8 Mac 2018

4 FAKTA PENTING AME2018 YANG PERLU DIBERI PERHATIAN


ANUGERAH MeleTOP Era (AME2018) akan langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, 8 April 2018, jam 9.00 malam secara eksklusif di empat buah saluran utama iaitu Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Ria HD (123) dan Astro Maya HD (134). 




FAKTA PENTING  ‘AME 2018’ 

1. Pelbagai kejutan yang merangkumi kriteria pemilihan pengacara, penyampai trofi dan barisan artis popular yang bakal membuat persembahan istimewa pada malam itu telah disusun rapi bagi menyemarakkan lagi edisi tahun ini. Pemilihan setiap mereka adalah berdasarkan pelbagai aspek termasuklah keserasian dan populariti.


2. Berbeza dengan penganjuran sebelum ini, ‘AME 2018’ membuat kejutan besar bagi memberi kelainan apabila tidak lagi menampilkan pengacara bersama untuk mengendalikan pentas utama bersama pengacara utama, Nabil Ahmad dan Neelofa. Sebaliknya, kali ini penonton bakal dihiburkan dengan kaletah barisan selebriti yang dijemput istimewa untuk mewarnai pentas menemani Nabil dan Neelofa secara bergilir-gilir.




3. Antara nama-nama besar yang bakal menemani mereka termasuklah pelakon dan pengarah yang terkenal dengan watak Pok Ya Cong Codei; Sabri Yunus, ikon rock tanah air; Datuk Mohd Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie, selebriti popular yang juga merupakan calon akhir ‘AME 2018’ seperti Zul Ariffin dan Zizan Razak serta ramai lagi.


4. Manakala antara nama-nama popular yang bakal membuat persembahan pada malam kemuncak kelak termasuklah Awie & Mus May, Mas Idayu, Ernie Zakri & Syamel, Hael Husaini, Haqiem Rusly, Xpose Band. Pentas ‘AME 2018’ juga akan diserikan dengan persembahan eksklusif daripada kumpulan yang cukup sinonim dengan lagu-lagu berirama hip hop dan R&B yang baharu sahaja membuat kemunculan semula selepas menyepi selama 10 tahun; Ruffedge, serta artis seberang yang sedang tular dengan lagu berhantu ‘Surat Cinta Untuk Starla’; Virgoun.




Undian fasa kedua untuk menentukan pemenang akhir untuk setiap kategori boleh dibuat menerusi laman web rasmi di www.anugerahmeletopera.com.my, aplikasi ERA dan Raku serta melalui kiriman SMS bermula 6 Mac 2018, jam 6.00 petang hingga 8 April 2018, jam 12.00 tengahari. 


[KREDIT FOTO: ASTRO]

Tiada ulasan:

Catat Komen