24 Nov 2019

GEMILANG BERSAMA A STARRY CHRISTMAS DAN STAR WARS DI PAVILION KUALA LUMPUR MUSIM CUTI INI

[Pavilion KL Management dressed in Star Wars costumes]

BERSEDIALAH untuk waktu yang mempesonakan sempena musim cuti ini bersama Pavilion KL untuk meraikan Krismas yang mengasyikkan! Destinasi membeli-belah terkemuka di Malaysia, 

Pavilion KL hari ini membawakan kepada anda kemeriahan sambutan "A Starry Christmas" - menandakan permulaan yang menggembirakan untuk musim membeli-belah, makan dan masa keriangan akhir tahun. 

Buat pertama kalinya, Pavilion KL bekerjasama dengan The Walt Disney Company Malaysia untuk merasai keajaiban Krismas bersempena dengan pelancaran filem yang sangat dinanti-nantikan, Star Wars : The Rise of Skywalker, sebuah filem terakhir daripada francais Star Wars.

Mulai sekarang sehingga 31 Disember, para peminat Star Wars – bersedialah untuk merasai kehangatan pengembaraan antara galaksi yang hebat di Centre Court, di mana anda akan disambut dengan ‘lightsabers’ merah dan biru yang menjulang tinggi. Ketika anda menuruti

Spanish Steps, sediakan kamera anda untuk bergambar dengan Sith Troopers (Stormtroopers merah). Terapung di tengah Centre Court adalah tidak lain daripada Replika Millennium Falcon Terbesar, yang telah dianugerahkan gelaran oleh Malaysia Book of Records. 

Berukuran sebesar 30 kaki x 40 kaki, Replika Millennium Falcon yang tersergam indah, menarik para pengunjung dengan pertunjukan cahaya pada pukul 8pm setiap malam. 


[VIPs enjoying at the Game Interactive Booth Centre Court]

Jangan lupa singgah untuk pengalaman interaktif di stesen Hyper Drive and Cockpit Access untuk peluang mengambil gambar kenangan. Dan sudah tentu, jangan lepaskan peluang untuk membeli barangan khas Star Wars yang dijual di Centre Court.

Pada tahun lalu, Pavilion KL berkerjasama dengan Disney untuk membawakan kempen yang memenangi anugerah 'Disney Celebrate The Magic - Dream Christmas', bersempena dengan “Mickey’s 90 Years” kepada para pengunjung dan pelawat. Ekstravaganza Star Wars tahun ini turut sama hebatnya! 

Peminat Star Wars akan disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk peluang untuk bertemu dengan watak-watak Star Wars kegemaran anda seperti C-3PO, R2-D2 dan Stormtroopers; begitu juga dengan latihan ‘lightsaber’ dalam usaha anda untuk menjadi seorang Jedi di 'Star Wars Jedi Experience'.

[A Starry Christmas launch]
"Kerjasama kami dengan Disney telah menyajikan pengunjung dan pelawat dengan peluang untuk merasai pengalaman dengan Mickey, Marvel dan sekarang Star Wars, dengan cara yang sangat menyeluruh dan penuh interaktif. 
Komitmen kami di Pavilion KL adalah untuk terus meningkatkan mutu standard serta memberikan pengunjung dan pelawat pengalaman yang lebih hebat dan kreatif di setiap kesempatan yang ada," ujar Dato’ Joyce Yap, Ketua Pegawai Eksekutif (Peruncitan), Pavilion Kuala Lumpur.

[VIPs at the Royal Selangor Booth at Centre Court]

Pada tahun 2018, Pavillion KL telah bekerjasama dengan Disney untuk meraikan “Mickey’s 90 Years”, membawakan kepada pengunjung dan pelawat kempen “Disney Celebrate The Magic – Dream Christmas” yang memenangi emas di Anugerah “CASC-PPK Best Experiential Marketing 2019”. 

Dari Jun 2019 hingga Januari 2020, Pavillion KL bekerjasama lagi dengan Disney dan Crave Asia untuk membawa pameran “Marvel Studios - Ten Years of Heroes Exhibition Malaysia” buat pertama kalinya di Malaysia. Jangan lupa untuk bergambar dan hashtag #PavilionKL #AStarryChristmasXPKL


[Dato Joyce Yap CEO Retail of Pavilion KL delivering speech at A Starry Christmas launch]


Semangat Musim Cuti Menjadi Nyata di Pavilion KL

Singgahlah ke “YSL Beauté’s Holiday Look 2019 High on Stars Collection” di Pintu Utama, Aras 3. Jangan lupa juga untuk singgah ke pengaktifan “Spritzer's Sparkling Holiday” di Connection, Aras 3, di mana anda akan menemui gerai foto untuk menangkap beberapa gambar kenangan Krismas dan menebus sampel percuma Spritzer Sparkling 325ml dari 1 hingga 29 Disember 2019.

Walaupun hiasan perayaan yang mewah membawa anda ke dalam semangat beraya, makna sebenar musim ini adalah perkongsian! 

Dapatkanlah ganjaran untuk pembelian anda di seluruh Pavillion KL dengan menebus dan membawa pulang beg bagasi saiz kabin Edisi Terhad Star Wars percuma dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM5,000 dalam satu resit (RM3,000 dengan kad kredit Maybank). 

Selain itu, anda juga boleh menebus flask vakum Edisi Terhad Star Wars percuma dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM 1,500 dalam satu resit (RM 1,000 dengan kad kredit Maybank).


[VIPs at the launch of A Starry Christmas with VIPs together with  Pavilion KL Management Star Wars costume characters]

Idea Hadiah

Belilah hadiah sempena musim cuti dan balutkan ia di Santa’s Workshop di Dining Loft, Aras 7. Dapatkan koleksi Star Wars di kedai-kedai, termasuk kedai konsep Royal Selangor yang baru dibuka, di mana anda akan menemui koleksi Star Wars dengan watak-watak ikonik termasuk Yoda, Darth Vader dan Boba Fett yang diabadikan dalam piuter. 

Di kedai konsep MCM yang baru dibuka di Couture Pavilion pula, dapatkanlah aksesori-aksesori kulit dan fesyen terbaru sebelum menuju ke Fashion Avenue untuk mencari koleksi alat solek baharu yang menarik perhatian para penggemar kecantikan.


[Shoppers taking photos at Dining Loft Level 7]


Makan, Minum dan Bergembiralah

Perayaan akhir tahun juga merupakan masa untuk berkumpul, bertemu dan mengingati kembali peristiwa pada tahun tersebut. Rasailah pelbagai pengalaman yuletida ketika anda menjamu selera dengan kepelbagaian masakan antarabangsa yang boleh didapati di Pavillion KL, luangkan masa bertemu dengan rakan-rakan baik di Connection atau bergembira di Red Box Plus, Cloud Nine dan Saro Lounge! 

Musim ini juga merupakan peluang terakhir anda untuk melihat Pameran “Marvel Studios - Ten Years of Heroes Exhibition Malaysia” di Aras 10, sebelum ianya ditutup pada Januari 2020. Pelbagai persembahan Krismas, Santa Meet & Greets dan nyanyian karol menanti anda juga!


[Pavilion KL enters the Malaysia Book of Records for the Largest Millennium Falcon Replica]


[The Launch of A Starry Christmas at Pavilion KL]


[KREDIT: Pavilion Kuala Lumpur]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan