Hot Posts

6/recent/ticker-posts

KUTIPAN FILEM MELAYU HANYA BAWAH RM150K


SELESAI tiga bulan pertama tahun 2018 dan kutipan filem Melayu mencatat kutipan yang sangat-sangat mengecewakan.

Entah apa yang tidak kena, entah di mana salah silapnya apabila kebanyakan filem Melayu yang ditayangkan setakat ini hanya berjaya meraih kutipan puluhan ribu sahaja.

Kecuali filem arahan Syafiq Yusof, KL Special Force yang cukup bergaya di pawagam kutipan melebihi RM9 juta dalam masa dua minggu dan kini masih lagi rancak ditayangkan kepada umum. Tidak mustahil ia mampu memecah rekod yang dibuat Syafiq sendiri mEnerusi filem Abang Long Fadil 2 yang meraih kutipan RM18.1 juta.

Jom kita tengok kutipan filem Melayu yang telah selesai tayangannya sepanjang Januari hingga Mac. Data yang dikongsikan ini adalah dari laman web rasmi Finas.

Senarai adalah mengikut kutipan terrendah.




1. Bidong The Boat People - RM3,536 




2. Surf This Love - RM38,231




3. Busker - RM68,739 




4. Badang - RM74,148




5. Bukan Cinta Malaikat - RM134,324




6. Makrifat Cinta - RM138,686 


[CREDIT INFO: Finas]

Post a Comment

0 Comments