Hot Posts

6/recent/ticker-posts

HADY MIRZA, NAQIU JUARA BERSAMA GEGAR VAGANZA 2019


GEGAR VAGANZA musim keenam (GV6) membuat kejutan apabila menobatkan dua peserta, Hady Mirza dan Naquiu berkongsi kejuaraan pada malam kemuncaknya yang berlangsung di Dewan MBSA, Shah Alam, sebenatar tadi.

Keputusan yang pertama kali berlaku dalam sejarah penganjuran GV selama enam musim itu mendapat kata sepakat daripada pihak juri apabila kedua-duanya memperoleh markah yang sama dalam penilaian untuk dua pusingan persembahan iaitu solo dan battle.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Hady dan Naqiu membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000, pakej percutian ke Eropah Timur dan Timur Tengah, pakej ubah suai ruang tamu dan ruang makan, percutian dua hari satu malam di Hotel Tenera dan trofi.

Sementara itu Jatt diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga, diikuti Nurfatima di tempat keempat, One Nation Emcee tempat kelima dan Sham Visa di tempat keenam.

Kesemua peserta diadili juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Rizalman sebagai juri jemputan.

GV6 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse itu disiarkan secara langusng menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123). 

Post a Comment

0 Comments