19 Jun 2018

KOLABORASI AVANA - MAK CUN, BAWA PERNIAGAAN KECIL & MIKRO KE EKONOMI DIGITAL


PLATFORM e-dagang Avana mengumumkan kerjasama dengan Mak Cun untuk membantu pengusaha perniagaan kecil dan mikro membangunkan perniagaan mereka melalui ekonomi digital.

Selepas menempa kejayaan menerusi drama bersiri, diikuti dengan teater muzikal, Mak Cun ternyata mencetus fenomena tersendiri dalam industri hiburan Malaysia. 

Mak Cun terus meluaskan empayar beliau dengan Mak Cun Mart (www.makcunmart.com.my) dan berbekalkan pengalaman dan kegigihan, Mak Cun telah berjaya membawa perniagaan industri kecil dan sederhana ke pasaran yang lebih besar., 

"Penonton TV yang mengikuti siri drama Mak Cun pasti mengenali karakter dan wawasan Mak Cun untuk mengambil alih dunia dengan perniagaannya. 
“Apabila Peniagawati mengundang saya menyertai program Misi Fesyen & Perniagaan Malaysia di New York, saya menyedari bahawa itu merupakan peluang saya membawa jenama Mak Cun untuk membawa produk-produk usahawan kecil ke platform antarabangsa,” katanya.

Erma menghasilkan rangkaian produk Mak Cun dengan kerjasama usahawan ISK (Industri Kecil dan Sederhana) desa. Beliau giat membantu mereka menjenamakan dan memasarkan barangan keluaran mereka di bawah jenama Mak Cun.

Terkini, dengan kerjasama Avana, sutradara terkenal yang juga kakak kepada Umie Aida itu sudah melancarkan sebuah kedai e-dagang untuk produk- Mak Cun. 

Di samping itu, pendidikan dan latihan tambahan akan disediakan untuk mendidik usahawan desa  supaya mereka dapat meluaskan sayap perniagaan mereka ke persada global. 

Bermula dengan bisnes secara kecil-kecilan, kini usahawan desa IKS juga mampu memasarkan produk mereka ke seluruh Malaysia dengan kemudahan platfom e-dagang. Melalui kemudahan yang disediakan di platform Avana, jenama Mak Cun juga dapat membantu usahawan desa IKS memperluaskan perniagaan sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Avana menyediakan sebuah platform e-dagang untuk usahawan kecil dan mikro dengan harga serendah RM399 setahun dan pengguna perkhidmatan ini dapat membina sebuah perniagaan dalam talian dalam masa beberapa minit sahaja. 

Kemudahan platform e-dagang Avana juga dapat menyokong perusahaan mereka dari segi proses pengendalian stok dan invois secara automatik, sistem pembayaran atas talian yang memudahkan proses pembayaran dalam talian, dan ciri lain seperti mencetak nota konsainmen Pos Laju dari rumah.

"Kami sangat berbangga dan teruja dapat membantu Kak Erma serta usahawan desa IKS di Malaysia membawa jenama mereka ke pasaran yang lebih luas. Produk yang berkualiti tinggi seperti ini sepatutnya mendapat pengiktirafan dan pemasaran ke tahap yang lebih tinggi.

"Kami baru-baru ini membantu penjual dalam talian kali pertama mencapai jualan RM50,000 ke atas, dalam masa 2 minggu selepas beliau menubuhkan perniagaan dalam talian. Jadi, dengan adanya Avana, yang memanfaatkan kuasa rangkaian sosial seperti Facebook, Messenger dan Instagram.

“Kami yakin kami boleh mempamerkan jenama tempatan yang lain kepada pasaran yang lebih luas. Avana juga akan bertindak sebagai pemacu untuk Kak Erma membantu usahawan IKS yang lain untuk mempelajari cara mengautomasikan proses pengendalian perniagaan mereka dan membantu mereka mengembangkan potensi bisnes ke persada global,”  kata Luqman Adris, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Avana. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan