Hot Posts

6/recent/ticker-posts

3 ARTIS DEDAH PERCERAIAN


DISANGKA panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Mungkin itulah yang boleh digambarkan tentang pengakhiran rumah tangga beberapa orang selebriti tanah air yang didedahkan pada minggu ini.



Datuk A. Aida x Ariff Aziz
Penerbit A. Aida mendedahkan telah berpisah dengan pelakon baharu, Ariff Aziz yang telah menjatuhkan talak satu kepadanya pada 24 April lalu. Menurut A. Aida, perpisahan itu berlaku secara baik dan masing-masing kini telah pun membawa haluan sendiri. Paasangan ini berkahwin pada 21 Julai 2018.



Radhi OAG x Ayu Zahiri
Penyanyi Radhi OAG mengakui kini telah bercerai dengan isterinya, Ayu Zahiri apabila telah menatuhkan talak satu pada 25 Mac lalu. Pasangan ini memiliki dua cahaya mata iaiatu Nur Aisyah, 4; dan Muhamad, 3. Radhi dan Ayu melangsungkan perkahwinan oada 14 April 2014.



Sam Bunkface x Aida Azira
Penyanyi Sam Bunkface atau nama sebenarnya Shamsul Anuar Baharom menerusi Instagramnya pada Rabu telah berkongsi berita perceraiannya dengan isteri, Aida Azira. Menurut Sam, perpisahan itu telah berlaku pada Januari lalu namun baru kini dikongsikan kepada umum. Bagaimanapun keduanya masih berhubung baik demi cahaya mata mereka, Maleeq, 2. Sam dan Aida mendirikan rumah tangga pada 25 April 2015.

Apa pun jika inilah yang terbaik buat mereka, kita doakan agar masing-masing menemui kebahagian baharu selepas ini.

Post a Comment

0 Comments