktu pandemik Covid-19 bersama hos-hos yang tidak asing lagi seperti Farah Diana Anuar, Amie Sofia, Raja Sofie,Talib Hussin, Azidah Mohamed, Dewita Susila, Abdul Hanan, Ola Nordin dan Ardi Herman.



SIARAN LIVE FACEBOOK

1. NGAJI ON THE GO
Setiap Rabu & Khamis : 9 Malam
Setiap Jumaat :2 Petang

NGAJI ON THE GO adalah sebuah rancangan yang disiarkan khusus buat hampir dua juta pelayar internet di platform facebook TVAlhijrah. Ngaji On The Go disiarkan pada setiap hari, jam 9 malam hingga 9.30 malam

Rancangan ini dilihat sebagai usaha TV AlHijrah untuk menyantuni dan mendidik penonton setianya di platform online. Ia adalah pendekatan untuk mempelajari kitab suci Al-Quran merentasi jarak secara dua hala bersama ustaz dan ustazah pilihan.

Paling menarik, barisan ustaz dan ustazah akan ditemani rakan-rakan selebriti Malaysia seperti Siti Fazurina Mohd Famir, Ustazah Sharifah Khasif, Ustazah Noni, Ustaz Don, Ustazah Nazrah dan ramai lagi bagi memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran sambil mempelajari ilmu-ilmu seputar Kalam Allah bermula dengan tajwid dan makhraj Al-Quran serta tadabbur kisah-kisah dalam Al-Quran.




2. E-KAUNTER NETIZEN BERSAMA SYAMSUL DEBAT
Setiap Hari: 6.30 petang

Kemunculan semula pendakwah Syamsul Debat sempena ramadan ini di platform Live Facebook TV AlHijrah ibarat sirih pulang ke gagang. Menuntut ilmu dalam gurau tawa yang tidak berlebihan pastinya memberikan seribu satu kelainan dan kemanisan buat semua.

Pelayar laman Facebook TV AlHijrah berpeluang untuk berkomunikasi secara dua hala bersama saudara Syamsul Debat setiap hari untuk bertanyakan soalan-soalan sekitar ibadah Puasa dan pelaksanaannya.


[KREDIT: TV AlHijrah]

22 Apr 2020

,

ASTRO Shaw dengan bangganya membawakan sebuah filem Kekeluargaan Indonesia Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini terus ke rumah anda di saluran Astro First bermula 23 April ini. 

Istimewanya, ia merupakan filem pertama yang awalnya dijadualkan untuk ke pawagam namun kini dibawa terus ke saluran Astro First secara eksklusif tanpa ditayangan di pawagam. Ini adalah kerana bersempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan, pihak penerbit menyokong pihak kerajaan untuk menyeru rakyat Malaysia untuk terus duduk di rumah sambil menonton filem yang berkualiti bersama keluarga.

Filem ini telah menjadi fenomena besar di Indonesia apabila berjaya meraih jumlah tontonan sebanyak 2.2 juta penonton sekali gus menjadi filem genre drama keluarga nombor 1 terlaris di Indonesia. Ia jua telah banyak menerima pujian daripada pengkritik dan peminat filem di sana.

Menurut Ketua, Naib Presiden Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, apabila rakyat Malaysia dinasihatkan untuk duduk di rumah bagi memutuskan rantaian Covid-19, Astro Shaw tidak teragak-agak untuk menyajikan penonton dengan mempersembahkan filem yang berkualiti. 

Jadi, kami bawakan secara eksklusif buat pertama kali filem yang masih belum ditayang di pawagam tempatan terus di pawagam rumah anda. Filem NKCTHI pada awalnya dijadualkan untuk ditayangkan di pawagam Malaysia pada bulan April ini dan ia adalah sebuah filem yang sarat dengan mesej kekeluargaan dan sangat dekat dengan masyarakat di Malaysia. 

Dalam situasi PKP sekarang, filem ini dapat membawa kita kenal lebih dekat dengan ahli keluarga. Mungkin sebelum ini kita terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga nilai kasih sayang antara keluarga itu kurang. Semoga dengan kehadiran filem ini, ia dapat mencambah kembali nilai kasih sayang di dalam sebuah keluarga dan penonton dapat terus kekal di rumah.

Perjalanan cerita NKCTHI berkisar tentang setiap ahli keluarga yang mempunyai karenah masing-masing. Karekter yang penuh warna, emosi yang pelbagai dan juga impian yang berbeza-beza. Ini dapat dilihat melalui filem yang melihat kehidupan keluarga Narendra bersama 3 orang anak Angkasa, Aurora dan Awan. Amat menarik filem ini diadaptasi dari buku penjualan terbaik tahun 2018 di Indonesia dengan judul yang sama, ‘Nanti Kita Cerita Tentang Hari’ (NKCTHI).

Filem ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.

Sementara itu, Penerbit Visinema Pictures, Anggia Kharisma berkata 

“Kisah ini sangat dekat dengan kisah kehidupan kita sebagai anak, sama ada menjadi kakak, anak tengah, atau anak bongsu. Filem ini juga mengungkapkan batasan sebagai ibu bapa untuk menyatakan kasih sayang kepada anak-anak dan keluarga. 
Semoga dapat menghangatkan hati keluarga anda dan menjadi pengalaman yang membuat kita mengasihi diri sendiri dan keluarga kita lebih baik di tengah-tengah wabak sekarang,” tutur Anggia.


Penonton bakal menyelami setiap karakter NKCTHI menerusi lakonan hebat oleh pelakon dari filem Dua Garis Biru, Rachel Amanda, Rio Dewanto (Gundala), Oka Antara (The Raid 2), Sheila Dara (Ratu Ilmu Hitam), Chicco Jerikho (Felosofi Kopi), Susan Bachtiar (Surat Kecil Untuk Tuhan), dan ramai lagi. 

Lebih menarik, naskhah ini adalah hasil garapan dari Jenny Jusuf, pemenang penulis skrip Piala Citra Felosofi Kopi, dan sutradara Angga Dwimas Sasongko pemenang pengarah terbaik di dua festival Indonesia, Piala Citra dan Piala Maya menerusi filem ‘Cahaya Dari Timur': Beta Maluku’.


“Dalam budaya cerita, Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak kesamaan. Atas sebab ini, Visinema sangat bersemangat menayangkan NKCTHI di Malaysia melalui platform Astro First. Kisah hubungan ibu bapa dan anak yang tidak sempurna tetapi berusaha mencari ruang bahagia dengan apa yang ada, adalah kisah universal. 
Mudah-mudahan dengan NKCTHI dinikmati di Malaysia, kita bukan sahaja mengukuhkan jambatan sekutu dengan berkongsi cerita, tetapi juga bertukar inspirasi dalam situasi krisis seperti hari ini.” Kata Angga Dwimas Sasongko.

Jangan lupa untuk sewa NKCTHI, buat pertama kalinya ditayangkan terus di pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 23 April 2020. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton NKCTHI selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.


[Kredit: Astro Shaw]

21 Apr 2020

,

MELIHATKAN raut wajah anggota barisan hadapan yang berkhidmat untuk negara ketika ini pasti membuatkan sesiapa sahaja terkesan.

Mereka bukan sahaja meninggalkan keluarga di rumah demi melawan pandemik Covid19 tetapi dalam masa yang sama turut menggadaikan nyawa semata-mata mahu negara kembali ‘aman’.

Bagi Azlan & Typewriter, jasa dan pengorbanan barisan hadapan tidak terbalas dengan wang ringgit. Pengorbanan yang dilakukan begitu besar maknanya dan harus dihargai oleh semua.

Mengambil inisiatif untuk memberikan semangat dan sebagai tanda terima kasih, Azlan sempat merakamkan sebuah lagu berjudul Barisan Hadapan sebagai tanda terima kasih kepada mereka.

Lagu yang dicipta sepenuhnya oleh Azlan, sudah boleh ditonton melalui saluran YouTube Indigital Music minggu lalu.

“Sayu hati melihat gambar dan video mereka tular dalam media sosial. Jasa petugas barisan hadapan ini memang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. 
“Mereka bukan sahaja merawat pesakit di hospital, malah sebahagian besar berada di atas jalan semata-mata mahu menjaga keselamatan dan mengawal keadaan,” katanya.



Mengambil masa seminggu untuk menyiapkan lagu tersebut, Azlan juga menasihati ahli masyarakat agar terus berada di rumah dan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac lalu. 

Hanya dengan berada di rumah, kita dapat memutuskan rantaian Covid19 seterusnya mengembalikan keamanan seperti mana yang pernah dikecapi satu masa dahulu.

“Tidak sukar pun sebenarnya untuk melawan pandemik ini asalkan kita mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan demi kebaikan bersama,” tegasnya.

Mengharapkan lagu Barisan Hadapan mampu memberikan semangat kepada semua frontliners, video muzik berkenan boleh ditonton melalui https://youtu.be/cEKzron3AY8


[KREDIT: Indigital Music]

20 Apr 2020

,

PENYAMPAI berita senior RTM, Farit Ismeth Emir disahkan meninggal dunia di Hospital Assunta Petaling Jaya, akibat kanser pada pagi Rabu.

Farit, 66, telah berkhidmat selama lebih 30 tahun di RTM dan cukup dikenali menerusi slot Berita Perdana dan Berita Dunia.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tujuh orang anak. Salah seorang daripada anak Allahyarham ialah komposer hip hop popular, DJ Fuzz.

Kehilangan yang sangat dirasai oleh dunia penyiaran berita tanah air. 

Takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham.
,

STESEN radio Suria FM dengan kerjasama syarikat rakaman Nova Music buat pertama kalinya akan menganjurkan konsert secara dalam talian iaitu Konsert Suria Nova Bersama Anda pada 21 April, jam 9.00 malam secara langsung di Facebook Suria FM dan Youtube Nova Music. 

Barisan nama popular yang akan menghiasi dan membuat persembahan di Konsert Suria Nova Bersama Anda adalah seperti seperti Hazama, Indah Ruhaila, Idayu, Ezad Lazim, Adira, Amir Masdi, Fiena dan Sofea Arissa. 

Bukan itu sahaja, konsert ini juga akan menampilkan penyampai segmen Team Pagi Suria iaitu Ajak, Issey dan Fizi Ali sebagai hos. 

“Bagi menghormati arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang berlanjutan, Suria melihat ini bukanlah satu alasan untuk tidak kekal memberikan selektif program yang menarik kepada peminat dan pendengar setia.  
Jadi, apa yang Suria boleh berikan adalah pendekatan yang terbaik dan berbeza tetapi tetap memberikan hiburan kepada peminat semua,” Kata Pengurus Kanan Suria, Cik Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin. 

Tambah DJ Lin, barisan artis Nova Music yang akan membuat persembahan di konsert ini merupakan nama yang tidak asing lagi di dalam dunia hiburan dan lagu-lagu mereka banyak dimainkan di Suria FM. Jadi, pendengar setia Suria FM akan dapat menyaksikan kelainan penyanyi-penyanyi ini membuat persembahan daripada rumah mereka masing-masing.  

“Bertepatan dengan nama konsert Suria Nova Bersama Anda, walaupun berada di rumah dan tidak dapat bertemu dua mata dengan penyanyi-penyanyi popular ini, kami akan kekal bersama dan memberikan hiburan kepada peminat dan pendengar menerusi platform digital kami," ujarnya.  

Bagi Rosmin Bin Hashim, Pengarah Urusan Nova Music pula, kerjasama yang buat julung kali dianjurkan bersama Suria FM ini memberi ruang kepada artis-artis Nova untuk mempromosi lagu-lagu terbaru mereka dalam situasi pergerakan yang terkawal sekarang. 

Peminat-peminat artis popular dan baru Nova Music juga boleh menikmati persembahan istimewa artis-artis kegemaran mereka dalam suasana yang  selesa dan selamat di rumah.

“Diharapkan pendengar setia dan peminat Suria dapat terus memberikan sokongan kepada Suria dengan mendengarkan Suria dan menonton program-program digital terbitan Suria di media sosial Suria Malaysia, Youtube Suria TV dan laman web Suria.my,” akhiri DJ Lin. 


[Kredit: Suria FM]
,

KEMETERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya  kini mengadakan Program Seni dalam Talian@#dudukdirumah atau Arts Online@ #stayathome yang merangkumi pelbagai bidang untuk penggiat dan pencinta seni budaya mencungkil bakat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Program anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) ini adalah salah satu usaha untuk memberi ruang dan peluang kepada mereka yang berbakat untuk mengisi masa lapang sepanjang berada di rumah dengan menyertai pertandingan dan manifestasi seni budaya. 

Konsep penganjuran program ini dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi rakaman video melalui telefon pintar dan melakukan aksi-aksi yang telah ditetapkan mengikut bidang seperti tari, teater, muzik, bahasa dan persuratan serta seni pertahankan diri iaitu silat. 

Bagi bidang tarian yang ditawarkan adalah Tarian Zapin, Tarian Kipas,Tarian Bharatanatyam, Tarian Etnik Sabah dan Sarawak secara kreatif dengan syarat masih mengekalkan identiti seni dan budaya rakyat Malaysia. 




Manakala bidang Teater diadakan di premis masing-masing dengan memfokuskan kepada dua kategori iaitu Monodrama melalui lakonan solo dengan banyak watak yang lengkap diiringi susunan set dan prop persembahan. Bagi Monolog pula iaitu melontarkan dialog bertujuan meluahkan perasaan dan isi hati seseorang. 

Bidang Muzik menawarkan dua kategori iaitu Pertandingan Cipta lagu raya ciptaan sendiri dan tidak pernah dihantar mana-mana pertandingan yang lain serta dinyanyikan oleh komposer atau penyanyi di rumah. 

Manakala nyanyian lagu Irama Malaysia pula dengan menggunakan elemen sedia ada iaitu asli, inang, joget, zapin, samrah dan langgam moden serta penyanyi mestilah tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan anjuran stesen televisyen sedia ada. 

Selain itu, terdapat juga bidang bahasa dan persuratan melalui pertandingan Puisi dalam talian yang bertemakan patriotik dengan ciptaan sendiri tanpa mengambil mana-mana puisi sedia ada atau pihak lain manakala pertandingan pantun mestilah menulis dua rangkap pantun bertemakan duduk di rumah. 

Bidang seni pertahankan diri pula menampilkan pertandingan Silat Seni secara solo dan terbuka kepada semua kategori umur. 

Selain pertandingan, JKKN juga mengadakan Manifestasi seni budaya iaitu Program jom bercerita di mana video yang menampilkan tokoh dan budayawan serta penggiat seni dengan bercerita kisah-kisah rakyat dan hikayat dalam penerapan nilai-nilai murni seperti Awang Batil, Tok Selampit dan sebagainya. 

