Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kenali kekacang terbaik


SEMUA jenis kekacang mengandungi pelbagai khasiat antaranya kaya dengan Vitamin E, Magnesium, Selenium dan Asid Lemak Omega-3 yang tinggi. Anda disarankan untuk makan pelbagai jenis kacang untuk mendapat khasiat tambahan dalam pemakanan. Jadi jom kita tengok kacang kacang terbaik untuk dimakan.




Kacang Badam
Ia kaya dengan vitamin E, magnesium, protein, serat, kuprum dan selenium. Selain itu, ia juga mengandungi potassium, kalsium, fosforus dan zat besi. Ia mengandungi lebih 20 flavonoid yang membantu meningkatkan vitamin E dan 70% daripada lemaknya pula jenis mono tak tapu.




Kacang Brazil
Mengandungi protein, serat, vitamin E, kuprum, niacin, magnesium dan selenium.



Kacang Gajus
Sejenis kacang rendah lemak dan mengandungi asid oleik dan lemak yang baik untuk jantung. Ia juga mengandungi biotin, kuprum, zat besi, magnesium dan zink.




Kacang Gingko
terkenal dengan khasiatnya yang boleh meningkatkan peredaran darah dan ingatan, mencegah kanser dan penyakit jantung serta melawan Alzheimer dan asma.




Kacang Hazel
Kaya dengan vitamin E, B, arginine dan pelbagai antioksidan. Kandungan proanthocyanidin boleh mengurangkan penyakit kardioaskular, merendahkan tekanan darah dan mencegah dementia.




Kacang Macadamia
Kaya dengan protein, serat, lemak mono tak tepu, magnesium dan potassium.




Kacang Pecans
Mengandungi kira-kira 19 vitamin dan mineral termasuklah vitamin A, E dan B, kalsium, kuprum, asid folik, manganese, magnesium, fosforus, potassium dan zink. Ia juga didapati berupaya untuk membantu mengurangkan kolestrol dan membersihkan arteri.




Kacang Walnuts
Kacang Walnut kaya dengan asid lemak omega-3. Ia juga mengandungi paras asid alpha-linoleik dan linoleik, vitamin B, vitamin E,asid ellagik dan L-arginie. Asid linoleik membantu mengurangkan lemak dalam badan, menurunkan paras kolestrol dan meningkatkan sistem imun dan fungsi otak.

Post a Comment

0 Comments