6 Apr 2018

PERANG BURGER, JOM MAKAN BURGER


KFC Malaysia kembali dengan burger hebat terbaharu, KFC Zinger Cheezilla.Produk unik ini dibawakan khas untuk para pelanggan dengan menjanjikan pengalaman makan yang benar–benar memuaskan.

KFC Zinger Cheezilla ini menampilkan kepingan keju mozarela yang disusun bersama filet ayam Zinger Hot & Spicy kegemaran ramai dengan limpahan sos keju mayo KFC.



KFC Zinger Cheezilla boleh didapati secara a la carte pada harga bermula RM13.50 selain menawarkan hidangan lengkap dengan kombo KFC Zinger Cheezilla yang dihidangkan bersama KFC Crispier Fries serta Pepsi baharu, daripada RM16.90.

Sementara dua resipi burger baru hebat dari MCDonald’s Malaysia pula ialah SMOKY GRILLED BEEF dengan Sos Smoky Chipotle dan HOT N 'CRISPY CHICKEN dengan Tangy Jalapeno Sauce khas memikat citarasa penggemar burger di Malaysia. 

Boleh didapati dengan harga set regular RM14.95 dengan tambahan RM1.60 untuk ke Large set. Manakala harga ala carte pula ialah RM12.95.



HOT N 'CRISPY CHICKEN dilengkapi dengan patty ayam pedas ranggup dengan salad segar, keju, tomato dan sos JalapaƱo, semuanya diapit dengan roti tepung jagung yang lembut dan gebu. 

SMOKY GRILLED BEEF pula adalah gabungan rasa yang lazat patty daging lembu dengan salad segar , bawang panggang, keju dan sos Chipotle barbeque yang hebat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan