Hot Posts

6/recent/ticker-posts

RTM penyiar rasmi Piala AFF Suzuki 2018


RTM terus unggul dalam liputan siaran sukan yang menjadi teras kepada penyatuan bangsa di seluruh negara. Kehangatan dan semangat rakyat negara ini untuk menyokong skuad kebangsaan dikongsikan RTM yang menjadi penyiar rasmi edisi ke-12 Kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 yang disertai sebanyak 10 buah pasukan kebangsaan. 

Kejohanan berlangsung dari 8 November hingga 15 Disember ini menyaksikan RTM bakal menyiarkan kesemua perlawanan samada secara langsung mahupun siaran tertunda di semua saluran RTM.

Negara yang menyertai kejohanan kali ini adalah Thailand, Singapura, Malaysia, Vietnam, Myanmar, Kemboja, Indonesia, Laos, Filipina dan Timor Leste (menang kelayakan mengalahkan Brunei). Terdapat dua kumpulan dan setiap kumpulan disertai sebanyak lima pasukan kebangsaan.

Kejohanan Bola Sepak ASEAN dahulunya dikenali sebagai Piala Tiger atau Piala Suzuki merupakan kejohanan bola sepak yang dianjurkan oleh Persekutuan Bola Sepak ASEAN ( AFF ) untuk pasukan bola sepak kebangsaan  di AsiaTenggara. 

Sepanjang beberapa edisi kejohanan ini, Thailand telah mendominasi kejuaraan sebanyak lima kali diikuti Singapura sebanyak empat kali memenangi kejuaraan. Malaysia pula telah merangkul kejuaraan ini pada tahun 2010.

Kejohanan ini telah dinamakan semula sebagai Kejohanan Bola Sepak ASEAN pada 2007. Pada tahun 2008 sehingga sekarang, Syarikat Suzuki dari Jepun menjadi penaja utama dan kejohanan ini kemudiannya dikenali sebagai AFF Piala Suzuki.

Sejak tahun 2004, perlawanan akhir dimainkan secara timbal balik, namun kiraan gol di tempat lawan tidak diambil kira dalam penentuan pemenang.

Pada mesyuarat Persekutuan pada Mac 2016, telah mencadangkan bahawa untuk 'menyegarkan' pertandingan, dan untuk meredakan kebimbangan mengenai isu kehadiran penyokong, peringkat kumpulan tidak akan dimainkan di negara tuan rumah, tetapi dimainkan sebagai kejohanan tempat sendiri dan tempat lawan di antara kalangan negara yang layak.  

Perlawanan pertama skuad Harimau Malaya adalah berdepan dengan Cambodia pada 8 November ini di Olympic Stadium, Phnom Penh. Ia disiarkan menerusi saluran TV2 bermula pukul 7.00 malam.

Sementara itu perlawanan antara Laos menentang Vietnam pula di siarkan hari sama menerusi saluran RTM HD Sports pukul 8.30 malam. - 7KLIK


[KREDIT: RTM]

Post a Comment

0 Comments