Manakala Program Jom Belajar pula di mana ianya menampilkan penggiat seni, tokoh dan budayawan dalam memberi tunjuk ajar secara tutorial seperti lipatan sampin, membuat tengkolok, manjahit manik, membuat busana, permainan tradisional dan permainan muzik tradisional serta moden. 




Semua pertandingan dan manifestasi ini akan dilaksanakan secara rakaman dan perlu di hantar kepada urusetia untuk dinilai oleh juri yang telah dilantik berdasarkan kepakaran dalam bidang masing-masing bagi mencari pemenang sebelum ianya disiarkan di semua laman sosial rasmi JKKN.  

Tujuan program ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada masyarakat luar dan peminat seni budaya untuk memenuhi masa lapang ketika berada di rumah dengan membuat perkara-perkara yang berfaedah dan dapat memberi manfaat kepada orang lain. 

Disamping itu, melalui pertandingan ini dapat menanam nilai-nilai murni dalam diri sekaligus dapat melahirkan modal insan yang berguna kepada negara. Semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh peserta yang menyertai mampu membuatkan masyarakat lain turut sama membuat perkara-perkara yang baik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. 

Program ini akan berlangsung selama sembilan hari iaitu bermula pada 14-22 April,  manakala tarikh tutup penyertaan pada 23 April. 

Peserta yang menyertai hanya perlu menghantar penyertaan melalui email beserta borang penyertaan yang telah disertakan. Pemenang pertandingan ini akan menerima hadiah berbentuk wang tunai iaitu RM1,000 bagi johan, RM800 naib johan dan RM500 bagi tempat ke tiga manakala RM200 akan diberikan kepada lima peserta mendapat saguhati. 

“JKKN sentiasa komited terhadap usaha membantu kerajaan ketika arahan perintah kawalan pergerakan ketika ini dengan menyemarakkan seni dan budaya melalui program Seni dalam Talian @ #dudukdirumah dengan memberi peluang secara langsung kepada penggiat seni dalam meneruskan kehidupan untuk aktiviti seni dan budaya melalui bakat yang sedia ada,” kata Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Perancangan) JKKN, Rosli Osman  dalam satu kenyataan pada hari ini.

JKKN serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sentiasa peka mencari inisiatif untuk memberi nilai tambah, pembaharuan ke arah transformasi dan menjadi pemangkin kepada perkembangan seni budaya tanah air melalui usaha menyokong produk seni kreatif dan digital sebegini.


[KREDIT: JKKN]

19 Apr 2020

,

MUNGKIN ramai yang belum tahu, figura sensasi ini selain berbakat sebagai pelakon dia juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.

Malah, wanita genit berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Bella Astillah ini pernah  merakam album kanak-kanak dengan menyanyikan koleksi lagu kanak-kanak seperti Bangau Oh bangau, Tom Tom Bak, Air Pasang Dalam dan sebagainya bersama adiknya yang juga penyanyi, Didi Astillah.

Melalui album kanak-kanak itu Bella dan adiknya dikenali sebagai Adik-Adik Mutiara. Bermula dari situ, bakat Bella mula berkembang.

Malah, kali terakhir Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah merakamkan lagu pada usia 12 tahun menerusi lagu tema Diari Ramadan Rafique.

Selepas sekian lama, Bella yang juga pelakon Cinta Belum Tamat Tempoh kembali ke studio rakaman dengan merakamkan lagu Tenang hasil ciptaan Audi Mok terbitan dan edaran Universal Music yang bakal dilancarkan pada 27 Mac ini.

Berkongsi lanjut mengenai lagu itu, Bella yang juga ibu tunggal beranak satu berkata, Tenang bukanlah mengenai kisah hidupnya 100 peratus.

“Saya percaya setiap individu menginginkan kehidupan yang baik. Bagi saya, apabila kita sentiasa positif, insya-Allah mudah untuk berasa tenang. Dari situ, saya dan komposer mendapat sedikit inspirasi untuk lirik lagu Tenang. 
“Lirik lagu ini tidak sepenuhnya mengenai perjalanan hidup saya, tapi lebih kepada ingin berkongsi perasaan positif untuk sentiasa bersangka baik dengan ujian dan jangan putus asa,” katanya.



Bella berkata, walaupun sudah lama meninggalkan dunia rakaman suara, pengalaman merakamkan Tenang sesuatu yang mengujakan.

Apatah lagi dia dibantu komposer hebat dan berpengalaman sekali gus memudahkan proses itu.


“Proses merakamkan lagu Tenang sangat tenang. Di mana segalanya dipermudahkan. Alhamdulillah, dengan bantuan Audi Mok sendiri membuatkan saya lebih selesa dan sangat mudah. 
“Kami saling mendengar pendapat masing-masing. Itu yang memudahkan lagi proses rakaman lagu ini. Begitu juga ketika proses memperdengarkan melodi lagu. Audi sangat memahami dan kreatif,” katanya.



Ditanya alasan utama dia merakamkan lagu itu, Bella berkata ia bagi memenuhi keinginan dan permintaan peminat.

“Saya sering melakukan 'cover' lagu dan ramai yang menginginkan untuk saya mempunyai lagu sendiri. 
“Lagu terakhir yang dirakam adalah Diari Ramadhan Rafique dan itu pun sewaktu saya berusia 12 tahun. 
“Disebabkan itu saya fikir adalah lebih baik saya ada lagu sendiri sebagai hadiah kepada pendengar setia ‘cover’ saya di media sosial,” katanya.

Walaupun kehadirannya bukan untuk bersaing dengan mana-mana penyanyi profesional sedia ada, Bella mengakui dia mahukan yang terbaik buat lagu itu.



“Saya percaya pihak Universal Music lebih tahu mengenai apa yang terbaik untuk lagu ini.  
“Namun, saya tidak pernah meletakkan harapan tinggi dengan niat untuk lagu ini meletup. Tapi, sudah semestinya saya menginginkan yang terbaik. Kalau ada rezeki untuk mana-mana pertandingan saya tidak menolak. 
“Malah, saya juga percaya semua penyanyi berharap lagu mereka dapat diterima pendengar dengan baik dan positif. Doakan semoga lagu ini dipermudahkan,” katanya.

Lagu Tenang akan dilancarkan secara rasmi di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music sejak 27 Mac lalu.


[KREDIT: Universal Music]

18 Apr 2020

,

NEW Westworld images and videos, including pre-air episodic stills, scenes shot in Singapore and video interview on cast’s filming experience in Singapore, have been released. Please refer to the respective hyperlinks below to download the images and watch the videos.

The Emmy® winning drama series Westworld continues its eight-episode third season same time as the U.S. on Monday, 23 March at 9am exclusively on HBO GO and HBO (Astro Ch 411 / 431 HD), with a same day encore at 10pm on HBO. A dark odyssey about the dawn of artificial consciousness and the question of free will, the show was created for television by Jonathan Nolan & Lisa Joy, who are also executive producers.


Synopsis for upcoming episode:
Season 3, episode 2: The Winter Line
People put up a lot of walls.  Bring a sledgehammer to your life.
Written by Matthew Pitts & Lisa Joy; directed by Richard J. Lewis.

WESTWORLD was created for television by Jonathan Nolan & Lisa Joy, who are executive producers with J.J. Abrams, Athena Wickham, Richard J. Lewis, Ben Stephenson, and Denise Thé. Production companies: Kilter Films and Bad Robot Productions in association with Warner Bros. Television; based on the film written by Michael Crichton.


[CREDIT: HBO]

17 Apr 2020

,

DRAMA bersiri Budak Tebing yang mengambil pendekatan masalah sosial dalam kalangan remaja mendapat perhatian dan ikutan ramai sejak disiarkan. 

Pengakhiran siri pada 9 April 2020 mencecah 5 juta penonton dan secara keseluruhan Budak Tebing berjaya mengumpul 10 juta penonton sepanjang siaran 13 episod di slot Lestary TV3! Di platform digital pula, drama ini telah melebihi 9 juta jumlah tontonan digital di Youtube TV3Malaysia dan Drama Sangat (Sumber: Nielsen dan Youtube Insights).

Budak Tebing yang dilakonkan oleh Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Fariz Isqandar, dan Firdaus Ghufran menyaksikan Arif (Adam Lee) dan Tongki (Aedy Ashraf) berjaya meleraikan salah faham mereka dan menjalin semula talian persahabatan. 

Malahan mereka juga membantu pihak berkuasa menumpaskan kegiatan jahat Broger (Syazwan Zulkifly), seterusnya melenyapkan kegiatan haram yang mencemarkan tebing, tempat kegemaran mereka. 

Aku Ingin Bebas, itulah keinginan seorang gadis kampung yang ingin mengubah kehidupannya dengan mencari rezeki di bandar. Malangnya, dia terlalu naif dan termakan pujukan rakan sekampungnya yang akhirnya memakan diri. 



Menyusuli Budak Tebing, drama bersiri The Gadis terbitan Mermaid Studios arahan Liyana Jasmay pula ‘mengganas’ di slot Lestary bermula 10 April 2020. 

Mengangkat tema keruntuhan akhlak remaja yang inginkan kemewahan dan masalah keluarga, drama bersiri yang mempunyai 7 episod ini menampilkan pelakon-pelakon seperti Yuna Rahim, Fatin Afeefa, Erynne Erynna, Hun Haqeem dan Syafie Naswip. 

Lisa (Yuna Rahim) ialah seorang gadis kampung yang bijak dan bakal menghadapi SPM tidak lama lagi. Lisa tekun belajar kerana ingin mendapatkan biasiswa bernilai RM20,000 dari sekolahnya. Namun, segalanya berubah apabila Lisa bertemu dengan sahabat lamanya, Nad (Fatin Afeefa).  

Nad pulang ke kampung untuk menjaga neneknya yang sakit. Lisa teruja melihat perubahan drastik Nad. Dia kelihatan lebih cantik, pakaian yang dipakai kesemuanya berjenama bahkan Nad juga memandu kereta mewah. 

Lina (Erynne Erynna), kakak kepada Lisa tidak gemar dengan kepulangan Nad. Mereka sebaya dan pernah berkawan baik. Lina memberi amaran supaya Lisa tidak rapat dengan Nad, kerana Lina tahu serba sedikit tentang kisah Nad. 

Dalam diam, Nad mengajar Lisa mendapatkan wang mudah setelah mengetahui Lisa sedang mengumpul wang biasiswa dan kelihatan teruja melihat kehidupannya yang mewah. Tanpa pengetahuan Lina, Lisa mengikut Nad dan Mika (Hun Haqeem), ke bandar untuk mengubah kehidupannya. 

Nad memberitahu Lisa bahawa dia hanya perlu melayan lelaki melalui panggilan telefon dan keluar bersama untuk mendapatkan wang yang banyak. Lisa pada mulanya tidak selesa namun lama kelamaan Lisa hanyut dengan habuan yang dinikmati. 

Namun kesenangan yang dikecapi tidak lama. Lisa dikurung dan dikawal ketat oleh Mika dan Nad setelah dia enggan melakukan pekerjaan yang disuruh oleh mereka. Setiap pergerakan Lisa diawasi. Lisa tidak selesa dan merindui kehidupannya di kampung. 

Dalam diam, Lina dan Nad akhirnya bergabung dan memikirkan helah supaya mereka dapat membebaskan diri daripada Mika yang semakin kejam. Mika bukan sahaja mendera emosi bahkan fizikal mereka juga. 

Wang hasil pekerjaan haram mereka turut dibolot sepenuhnya oleh Mika. Hal ini menimbulkan ketidakpuasan hati buat Lisa dan Nad. Berjayakah Lisa dan Nad menyelamatkan diri? Bagaimanakah Lisa berhadapan dengan keluarganya dan mendapatkan keampunan daripada mereka? 

The Gadis bersiaran pada setiap Rabu hingga Jumaat pada jam 9.00 malam di slot Lestary dan boleh strim di laman sesawang www.tonton.com.my

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat !


[KREDIT: TV3] 

14 Apr 2020

,


SETELAH beberapa tahun tidak muncul dengan lagu baharu akhirnya Liza Hanim, 41, tampil dengan lagu Tiada bagi mengubat kerinduan sebilangan besar peminat yang terus menerus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepadanya sejak dahulu lagi.

Meskipun dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilalui oleh rakyat Malaysia ketika ini, Liza tidak menganggap itu sebagai satu halangan besar dan mengharapkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Tiada yang turut dilancarkan serentak di semua platform digital mulai hari ini.

Baginya, Tiada bukan sebagai sebuah naskhah yang biasa malah seluruh tenaga dan jiwa diletakkan ke dalam lagu yang merupakan luahan isi hatinya terhadap sebuah kerinduan kepada insan yang telah pergi buat selama-lamanya.

Seperti mana yang semua sedia maklum, Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim kehilangan bapanya pada tahun lalu. Kerinduan yang bersarang dalam hatinya itulah yang menjadi intipati penting dalam Tiada.




Bertindak sendiri selaku komposer, isi hatinya itu diceritakan dan diterjemah dengan baik oleh Fedtri Yahya selaku penulis lirik setersunya mendapat sentuhan Sharon Paul yang bertindak selaku Penerbit Muzik untuk lagu ini.

Lagu ini bagai hadir tepat pada masanya. Di saat satu persatu nyawa terkorban angkara Covid-19, Tiada pastinya akan membangkitkan lagi rasa simpati dan kasih sayang berterusan antara yang meninggalkan dan yang ditinggalkan.

Liza yang kini bernaung di bawah pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Entertainment yakin Tiada bukan sahaja akan dekat di hati peminat malah mengembalikan semula semangatnya untuk terus berjuang dalam bidang seni tanah air.

Memilih untuk bekerjasama dengan Indigital Music Sdn. Bhd. untuk mempromosikan lagu ini, Liza berharap Tiada dapat meredakan keresahan hati peminat yang sentiasa tertunggu-tunggu buah tangan terbaharunya. 


[KREDIT: Indigital Music]

11 Apr 2020

,

THINK you know all about the latest season of the Emmy® winning HBO drama series Westworld? Here are eight things about the eight-episode series which you might not have known. Westworld Season 3 premieres same time as the U.S. on Monday, 16 March at 9am exclusively on HBO GO and HBO (Astro Ch 411 / 431 HD), with an encore telecast at 9pm on HBO. New episodes premiere every Monday at the same time.


Where were the filming locations in Singapore?
Parts of the third season of Westworld were filmed at various locations in Singapore including popular tourist spots like Orchard Road and Chinatown, as well as at futuristic infrastructure and iconic architectural gems such as the Helix Bridge, National Gallery Singapore and School of the Arts (SOTA). 

Filming in Singapore was assisted by both the Infocomm Media Development Authority (IMDA) and Singapore Tourism Board (STB). A full list of shoot locations is available below.

Atlas Bar
Chinatown (Food Street)
Esplanade Park
Helix Bridge
LASALLE College of the Arts
Marina One
Marina Coast Expressway (MCE)
National Gallery Singapore
Oasia Hotel Downtown
Orchard Road
PARKROYAL on Pickering
Pulau Ubin
Robinson Road
School of the Arts (SOTA)
Stadium MRT station


Which Singapore-based talent were involved in the Emmy® winning HBO drama series?
Several Singapore-based talent were involved in this season of Westworld. They include Tuen Wai Meng, Salif Hardie, Nikki Muller, Cheryl Chitty Tan, Bobby Tonelli.


Did you know there is an end credit scene in Episode 1?
Stay tuned for an end-credit scene at the end of Episode 1 for a sneak peek into what Episode 2 has in store!


Look out for cameos from another HBO Original series in Westworld!
Keep a look out for some blink-and-you-miss-it cameos from another HBO Original series in the third season of Westworld! You will have to keep your eyes peeled to this season’s episodes to find out!


“Chart Your Path” with the Westworld-themed website I Know You
In conjunction with the premiere of the new season, a Westworld-themed website I Know You (https://iknowyou.app/), centred around data privacy, has been launched. 

The iknowyou.app, was created to allow users to “Chart Your Path” simply with an Instagram username, and discover how much data one can collect from the public domain easily, showing users just how accurately Incite (#INCITEknows you), a data company of the future in Westworld, knows them and in turn giving them eerily actionable life advice. The website is available from now until the season finale of Westworld on 4 May 2020.


Recognize these Singapore locations in these Singapore-centric teasers?
Check out these four Singapore-centric teasers of some Westworld shooting locations in Singapore which are on HBO’s on-air platforms – Teaser 1, Teaser 2, Teaser 3 and Teaser 4. Can you identify all the locations?


More Singapore-centric Behind-The-Scenes Westworld videos to come!
As a destination known for its varied architectural styles – comprising a unique juxtaposition of iconic skyscrapers with futuristic designs alongside rustic heritage buildings – Singapore was able to offer up an engaging and rare blend of old and new. 

The city’s unique, yet cutting edge architectural attributes was a key reason behind its selection as a focal filming location for Westworld. To understand more about how the cityscape is portrayed in the series, audiences can also sneak a peek behind Westworld with the Behind-The-Scenes (BTS) videos – including a special “Westworld in Singapore” video – which will be progressively released.


You can catch up on past season of Westworld on HBO GO.
If you haven’t already done so, you can binge watch and catch up on all past episodes and seasons of Westworld on HBO GO! Don’t have HBO GO yet? What are you waiting for? Download the HBO GO app at App Store or Play Store and get a 7-day free trial or access HBO GO via Astro. 


[CREDIT: HBO]

8 Apr 2020

,

SATU bakat besar tanah air yang lama menyepi, kini kembali di persada seni. Berbekalkan bakat yang versatil, Naqiu bersinar kembali sebagai penyanyi dan komposer. 

Tidak dinafikan, kemunculan Naqiu dirindui oleh peminat, apatah lagi Naqiu dan kumpulan remajanya, Boboy pernah menjadi fenomena pada era 2000an dan merupakan kegilaan ramai. Boboy merupakan nama besar setanding kumpulan remaja popular lain seperti Spin dan New Boyz.

Namun, bekas vokalis kumpulan Boboy ini pernah mengambil keputusan untuk menyepi selama 12 tahun demi memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga yang sedang dibina. 

Penyanyi bersuara serak basah ini pernah menjadi penyanyi kelab selama tempoh beliau mendiamkan diri dari industri seni tanah air. Naqiu yang kini berusia 34 tahun ingin kembali menyinari persada.

Kemunculan semula Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib sebagai pesaing sengit bagi sebuah program televisyen, Gegar Vaganza menjadi fenomena yang akhirnya menobatkan Naqiu sebagai Juara Gegar Vaganza musim ke-6 (GV6).

Penyanyi yang popular dengan lagu Episod Cinta itu kini bernaung di bawah syarikat pengurusan MindOrder Sdn Bhd sejak tahun 2019.




Sinar Kedua merupakan single terbaru yang dipertaruh oleh Naqiu sebagai titik permulaan karier solonya. Sinar Kedua telah dilancarkan pada 23 Mac 2020 di laman Youtube dan telah memperoleh hampir 353,000 tontonan setelah satu minggu dikongsikan di akaun Youtube MVM Production. 

Lagu Sinar Kedua yang diterbitkan oleh MindOrder Sdn Bhd ini merupakan karya sepenuhnya oleh Naqiu Mohd.

Muzik video Sinar Kedua yang merupakan arahan Murshid Eunos dan produksinya Neon Pixel ini masih berada di carta video trending di Youtube sehingga kini. 

Lagu ini mengisahkan tentang luahan Naqiu yang menghargai dan mensyukuri peluang kedua dikurniakan oleh Tuhan kepadanya selepas 12 tahun menyepi daripada dunia seni nyanyian. Segala-galanya bermula selepas bintang dari Johor ini menyertai pengurusan MindOrder Sdn Bhd dan GV6.

Pada permulaan muzik video Sinar Kedua ini terdapat bait kata “Untuk Mama...” yang memberikan mesej bahawa karya Sinar Kedua ini ditujukan khas buat ibunda tercinta. Lagu Sinar Kedua boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Deezer, KKBox dan Joox.

Akhir sekali, pihak MindOrder Sdn Bhd serta MVM Production berharap agar rakan-rakan media dan penggemar muzik tempatan dapat memberikan sokongan padu untuk Naqiu terus menghasilkan karya-karya unggul buat peminat seni dengan bakatnya. Harapan agar single Sinar Kedua ini dapat menjadi sinar kedua buat Naqiu.

Semoga Sinar Kedua mendapat tempat di hati anda, sekaligus mengimbau kenangan suara penyanyi pada tahun 2000an yang masih relevan di era moden ini!

7 Apr 2020

,

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan sejak 18 Mac lalu bagi membendung penularan wabak Covid-19 bukan saja menjejaskan hampir keseluruhan sektor pekerjaan, malah turut memberi kesan kepada industri hiburan tempatan.

Umum mengetahui kesemua program hiburan TV termasuk konsert berbayar terpaksa ditunda ke tarikh yang belum ditetapkan.

Apa yang pasti, sepanjang PKP dilaksanakan, pelbagai ragam dan aktiviti dibuat dapat dilihat berdasarkan apa yang tular di media sosial.

Tidak ketinggalan, kebanyakan penyanyi dan selebriti mengambil pendekatan dengan membuat nyanyian secara langsung di Instagram, merakam lagu secara ‘cover version’ dan banyak lagi sebagai cara mendekati peminat.

Pendek kata, orang ramai yang duduk di rumah masih memerlukan hiburan daripada artis kesayangan mereka.

Atas inisiatif itu, syarikat rakaman 17Eleven Music tampil dengan idea segar dengan membawakan Konsert Rumah Kita Syurga Kita pada 8 April, jam 3 petang di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.

Menariknya, konsert dalam talian pertama yang dianjurkan syarikat rakaman tempatan itu bakal memberikan warna baru dalam industri muzik tempatan terutama hiburan buat peminat.

Konsert itu bakal menampilkan penyanyi popular tanah air seperti Khai Bahar dan Dinda Permata selain tiga penyanyi baharu iaitu Farisha Airish, The Mirza dan Kamelia Syermain.

Bagi Khai Bahar, konsert itu mendekatkan lagi dirinya dengan peminat yang tidak pernah putus membuat permintaan untuknya memuat naik nyanyian di Instagram dan YouTube.

“Saya puji usaha yang dibuat pihak 17Eleven Music. Ini bukan saja sesuatu yang baru, tapi menarik untuk kembangkan selepas ini. 
“Secara peribadi, saya suka dengan konsep dan pendekatan ini. Apatah lagi sejak PKP ini dilaksanakan penggunaan laman sosial meningkat. 
“Macam saya sendiri, boleh dikatakan hampir setiap hari peminat membuat permintaan untuk saya ‘cover’ lagu. Jadi, apabila konsert ini dibuat, ia idea yang menyeronokkan,” katanya.

Pada konsert itu, Khai akan menyanyikan lagu Ratuku yang juga edaran 17Eleven Music.

Sependapat dengan Khai, Dinda Permata yang juga bintang Big Stage musim kedua berasa teruja untuk menghiburkan peminat secara dalam talian.

“Apabila konsep ini diperkenalkan dan dipersembahankan secara konsert dari rumah, sudah tentu ia lebih menarik dan santai. 
“Tapi, sebagai penyanyi saya harus profesional dan mempersembahkan lagu ini dengan baik. Sebab kita nak menghiburkan mereka. 
“Pada konsert ini, saya akan menghiburkan penonton dengan lagu Syarat Bahagia. Lagu ini jarang dinyanyikan secara langsung selepas ia dilancarkan tempoh hari. 
“Jadi, ini kesempatan terbaik untuk saya memperkenalkan lagi lagu ini. Tak sabar nak jumpa semua,” katanya.

Konsert berdurasi 30 minit itu turut mempersembahkan beberapa lagu lain antaranya Sakit nyanyian asal Achey yang akan dinyanyikan Farisha Irish, Kisah Cinta Kita nyanyian asal Hafiz Suip dibawakan The Mirza dan Khabar Aku (Kamelia Syermain).

Menariknya, bahagian dua Konsert Rumah Kita Syurga Kita akan menemui penonton pada minggu hadapan.

Klik link ini untuk terus ke ‘Konsert Rumah Kita Syurga Kita’ di bawa khas oleh 17Eleven Music:
https://youtu.be/bSfR7I5Ip8U