Hot Posts

6/recent/ticker-posts

KAHWIN KALI KEEMPAT, A. AIDA SAH BERGELAR ISTERI ARIF AZIZ


TAHNIAH dan selamat pengantin baharu buat penerbit terkenal, Datuk A. Aida, 47, yang telah selamat bergelar isteri kepada Wan Izma Ariff abd Aziz, 29, dengan dua kali lafaz.

Majlis ijabkabul yang berlangsung di Dorsett Grand Hotel, Subang ini menyaksikan A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang menerima mas kahwin sebanyak RM300, beserta tiga dulang hantaran berbalas lima Sementara wang hantaran pula berjumlah RM20,000.

Arif yang nerupakan pelakon drama Misteri Wan Peah dan filem Ratyu Kala Jengking Pitera Keranda ini mula mengenali Aida selepas bekerjasama dalam salah sebuah drama terbitan produksi milik Aida.

Terdahulu sebelum itu, Ariff membuat kejutan apabila melamar Aida di sebuah reatoran makanan Arab pada 4 Julai dengan menghadiahkan Aida sebentuk cincin, simbolik kepada lamaran tersebut.

Aida sebelum ini pernah tiga kali  mendirikan rumah tangga termasuk bersama penyanyi Ameng Spring. Aida memiliki tiga orang anak hasil daripada dua perkahwinan.

Majlis resepsi kedua-dula belah pihak akan diadakan di Rumah Peranginan Aida di Janda Baik, Pahang pada 20 April depan bersempena sambutan haru ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada tarikh tersebut.


HANTARAN

Pengantin Lelaki
  • Wang Hantaran (RM20,000)
  • Cincin Jenama Cartier seberat 1.42 karat
  • Beg Tangan jenama Kermes

Pengantik Perempuan
  • Cinci, jam tangan jenama Hublot 
  • Cincin
  • Beg bimbit jenama Louis Vutton
  • Minyak wangi jenama Channel
  • Kuih muih dan lusa.

Post a Comment

0 Comments