16 Okt 2018

FESTIVAL TEATER 2018 - TEATER METAMORFOSA KOSONG


FESTIVAL Teater Malaysia (FTM) kembali lagi! Bermula 15-21 Oktober ini, sebanyak enam kumpulan bakal berentap untuk merebut gelaran Teater Terbaik.

FTM yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan berlangsung selama seminggu, di mana setiap hari finalis yang terlibat akan tampil membuat persembahan.

Pementasan ini akan berlangsung di Auditorium Tunku Abdul Rahman, MaTiC, Jalan Ampang, jam 8.30 malam. 

Enam kumpulan teater yang layak ke peringkat kebangsaan ialah Tronoh Theater Shop Kuala Lumpur (Mahkamah Keadilan), Pertubuhan Teater Sanggar Kreatif Kuching (Metamorfosa Kosong),  Kumpulan Politeknik Nilai, Negeri Sembilan (Dilarang Menyanyi Di Bilik Mandi), Persatuan Teater Opera Mimpi Negeri Perlis (Mat Derih Kola Perlih), Kelab Teater Smart Melaka (Warga 5) dan Senandika Universiti Malaysia Pahang (Asrama-Ra).


FINALIS KEDUA 
Sanggar Kreatif Kuching (Sarawak)
16 Oktober 2018, Selasa, 8.30 malam 

Pertubuhan Teater Sanggar Kreatif Kuching telah diluluskan pertubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada Disember 2013. Pada awal penubuhan, Sanggar Kreatif telah telah menggunakan nama Sanggar Creative Production selain dari Pro Advance Resources dari tahun 2004 hingga 2012 sebelum mendaftar sebagai sebuah pertubuhan yang memberi penekanan khusus kepada aktiviti kebudayaan dan kesenian.


Tajuk: Metamorfosa Kosong
Karya: Adaptasi Albert Camus
Arahan: Mohd Asri Ibrahim

Sinopsis
Sebuah gerakan kemerdekaan yang merancang untuk menghapuskan kekejaman yang telah mereka hadapi. Pembunuhan gabenor dijadikan landasan perjuangan awal mereka untuk membangkitkan semngat untuk membebaskan tanah air mereka dari penindasan dan kekejaman yang berterusan. Omar telah merancang segalnya dengan dibantu oleh Pendi, Fitri dan Saiful untuk menjayakan matlamat mereka. Namun… konflik dan pertelingkahan dengan kehadiran Deli dan kegagaln Pendi dalam melaksanakan tanggungjawab menjadikan mereka seakan akan gagal dalam perjuangan mereka… dan Saiful membuat keputusan untuk meninggalkan perjuangan mereka disaat akhir. Mampukah mereka bertahan dan terus berjuang?


[KREDIT: JKKN]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan