31 Ogo 2018

,

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon Ummi Nazeera, yang telah selamatkan melahirkan cahaya mata pertamanya pada 22 Ogos lalu.

Bayi perempuan comel itu diberi nama Ayra Aneesah Mohd. Izzar Anwari itu dilahirkan di Hospital Serdang menerusi kaedah pembedahan, yang mana menyaksikan Ummi bersalin sebulan lebih awal daripada tarikh yang dijangka doktor.



“Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Anak saya sihat dan sempurna,” ujar Ummi..

Ummi atau nama lengkapnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Datuk Zainul Abadin, 28, mendirikan rumah tangga dengan suami, Mohd. Izzar Anwari Datuk Seri Abdul Khani, 31,  pada 23 Julai tahun lalu.


[kredit foto: INSTAGRAM UMMI NAZEERA]
,

SELAMAT menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-61 buat negara tercinta, Malaysia! Semoga tanah tumpah darah kita ini sentiasa aman makmur dan dirahmati sentiasa. Ayuh, bina negara ke arah yang lebih masyhur.

#SayangiMalaysiaku

30 Ogo 2018

,

PELAKON Sharnaaz Ahmad kini bergelar bapa setelah istiernya, Noor Nabila selamat melahirkan seorang anak lelaki yang juga merupakan cahaya mata pertama mereka berdua.

Lebih manis, bayi comel yang lahir dengan berat 3.1kg pada jam 9.01 pagi tadi ini, berkongsi tarikh lahir yang sama dengan Sharnaaz.




"Alhamdulillah syukur pada Allah yang maha kuasa.. Hari ini pada jam 9.01 pagi, 30/08/2018 lahirlah anak pertama kami @noornabila. 

Terima kasih kepada rakan rakan dan sahabat semua atas doa dan ingatan.. maaf saya tak mampu balas semua mesej semua.. Alhamdulillah baby sihat dan mommy pun sihat.. #BabyJ," tulisnya pada gambar yang dikongsikan di laman Instagram.




[kredit foto: INSTAGRAM SHARNAAZ AHMAD]

29 Ogo 2018

,

RTM membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia terutama buat generasi muda negara hari ini menerusi program khas Hari Kebangsaan yang disediakan. Paparan kisah yang dikongsikan dalam program-program disusun ini pastinya menyuntik rasa emosi penonton terutama melibatkan pejuang negara yang telah terkorban. 

Menerusi saluran utama TV1, tanggal keramat 31 Ogos ini bermula dengan menyiarkan Siaran Langsung Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2018, pukul 7.30 pagi dari Putrajaya. 

Kemudiannya diikuti dengan tayangan filem Bravo, pukul 3.30 petang arahan M Hitler Zami yang didedikasikan kepada para pejuang negara yang terkorban dalam menjalankan operasi mengekang kebangkitan pengganas komunis ini mempertaruhkan gandingan mantap pelakon hebat tanah air seperti Beto Kusyairy, Remy Ishak, Sofi Jikan, Sasha Tharan, Xavier Fong, Frank Peterson dan Chew Kin Wah. 




RTM membawakan konsert khas yang diberi nama Sayang Malaysia disiarkan secara langsung pukul 8.30 malam menghimpunkan artis-artis ternama tanah air antaranya Bunkface, Akim & The Majistret, Projector Band, Kumpulan BPR, dan Resident Band (Cakam). Konsert terbitan Hiburan TV RTM ini menampilkan gandingan pengacara Jeed Zulkifli dan Qi Razali.

Menerusi saluran TV2 pula, menghimpunkan lima program terbaik bermula tayangan filem Sarjan Hassan pada 27 Ogos ini, pukul 10.00 malam. Diikuti dengan empat telemovie mengangkat tema kemerdekaan dan sayangkan negara iaitu Lumpur di Kerikil (30 Ogos ini, pukul 2.00 petang), Lambaian Merdeka (31 Ogos ini, pukul 2.00 petang), Sebilah Pusaka (31 Ogos ini, pukul 11.00 malam) dan Kabut (1 September ini, pukul 2.00 petang). 

Lumpur di Kerikil lakonan Rahim Jailani, Anuar Che Abdullah dan Nubhan Ahmad menceritakan kisah seorang bekas tentera Major (B) Mohsin yang selalu diganggu dengan igauan zaman lampau semasa dia bertempur dengan komunis dan nyaris maut jika tidak diselamatkan oleh Ah Lai, salah seorang penduduk kampung di situ. Ah Lai kini sudah memeluk agama Islam dan mengusahakan ternakan ikan di kampungnya.  




Dalam Lambaian Merdeka pula penonton diajak berkongsi kisah seorang guru Cikgu Riduan melihat komunis membunuh sepasang suami isteri bangsa Cina dan beliau menyelamatkan bayi pasangan tersebut dan membesarkannya umpama anak sendiri. Ia dibintangi oleh C. Kumaresan, Dato’ Rahim Razali dan Halimaton Saadiah. 

Hari sama juga disiarkan telemovie Sebilah Pusaka lakonan Megat Sharizal, Wan Hanafi Su, Jonathan Putra dan Juliana Marin. Ia mengangkat watak seorang gadis berketurunan Melayu – Inggeris yang ditemani abangnya kembali ke Malaysia untuk mengenali budaya, tradisi, dan identiti diri sebelah bapanya yang berketurunan Melayu dengan mempelajari cara-cara pembuatan keris dan mengenali adat resam budaya Melayu.

Kisah anak Melayu mangsa rogol bernama Ah Fook (Azhar Zainal) diangkat dalam telemovie Kabut. Dia telah ditinggalkan dan dibela oleh keluarga Cina Kuilan (Tanting). Tanpa mengetahui asal usul keturunan anak ini, dia kemudian dibesarkan mengikut adat dan budaya Cina. Namun anak ini akhirnya kembali ke fitrah iaitu agama Islam setelah tertarik dengan bacaan al-Quran oleh sekumpulan pelajar pondok. Ia turut dibintangi oleh Hasnol Rahmat, Anas Ridzuan dan Iskandar Zulkarnain.  


[KREDIT: RTM]

28 Ogo 2018

,

SEMESTER baru persekolahan mungkin akan bermula tidak lama lagi atau sudah bermula selepas cuti pertengahan tahun, tetapi ia tidak bermakna keluarga sudah mengemaskan peralatan perjalanan mereka. Malahan, kaji selidik baharu daripada Agoda, salah satu platform tempahan penginapan dalam talian (OTA) paling pesat berkembang, telah mendedahkan bahawa 7 daripada 10 keluarga di dunia mengambil cuti sekurang-kurangnya dua kali setahun, dengan pelancong Asia mengambil lebih daripada dua ganda pelancongan keluarga berbanding keluarga di Barat (lima kali setahun berbanding dua).

Kaji selidik Agoda `Trend Percutian Keluarga 2018’, yang dilakukan oleh YouGov, mendapati hanya 18% pelancong di dunia melakukan hanya satu percutian keluarga setahun, manakala lebih 34% telah mengambil lebih lima kali percutian keluarga pada tahun sebelum ini. 

Asia menguasai trend berbilang cuti ini dengan 77% pelancong dari Thailand dan 62% dari Filipina, mengakui mereka telah mengambil lebih lima kali percutian keluarga pada tahun sebelum ini. Sebaliknya, hanya 7% pelancong British berbuat demikian, dengan UK paling berkemungkinan (34%) melakukan hanya satu percutian.


Trend ke arah percutian keluarga lebih pendek, lebih kerap

Seiring dengan pelancongan keluarga yang meningkat di peringkat global, butiran tentang siapa dan tempoh keluarga mengambil percutian adalah berbeza di seluruh dunia. Percutian 4-7 malam adalah tempoh paling popular bagi percutian keluarga di seluruh dunia tetapi terdapat variasi besar merentasi seluruh pasaran. 

Di UK, percutian 4-7 malam mewakili 41% pelancongan keluarga tahun lalu, berbanding hanya 20% bagi Thailand. Sebaliknya, percutian keluarga untuk lebih daripada 14 malam dilakukan oleh hampir sepertiga rakyat Thailand tetapi hanya 11% oleh rakyat Malaysia. Keluarga Vietnam, Malaysia dan China berkemungkinan paling ramai memilih tempoh 1-3 malam dengan keluarga mereka.


Pelancong Asia menganjurkan lebih banyak percutian keluarga berbilang generasi dan lanjutan 

Kaji selidik Agoda `Trend Percutian Keluarga 2018’ juga melihat kepada siapa yang dimasukkan di dalam percutian keluarga dan mendapati bahawa walaupun 35% pelancong global bercuti bersama datuk dan nenek mereka, pelancong dari UK dan Australia adalah paling jarang untuk melakukannya, dengan hanya 13% dan 20% yang melakukannya. 

Thailand (66%) dan Indonesia (54%) berkemungkinan besar akan membawa datuk dan nenek mereka bercuti. Trend ini juga dapat diperhatikan apabila melihat kepada anggota lanjutan keluarga, dengan orang Thailand dan Indonesia yang paling mungkin termasuk adik-beradik, saudara-mara, ibu dan bapa saudara dalam rancangan percutian mereka.

Ia bukan sekadar anggota keluarga yang orang Amerika, British, Australia dan China tidak akan melancong bersama, mereka juga paling tidak mungkin akan bercuti bersama kumpulan sahabat lain, dengan hanya 22% rakyat Amerika, 23% British, 26% Australia dan 27% China telah berbuat demikian dalam tahun sebelumnya. 

Sementara itu, hampir separuh (48%) pelancong dari Filipina bergabung dengan sekumpulan teman untuk beberapa percutian mereka, disusuli rapat oleh pelancong keluarga Vietnam dan Malaysia, masing-masing 43% dan 40%.




Hotel masih menjadi keutamaan keluarga

Lebih ramai orang menggunakan OTA (antarabangsa dan tempatan) untuk menempah percutian keluarga dalam tempoh 12 bulan lalu, menurut hasil kaji selidik Agoda `Trend Percutian Keluarga 2018’ yang juga mendedahkan bahawa hotel masih menjadi tempat penginapan paling popular bagi keluarga, diikuti oleh rumah percutian, B&B dan resort yang menawarkan segala-galanya. 

Kos, keselamatan dan aktiviti adalah pertimbangan utama apabila mereka merancang percutian keluarga berbanding percutian tanpa keluarga atau berseorangan.

“Segmen percutian keluarga berkembang pesat dan keperluan kumpulan pelancong ini adalah unik dan pelbagai,’’ jelas John Brown, CEO Agoda.  
“Semua keluarga memiliki keperluan berbeza, itulah sebabnya kami berbangga untuk menawarkan pilihan luas penginapan dari hotel, rumah percutian atau istana kayangan pada bajet yang menepati kemampuan mereka. 
Tambahan pula, keluarga boleh menggunakan penapis mesra keluarga Agoda bagi mencari tempat untuk penjagaan anak atau kelab kanak-kanak, kemudahan tambahan seperti dapur atau meminta bilik bersebelahan, menyediakan pengalaman tempahan dan perjalanan keseluruhan yang lebih menyeronokkan.’’


Masa berkualiti dengan keluarga adalah pendorong utama pelancongan keluarga

Dengan masa bekerja lebih panjang dan pelbagai gangguan daripada kehidupan moden yang menghalang keluarga daripada menghabiskan masa bersama antara satu sama lain setiap hari, tidak menghairankan bahawa pelancong di seluruh dunia banyak menantikan masa berkualiti keluarga (68%) dalam percutian keluarga. Berehat (66%) dan mencuba sesuatu baharu (46%) masing-masing menjadi pilihan kedua dan ketiga.

Rakyat British dan Singapura adalah pelancong keluarga paling lasak. Meneroka budaya baru sebagai pengalaman pelancongan keluarga adalah paling popular dalam kalangan kedua-dua kumpulan ini (masing-masing 48% dan 46%). Pelancong China dan Thailand adalah paling kurang mahu mencuba budaya baharu semasa lawatan mereka (kedua-duanya 29%).


Kebimbangan Besar

Ketika meneliti kebimbangan yang berkaitan dengan pelancongan keluarga, kerisauan terhadap jatuh sakit (36%), standard tempat tinggal (21%) dan perselisihan keluarga (16%) berada di kedudukan tertinggi bagi pelancong keluarga di seluruh dunia. Rakyat British kelihatan paling tidak risau, dengan hampir sepertiga (27%) menyatakan mereka tidak kisah sama sekali.




Fakta Agoda ‘Trend Kembara Keluarga 2018’ bagi Malaysia:

74% pelancong Malaysia telah mengembara bersama keluarga teras mereka sebelum ini, 37% bersama datuk dan nenek/ dan atau cucu dan 19% dengan ahli keluarga lain

Secara purata, rakyat Malaysia bercuti bersama keluarga empat kali pada tahun lepas

4-7 malam adalah tempoh paling popular 

Pelancong Malaysia menantikan masa yang berkualiti dengan keluarga (80%), berehat (70%) dan mencuba sesuatu yang baru (52%) semasa melancong bersama keluarga

Tiga kebimbangan utama rakyat Malaysia ialah jatuh sakit (44%), standard penginapan (19%) dan berselisih faham dengan anggota keluarga (16%)


[KREDIT: Agoda]

27 Ogo 2018

,

IMPIAN Sissy Imann untuk meneruskan persaingan di pentas Big Stage di minggu seterusnya punah apabila di umumkan tersingkir pada minggu keempat ini.

Sissy yang membawakan lagu Senggol-Senggolan Cubit Cubitan  gagal menarik perhatian juri apabila berada di tempat kedua terbawah dengan markah 67.33% sebelum tersingkir menerusi undian Tik Tok terendah.

Sementara itu Syafiq Farhain menduduki tempat pertama dengan markah 84.67% apabila tampil dengan persembahan yang cukup menghiburkan menerusi lagu Sway.




Peserta lain yang masih meneruskan persaingan ialah Sarah Suhairi, Baby Shima, Wani Kayrie, Afeq Shazwan, Ariff Bahran dan Tajul.

Peserta diadili juri tetap Datuk Seri Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, selain Mas Idayu sebagai juri jemputan.

Big Stage disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA ini diacarakan Sherry Al-Hadad dan Aliff Satar.   



,

ANTARA aktiviti yang bakal berlangsung sepanjang minggu ini. Jika berkelapangan dan tidak tahu apa nak buat, jom meriahkan acara-acara ini.

(Kepada anda di luar sana yang mahu menghebahkan acara-acara yang bakal dianjurkan di ruang Chillax ini, bolehlah emelkan poster dan info lengkap berkaitan acara tersebut ke emel:  7klikseven@gmail.com)




[SHOW: COLOURFUL MALAYSIA]




[TEATER: TEATER KOMPILASI BILIK SEMPIT]




[TARIAN: INSPITARI 2018]




[TEATER: TEATER TANAH AKHIRKU]




[EVENT: PRELOVED PARTY]




[SHOWCASE: JSY BAND @BOBOKL]




[TEATER: KOMPILASI TEATER BILIK SEMPIT]




[EVENT: PRELOVED4U CHARITY SALE]