Hot Posts

6/recent/ticker-posts

DIMENSI LAGENDA, SEMARAK SEMANGAT PATRIOTISME


TERUS menyalakan semarak semangat anda sebagai anak Malaysia dengan program diterbitkan Unit Hiburan TV RTM bertajuk Dimensi Legenda. Istimewanya kali ini bertemakan ‘Patriotisme’, rancangan hiburan santai dengan mesej cintakan tanah air ini menemui penonton pada 23 September ini, pukul 9.00 malam di TV1. 

Menerusi program yang dirakamkan pada 14 Julai lalu bertempat di Studio 1, Wisma TV, Angkasapuri, Kuala Lumpur, sama-sama hayati variasi lagu menyuntik semangat cintakan negara menerusi persembahan mantap lagu ‘Gemilang’ dan ‘Standing In The Eyes of The World’ daripada penyanyi bergelar Ratu Rock, Ella. 




Begitu juga lagu-lagu yang dinyanyikan legenda artis tanah air yang berkongsi pentas menghiburkan penonton seisi keluarga termasuklah penampilan Roy, Francissca Peter, Azlan Typewriter, Lan Solo dan Hariz Bintang RTM yang menyampaikan lagu berunsur patriotik dan menambah semangat sayangkan negara.

Paling mengujakan dan tidak sepatutnya dilepaskan pengisian segmen Memori Untukmu kali ini yang merupakan tribute kepada legenda Allahyarham Sudirman Haji Arshad dan lagu-lagunya ialah ‘Warisan’ dan ‘One Thousand Million Smiles’ yang dinyanyikan oleh Lan Solo dan Hariz Juara Bintang RTM 2018.

Ia menampilkan gandingan pengacara Raja Azura juga kemunculan Ropee Cecupak dan Azrul Zaidi selain diserikan pentasnya oleh tarian daripada Penari Kumpulan Malay World Cultural Paradise.




DIMENSI LAGENDA
Tarikh Tayangan: 23 September 2018
Hari: Ahad
Masa: 9 Malam
Saluran: TV1
Terbitan: RTM      
Pelakon: Ella, Roy, Francissca Peter, Azlan Typewriter, Lan Solo dan Hariz Bintang RTM


[KREDIT: RTM]

Post a Comment

0 Comments