6 Apr 2019

NELYDIA SENROSE SELAMAT BERGELAR ISTERI


PELAKON Nelydia Senrose selamat melangsungkan majlis pernikahannya dengan lelaki pilihan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, 35, dengan sekali lafaz pada jam 3.28 petang Sabtu.

Majlis ijabkabul pasangan ini diadakan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu kota yang hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan terdekat kedua belah pihak.

Nelydia atau nama lengkap Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 24, menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 beserta sembilan dulang hantaran, berbalas sebelas kepada pihak lelaki. Jumlah wang hantaran bagaimanapun tidak dinyatakan.

Pada majlis bersejarah ini Nelydia mengenakan persalinan serba putih dari rekaan Ezuwan Ismail.

Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan di lokasi yang sama pada malam esok.

Selamat Pengantin baharu dari kami di 7Klik, semoga kekal berbahagian sehingga ke Jannah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan