6 Mac 2019

GUERISSON BRIGHT ME CREAM BERSAMA PENSIJILAN HALAL


BERDASARKAN  acara Guerisson sebelum ini – Pertemuan dengan Lee Kwang Soo di Malaysia pada bulan April 2017 serta pelantikan duta Malaysia pertama untuk produk kecantikan jenama Korea pada Jun 2018, Guerisson telah memasuki pasaran Malaysia selama 3 tahun dan menjadi salah satu produk penjagaan kulit kegemaran warga Malaysia.

Pada suku pertama tahun 2019, Guerisson akan memperkenalkan produk baru - Guerisson Bright Me Cream bersama dengan kelahiran pensijilan HALAL. YIT (pengedar tunggal Guerisson Malaysia) dan Claires Korea (pemilik jenama) telah menganjurkan majlis pelancaran Guerisson Bright Me Cream bersama SaSa Malaysia pada 26 Januari lalu di SaSa, Lot G67, Ground Floor, IOI City Mall Putrajaya.

Guerisson Bright Me Cream yang mewakili produk kecantikan Korea pertama telah mendapatkan pensijilan HALAL yang sukar diperoleh di Malaysia. Ia adalah satu pencapaian yang besar dalam domain produk kecantikan Korea dengan mempunyai krim yang disahkan HALAL di Malaysia.




Kebanyakan wanita mengejar kulit muka yang berseri tetapi mereka hanya tahu mencari bedak asas yang dapat menghasilkan warna kulit yang lebih baik saja. Dengan itu, Guerisson berharap untuk menyampaikan mesej tentang kulit muka yang baik akan menonjolkan kecantikan semula jadi wanita. 

Guerisson adalah pilihan produk yang terbaik yang dapat membantu mencergaskan dan mencerahkan kulit kusam. Ia mengandungi bahan-bahan yang mesra pada kulit dan pelempap, juga memberi kesan yang menaikkan kecerahan kulit serta-merta dengan sapuan sekali sahaja.




Pada majlis pelancaran, khalayak dapat melihat sendiri produk baru Guerisson bersama dutanya,  Ruhainies. Ruhainies turut memberi hadiah kepada para tetamu di sana semasa sesi tanya jawab.

Guerisson Bright Me Cream boleh didapati dengan harga promosi @RM89 (Harga Biasa: RM105) yang menyediakan anda satu penyertaan cabutan bertuah. Putarkan  untuk memenangi satu lagi Bright Me Cream atau sekurang-kurangnya sekeping Guerisson Trio Cream Mask yang bernilai RM 8.90. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan