Hot Posts

6/recent/ticker-posts

BINTANG BERSAMA BINTANG MUSIM BAHARU


BINTANG Bersama Bintang kini kembali! Program realiti yang mengetengahkan pelawak telah menobatkan Mark Adam sebagai juara pada musim yang lalu. Siapakah pula yang bakal membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM 100, 000 dalam Bintang Bersama Bintang 2019 (BBB 2019)?

BBB 2019 menampilkan 5 pelawak popular tanah air untuk meriuhkan malam Ahad anda selama 8 minggu bermula 3 Mac 2019, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam, siaran langsung dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. 

Peminat setia BBB masih berpeluang menyaksikan keletah Achey dan Shuk yang sentiasa mencuit hati di pentas BBB 2019. Tahun ini, BBB 2019 telah melamar Chiwan, Mamak Puteh dan Sharif Zero untuk melengkapkan barisan peserta untuk mencetuskan persaingan hebat dalam mempamerkan kreativiti dan kebolehan masing-masing.




Menurut Puan Zurina Othman, Pengurus Besar, Pengurusan Jenama dan Rancangan (ntv7) & Perolehan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, 

“BBB bukan hanya berkisar tentang sketsa lawak semata-mata kerana program ini turut mencabar para pelawak berkarya dengan kreatif di luar kotak untuk menghiburkan para penonton. 
Dengan kemudahan aplikasi  teknologi masa kini, kebolehan seorang pelawak adalah lebih meluas, tidak hanya membuatkan anda tertawa tetapi juga mahu menyampaikan mesej dengan cara yang lebih mudah diterima oleh orang ramai.” 
“Kebolehan barisan pelawak baharu yang menyertai BBB pada tahun ini tidak harus diperlekehkan kerana mereka berani menyahut cabaran untuk bersaing dengan Achey dan Shuk yang sudah berpengalaman di pentas BBB ini. 
Setiap pelawak mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing. Kreativiti mereka dalam berkarya dan memberi variasi dalam setiap persembahan mereka yang akan menentukan kredibiliti mereka sebagai seorang pelawak.” Tambah Puan Zurina lagi. 




Masih mengekalkan format pertandingan terdahulu, setiap minggu menawarkan RM 10, 000 sebagai ganjaran untuk pelawak yang mendapat markah tertinggi. Mereka yang bergelar juara mingguan ini juga sekaligus memperoleh ‘pas’ untuk layak bersaing ke Arena Bintang Bersama Bintang 2019 Akhir. 

Peserta perlu memanfaatkan masa empat minit beserta lagu selama dua minit dalam setiap sketsa mereka untuk merebut juara mingguan. Peserta juga dibenarkan membawa seorang selebriti jemputan untuk memantapkan dan menyerikan lagi persembahan mereka. 

Jika tahun lalu Mark Adam merupakan penyandang juara BBB 2018, berlainan untuk tahun ini beliau bakal bergandingan bersama Saiful Apek sebagai juri tetap untuk BBB 2019. Juri tetap bertanggungjawab menilai persembahan para peserta sebanyak 50% manakala 50% markah lagi adalah menerusi undian penonton di www.xtra.com.my/BBB2019. BBB 2019 turut menampilkan hos baharu iaitu Elly Mazlein.
  
Para penonton juga boleh mengikuti perkembangan dan mengetahui aktiviti di sebalik tabir para peserta BBB 2019 melalui Komik Bintang Bersama Bintang pada setiap Ahad jam 6.00 petang di TV3. BBB 2019 juga dapat disaksikan secara langsung di laman Youtube TV3Malaysia.





[KREDIT: TV3]

Post a Comment

0 Comments