8 Jun 2018

RM14, 000 INFAQ BUAT ASNAF, BAZAR TERIMA KASIH & JOM MASJID MELABUHKAN TIRAI


TERIMA kasih orang-orang Kedah dan Melaka atas sumbangan bernilai hampir RM 14, 000 daripada hasil jualan semasa berlangsungnya Bazar Terima Kasih & Jom Masjid pada 26 Mei & 2 Jun 2018. 

Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda (Sungai Petani, Kedah) sebanyak RM 6468.00 dan Pondok Darul Muttaqin (Kampung Paya Rumput, Melaka) sebanyak RM 7530.20. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak, 

“Alhamdulillah, kami menerima sambutan yang sangat positif dan berjaya mengumpul hampir RM14,000 untuk disumbangkan kepada rumah kebajikan. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang tidak putus memberi sokongan dalam acara padang anjuran Rangkaian Televisyen Media Prima. 
Di kedua-dua lokasi, Sungai Petani dan Klebang, juadah berbuka puasa yang dijual di 12 gerai-gerai program gabungan TV3, TV9 dan ntv7 berjaya dihabiskan dalam masa empat jam sahaja! 
Di samping itu, menjelang Syawal yang bakal tiba kurang 10 hari dari sekarang, kami telah menyediakan pelbagai variasi program-program hiburan, gaya hidup, majalah dan raudhah buat tatapan anda sekeluarga. Pastikan anda menonton program-program hebat di kaca TV sepanjang minggu pertama dan kedua Syawal ini! Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf zahir dan batin!”




Buat tahun 2018, Bazar Terima Kasih & Jom Masjid kembali dengan wajah baharu di Sungai Petani, Kedah dan Klebang, Melaka. Sebelum mula operasi di bazar, duta Terima Kasih dan selebriti berkunjung ke rumah kebajikan terpilih pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari untuk aktiviti amal dan beramah mesra bersama penghuni di situ.

Antara aktiviti amal yang dilakukan adalah bergotong-royong membersihkan persekitaran rumah kebajikan, menghias kamar tidur dan sesi kreatif kad Terima Kasih 2018 kemudian diagihkan di Bazar Terima Kasih pada sebelah petang.

Antara barisan artis yang hadir memeriahkan Bazar Terima Kasih dan Jom Masjid adalah duta Terima Kasih 2018, Amar Baharin, Amyra Rosli, Aqeef Anaqi, Remy Ishak, Puteri Aishah, Farah Nabilah, Izzue Islam, Azira Shafinaz, Erwin Dawson, serta duta khidmat masyarakat kempen Terima Kasih 2018, Faizal Tahir, Makhlokmacho dan Afiatul.




Di samping itu, terlibat sama ialah Azrel Ismail, Haris Aliff, Ezzaty Abdullah, Syazuwan Hassan, Nina Iskandar, Elly Mazlein, Chef Fikree, Abam Bocey, Karl Syafek, Chef Naem, Sherry Al-Hadad, Eyra Hazali, Nina Iskandar, Elisya Sandha, Riena Diana, Eleena Haris, Haris Anuar, Juzzthin, Jiggy, Abam Bocey, Ropie, Aprena Manrose, Sweet Qismina, Aaron Al-Fateh dan Keanu Azman.

Bazar Terima Kasih & Jom Masjid di Melaka turut menerima kunjungan YB. Tey Kok Kiew, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, YBhg. Datuk Wira Zainal bin Hussin yang berkesempatan beramah mesra bersama rakyat dan mengagihkan bubur lambuk.




Di Bazar Terima Kasih terdapat 12 gerai jualan oleh gabungan program-program hebat di saluran TV3, TV9 dan ntv7 yang menjual pelbagai juadah berbuka puasa yang enak antaranya:

  • Maidku Bintang Murtabak – Murtabak Ayam & Daging
  • Sherry Bermadukan Ayam Melodi – Nasi Ayam & Kepak Ayam Madu
  • Apa John Nak Moreh? – Roti John Ayam & Daging
  • Sembang Berbuka Lambak – Kuey Teow & Mee Goreng Lambak
  • Halalkan Kambing Hamdan – Kambing Grill
  • Andainya Ku Tauhu – Rojak Buah & Puding Karamel
  • Jus Teratai Nur – Aneka Air Jus (Jambu, Oren, Tembikai, Mango & Guava)
  • Pesan Sado Kebabom – Kebab Ayam & Daging
  • Feel-Lit Apam – Apam Balik
  • It’s Poppyah – Aneka Kuih (Karipap Kentang, Ketayap, Popia Goreng & Koci)
  • Patahnya Sebelah Sayap – Nasi Kukus Ayam Rempah
  • Mama Terer Ke? – Aneka Air (Sirap Selasih, Mata Kucing, Laici)




Jom Masjid mengetengahkan amalan moreh yang diadakan Selepas solat terawih pada bulan puasa. Selain daripada berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah, orang ramai boleh menyertai aktiviti ilmiah seperti rakaman program Al-Kulliyyah, solat Isya, berterawih dan sesi tazkirah program Raudhah Mawaddah di samping bergotong-royong menyediakan serta mengagihkan 2000 bungkus bubur lambuk.

Dua lokasi Jom Masjid adalah Masjid Andalusia, Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah dan Masjid Al-Aminin, Kampung Batang Tiga Timur Bukit Rambai, Klebang, Melaka.Aktiviti bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan disambung semula pada jam 5.00 petang sehingga 10.00 malam.

Rakaman program dijalankan pada jam 10.00 pagi dengan panel jemputan, Ustaz Mohd Elyas Ismail. Pada jam 11.00 pagi, gotong-royong bubur lambuk bermula dan agihan pada jam 6.00 petang. Pada sebelah malamnya, Raudhah Mawaddah, pengisian digital Facebook bersama Ally Iskandar dan panel jemputan Ustaz Zarifi dan Nora Ariffin, Sukur Ibrahim dan Ustaz Jafri Abu Bakar.




Kempen #terimakasih dan program-program Ramadan turut dimeriahkan lagi dengan kolaborasi Media Prima bersama rakan-rakan penaja iaitu Almas Beauty and Health Sdn Bhd, Darlie, Deeja Cosmetics, Dutch Lady, Garnier, Knorr, Heinz, Mahsuri, Nivea, Pensonic, Yakult dan 100 Plus.

Untuk maklumat terkini, anda boleh menonton semua rangkaian televisyen Media Prima Berhad. Layari laman web www.xtra.com.my dan ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram @TV3Malaysia, @TV9Malaysia, dan @ntv7malaysia untuk berita dan informasi terkini mengenai kempen Terima Kasih.


[KREDIT: Media Prima]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan