Hot Posts

6/recent/ticker-posts

DATUK SITI NURHALIZA DEDAH WAJAH ANAK SECARA RASMI


DATUK Seri Siti Nurhaliza hari ini melunaskan janjinya untuk mendedahkan wajah cahaya mata sulungnya kepada umum menerusi sebuah video yang dikongsikan di laman Instagramnya peribadinya, @ctdk beberapa jam lalu.

Hari ini genap tujuh hari kelahiran sang puteri yang diberi gelaran sementara dengan panggilan Fatimah Az-Zahra.

Perkongsian ini tentunya menggembirakan ramai peminat Siti yang tidak sabar untuk untuk melihat wajah anaknya ini sehingga mendapat lebih 1 juta 'likes' dalam tempoh tiga jam ia dimuat naik.

Sementara itu, pada malam ini, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid bakal mengumumkan nama sebenar puteri mereka pada majlis Maulid Nabi, Aqiqah dan Tahnik  yang bakal berlangsung di kediaman mereka.


Bismillahirrohmanirrohim dan Assalamualaikum, 
Saya dan suami ingin memperkenalkan anakanda kami kepada semua yang menanti-nantikan detik ini.

Hari ini merupakan hari ketujuh usia kelahiran anakanda kami yang kami namakan dengan gelaran Fatimah Az-Zahra selama seminggu ini.

Inilah penyejuk hati, anugerah ilahi, anakanda yang melengkapkan kehidupan kami.

InshaAllah, pada malam ini, suami saya akan mengumumkan nama sebenar anakanda kami dan boleh ditonton secara langsung menerusi akaun youtube Siti Official Video bermula jam 9 malam. Kami akan mengadakan majlis maulid nabi, aqiqah dan tahnik pada malam ini. .

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami selama ini dan hanya Allah saja yang mampu membalas jasa baik kalian. Semoga Allah merahmati kita semua. 
#usia7hari #babyCTDK

Siti selamat melahirkan puteri comel ini menerusi kaedah pembedahan pada 19 Mac lalu di sebuah hospital terkemuka di ibu negara.


[CREDIT PHOTO: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza]

Post a Comment

0 Comments