13 Mac 2018

CINTA LEMON MADU, AIDIL AZIZ KEMBALI JADI HERO


TIDAK semua perkahwinan tidak bergolak, begitu juga dengan drama romantik komedi terbaru Cinta Lemon Madu’ yang bakal ditayangkan lebih awal di tonton. 

Drama ini adalah hasil karya Hashim Rejab menjanjikan sesuatu yang berlainan bagi pengikut setia slot Lestary.

Jika Segitiga Bermuda menyimpan sejuta rahsia yang tidak mampu dirungkai oleh para pengkaji, drama Cinta Lemon Madu pula mungkin merungkaikan teka-teki yang akan meninggalkan tanda tanya kepada penonton. Dapatkah penonton meneka setiap plot pengakhiran drama bersiri ini? Sama-sama kita ikuti drama ini dan nantikan pengakhiran cerita yang cukup dramatik disulami debaran. 

'Hargai pasangan sebelum terlambat’'

Cinta Lemon Madu memaparkan kehidupan Firash yang membesar bersama dengan isterinya Haida semenjak kecil lagi. Persahabatan yang erat diantara mereka yang membawa mereka ke jinjang pelamin, direstui oleh semua pihak.  Namun percintaan mereka goyah dengan sikap Haida yang tidak bertanggungjawab dalam menggalas tugas sebagai seorang isteri. 

Lebih perit, apabila Firash telah berkahwin secara senyap dengan persetujuaan ayahnya, Hj Kamsan yang juga mempunyai dua isteri. Aisyah memilih untuk bercinta dengan Firash selepas bernikah membuatkan perjalanan cinta cerita mereka lebih romantis yang bakal menggamit perasaan penonton. 

Drama komedi romantik baharu, Cinta Lemon Madu disiarkan eksklusif di tonton mulai 14 Mac ini dalam format definisi tinggi (HD), pasti membuatkan penonton dibuai perasaan romantis Apabila melihat kemesraan pasangan Firash dan Aisyah dalam melayari bahtera perkahwinan mereka. 

Nantikan debaran menerusi tontonan kesemua 13 episod drama komedi ini lebih awal dari tanyangan TV, menerusi slot saluran di tonton ‘First’. 

Memetik kata-kata dari Anthony J.D’Angelo mengenai hubungan percintaan,

“Kekalkan hubungan anda dan bukannya mencari yang baru” 

Menampilkan barisan bintang antaranya Ruhainies sebagai Haida dan Aidil Aziz sebagai Firash; selain turut disertai oleh Riena Diana sebagai Aisyah; drama komedi ini mampu membuatkan anda diulit perasaan dengan pelbagai aksi komedi romantis mereka.

Airin Zainul, Pengarah tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad berkata,

"Selalunya kita melihat kesetiaan di dalam sebuah perkahwinan menerusi drama-drama tempatan sebelum ini. Berbeza pada kali ini kerana, plot cerita yang membawa penonton melihat sikap seseorang boleh merubah pasangannya. Moral di sebalik drama ini diharap dapat memberi pengajaran kepada 7.8 juta pengguna tonton dalam mendalami erti kehidupan.

"Drama ini juga turut disiarkan lebih awal dan pengguna boleh melihat siri ini di tonton dalam format definisi tinggi (HD). Kami sentiasa mahukan yang terbaik buat para pengguna,’’


Cinta Lemon Madu
Episod: 13 
Hari: Rabu 
Masa: 12.00 malam 
Saluran: Tonton 
Terbitan: Sha's Media Sdn Bhd  
Pelakon: Aidil Aziz, Ruhainies, Riena Diana 

Tiada ulasan:

Catat Komen