14 Okt 2018

FESTIVAL TEATER MALAYSIA 2018, BERMULA ESOK


JABATAN Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (KPK) selaku Urus Setia Induk Festival Teater Malaysia 2018 (FTM) bersama dengan rakan kerjasama Persatuan Teater Malaysia (PTM) dan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC) akan melaksanakan Program Festival Teater Malaysia 2018.

Acara yang diadakan secara dwi tahunan ini akan bermula 15 - 21 Oktober 2018 (Isnin - Ahad), jam 8.30 malam, bertempat di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

FTM berkonsepkan pertandingan teater di antara ena kumpulan teater terbaik di kalangan pemenang sempena Festival Teater Negeri 2017. Pemilihan enam kumpulan terbaik untuk ke FTM 18 dilakukan melalui penilaian berdasarkan pementasan semula oleh tiga orang panel penilai yang dilantik. 

Panel menilai semula semua kumpulan yang menjuarai Festival Teater Negeri 2017. Hanya enam kumpulan akan dipilih oleh panel penilai untuk meneruskan persaingan dalam Festival Teater Malaysia 2018.



Selain Persembahan Teater yang bertanding, Perkampungan Teater juga diadakan sepanjang seminggu program tersebut berlangsung seperti Sidang Ilmu, Santai Mono Teater, Pameran oleh kumpulan yang terlibat, Pameran dan Jualan buku-buku seni budaya, politik, kemanusiaan dan bengkel teater kepada peminat seni teater di Malaysia. 

Apa yang menarik FTM 2018 pada tahun ini ialah terdapat program persembahan berkonsepkan monolog di mana terbahagi kepada 2 segmen iaitu  :-

Segmen Monolog Aktivis Remaja / Dewasa terdiri dari pengiat seni dan Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang terpilih, dan Monolog Aktivis Otai yang terdiri daripada Pelakon Pentas/TV/Filem/Penyanyi dan Pengiat Seni Badan Bukan Kerajaan, IPTA & IPTAS selama 1 jam dimana setiap segmen hanya diberi 20 minit sahaja bermula pada jam 5.30 petang hingga 6.30 petang bertempat di Mini Auditorium MaTIC.



Majlis Penyampaian Hadiah bagi pemenang Pertandingan Festival Teater Malaysia 2018 ialah pada 21 Oktober 2018 (Ahad) jam 8.30 malam oleh YB. Datuk Mohamaddin Bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Tetamu Kenamaan daripada Kementerian, JKKN dan Persatuan Teater Malaysia. 

Selain itu, terdapat juga artis-artis jemputan dan drama yang akan memeriahkan Majlis Penutupan FTM 2018 seperti Sabri Yunus, Nadia Aqilah, Datuk Ahmad Tarmimi Serigar, Ngai Yuen Low, Mior Hashim Manap, Juhara Ayob, Datuk Rahim Razali dan penampilan Khas Y.B. Tuan Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai. 

Pada Majlis Penutupan tersebut, pihak JKKN juga akan mengadakan Anugerah Khas Festival Teater Malaysia 2018 yang akan diberikan kepada pengiat seni teater yang telah banyak menyumbang dan bergiat aktif sepanjang hidup sampai ke akhir hayatnya seperti Allahyarham Khalid Salleh, Samad Salleh, Rahimidin Zahari dan Kalam Hamidi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan