Hot Posts

6/recent/ticker-posts

PERUBAHAN HARGA TIKET KONSERT ANUAR ZAIN, BUNGA CITRA LESTARI, YUKA KHARISMA LIVE IN CONCERT


DTA Fashion Art Performance Sdn Bhd dengan bangganya membawakan kolaborasi istimewa dalam sebuah konsert antara dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia dalam konsert Anuar Zain, Bunga Citra Lestari and Yuka Kharisma – Live In Concert.

Ketiga-tiga artis ternama ini akan berkongsi pentas buat kali pertama dalam konsert yang akan berlangsung pada pukul 8.30 malam, 28 April 2018 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. 

Anuar Zain, nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri muzik. Penyanyi tersohor ini akan membawakan lagu-lagu hits beliau dalam alunan vokalnya yang cukup mempesona dan menggetarkan jiwa. 

Bunga Citra Lestari (BCL), penyanyi pop Indonesia yang juga merupakan pelakon terkenal ini baru sahaja usai dengan konsert solo pertamanya di Indonesia. April ini akan menyaksikan kemunculan perdana BCL dalam skala konsert di Malaysia. 

Yuka Kharisma, penyanyi yang semakin meningkat nama ini mula dikenali dengan lagu Hati Berbisik yang merupakan lagu runut bunyi bagi filem Love Supermoon. Penyanyi ini akan membawakan lagulagunya yang terdapat dalam album perdananya yang berjudul #1. 

Konsert dalam durasi dua jam tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana peminat khususnya peminat setia kerana mereka akan membawakan lagu-lagu hits mereka. Konsert ini juga merupakan acara yang dinanti-nantikan kerana kolaborasi ini belum pernah berlaku dan akan menjadi malam untuk diingati semua. 

Pihak penganjur dengan berbesar hati mengumumkan harga tiket ‘repackage’ yang sudah boleh didapati di www.tickethotline.com.my mulai 19 Mac 2018. 

Tiket-tiket ‘repackage’ berharga RM1599 (VIP), RM1299 (Platinum), RM499 (Diamond), RM399 (Emas) dan RM299 (Perak). RM199 (Gangsa) dan RM159 (Biasa). Pembeli tiket yang membeli sebelum 19 Mac 2018 akan dibayar balik dengan sewajarnya. 

Pembeli tiket bertuah berpeluang memenangi sebuah skuter dan 5 Iphone 8 dengan membeli tiket konsert. Pembeli tiket kategori VIP dan Platinum pula berpeluang menghadiri koktel pra-konsert, merchandise dan laluan khas ke Dewan Plenari. 

Post a Comment

0 Comments