Hot Posts

6/recent/ticker-posts

ENAM ANIMASI MENGHIBURKAN KHAS CUTI SEKOLAH DI TV2


RAIKAN cuti sekolah mulai November ini dengan tayangan enam animasi menghiburkan dipilih RTM untuk tontonan seisi keluarga. 

Menemui penonton mulai 26 November ini hingga penghujung Disember depan, saksikan program disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat ini iaitu Little Charmes pada pukul 8.00 pagi, Mini Ninjas pada pukul 8.30 pagi, Space Racers  pada pukul 9.00 pagi dan Jack pada pukul 9.30 pagi. 

Dua lagi animasi bakal menyusul hujung minggu iaitu Robin Hood mulai 12 Disember ini, setiap Sabtu, pukul 8.00 pagi diikuti esoknya waktu sama, 2 Disember, setiap Ahad, program Boonie Bears.

Keenam-enam animasi ini disiarkan 26 episod menerusi saluran TV2. 



Little Charmes
Mengajak anda mengikuti watak Hazel, Lavender dan Posie merupakan tiga gadis remaja yang mempunyai talian persahabatan yang sangat akrab. Dalam suasana yang riang gembira sama ada di rumah atau pengembaraan mereka di alam sekitar atau taman, mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai situasi yang memerlukan penyelesaian. Dunia mereka adalah dunia fantasi dan binatang kesayangan mereka.



Mini Ninjas
Ikuti cerita enam orang kanak-kanak berumur 12 tahun membentuk ninja generasi baru yang bernama Mini Ninjas. Mereka yang dilatih oleh Guru Ninja yang bijak. Musuh mereka adalah kumpulan samurai yang jahat dan dilatih oleh guru samurai. Kumpulan Ninja berlawan dengan kumpulan samurai untuk mendapatkan semula pedang ajaib yang telah jatuh ke tangan penjahat.

  

Space Racers
Mengajak penonton cilik berkenalan dengan sekumpulan kadet kapal angkasa lepas yang menjadi pelajar dalam Stardust Space Academy. Siri ini memaparkan pergaulan mereka sebagai rakan sekolah di akademi ini serta pengembaraan mereka dalam sistem suria dan pengalaman yang ditempuhi.



Jack
Menceritakan tentang Jack seorang makhluk asing kecil yang datang ke bumi bersama Rocket serta Chip dan mendapati semua yang ada di muka bumi ini sangat menarik. Semasa di bumi, dia berkawan dengan beberapa kawan baru iaitu Niko, Yoki dan Sam. 



Robin Hood  
Mengisahkan perjalanan Robin Hood dan rakan-rakannya menghadapi tindakan anar raja serta pengawal keselamatan yang banyak menimbulkan kesusahan kepada penduduk setempat. Di samping itu terdapat gangguan daripada penjahat terhadap penduduk. Robin Hood bertindak balas dengan bantuan rakan-rakannya bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.



Boonie Bears 
Cerita tentang seorang pekerja syarikat pembalakkan masuk ke dalam hutan untuk menebang pokok-pokok balak. Dua ekor beruang (Boonie Bears) terpaksa berusaha keras untuk mempertahankan pokok-pokok balak daripada ditebang dengan pelbagai cara dengan dibantu oleh beberapa ekor haiwan lain yang sama-sama tinggal di dalam hutan berkenaan.


[KREDIT: RTM]

Post a Comment

0 Comments