Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SELAMAT PENGANTIN BARU CHEF NAEM


TAHNIAH dan selamat pengantin baru diucapkan buat Chef Naem yang selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Nurul Syazwani Zulkaffli yang juga merupakn seorang pegawai polis pada 5.00 petang Jumaat.

Majlis yang berlangsung di Bahau, Negeri Sembilan itu menyaksikan hanya dengan sekali lafaz, Naem atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Ramli sah bergelar suami kepada Syazwani.

Pada acara ijabkabul itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM200 dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak perempuan. Manakala wang hantaran pula sebanyak RM10,000.

Majlis resepsi pihak lelaki akan diadakan pada 16 September ini di Kuala Lumpur.


[KREDIT SUMBER: berita harian]

Post a Comment

0 Comments